TW!!!
GURUH berdentum di langit dan hujan sudah mula rebas mebasahi bumi. Menandakan hujan ribut akan berlaku. Ketika itu, langit kelihatan sudah gelap. Sesekali guruh berdentum membingitkan telinga.
TAP, TAP, TAP.
Bunyi derap kaki berlari di hutan yang gelap itu. Rose berlari sekuat hati. Kedua-dua tangannya dibaluti bandage. Akibat didera secara kerap oleh ibu bapa angkatnya. Kakak angkatnya juga turut serta menyeksa Rose setiap hari. Dress putih yang tersarung di tubuh Rose terkoyak dan lusuh. Tubuhnya yang basah kuyup dihiraukan. Hampir dirogol oleh bapanya, Rose melarikan diri dari rumah.
Tangisan demi tangisan mengalir di pipinya. Air mata sudah tak terkira mengalir daripada matanya diseka kasar. Kaki bagaikan ingin tercabut. Walaupun begitu, Rose tetap meneruskan usahanya untuk melarikan diri sejauh yang mungkin dari hidup yang perit itu.
Sakit hatinya bagaikan dihiris-hiris. Luka yang berbekam di hatinya amat sukar diusir. Rasa perit yang menggerit terlalu sakit untuk ditafsir. Dirinya bagaikan dipijak-pijak seperti makhluk yang tidak bernyawa. Diperlaku sebegitu kejam oleh ahli keluarga angkatnya. Satu perasaan yang tidak pernah Rose rasai memberanikan dirinya untuk mengambil keputusan untuk melarikan diri.
Sedang Rose berlari.
Tiba-tiba...
AUUU!...
GRRR!...
Kedengaran serigala mengaum. Rose mengalihkan wajahnya kearah bunyi tersebut. Matanya terpukau melihat serigala tersebut. Akibat kilat sambar menyambar menjelaskan lagi pengelihatan Rose. Kedua-dua matanya terbuka luas melihat makhluk itu. Tidak lagi tidak bukan. Saiz serigala yang besar itu mengejutkan Rose. Sepantas kilat Rose berlari menyelamatkan diri. Tahu akan nyawanya berada di hujung pedang. Di dalam fikirannya hanya fikir untuk menyelamatkan dirinya sahaja.
Langkah kakinya semakin perlahan. Tidak mampu lagi untuk berlari. Tubuhnya semakin lemah. Kemudian kelam dan Rose jatuh tersungkur. Air hujan membasahi tubunya. Darah semakin banyak mengalir keluar daripada bahagian tangan dan kakinya yang tidak berkasut itu.
Semakin hampir, makhluk seakan gergasi itu. Melihatkan Rose yang separa terbaring di atas tanah basah itu. Makhluk tersebut memperlahankan dirinya dan bergerak mendekati Rose. Gigi taringnya terselah menandakan mangsanya sudah sedia untuk dibaham. Mata seperti helang tajam menusuk mata Rose yang kuyu itu. Menggigil tubuh Rose. Rose menyerat tubuhnya ke belakang sedikit demi sedikit sehingga merasakan dirinya terkena sebatang pokok.
Rose terperangkap.
RAWRRR!!!
Muka Rose ditutup oleh kedua-dua tangannya. Rose merasakan nyawanya sudah melayang.
BOOM!!!
Bunyi hentakan kuat jelas kedengaran dari arah hadapan. Seekor lagi serigala bersaiz besar menghentak serigala tersebut ke tepi. Bermulanya perang di antara kedua-dua makhluk itu. Serigala itu bergaduh dan menyerang antara satu sama lain. Seigala-serigala tersebut menggigit lalu membaham menyebabkan darah terpancut keluar dari tubuh masing-masing.
Sehinggalah salah seekor serigala itu, mengeluarkan kuku yang tajam lagi panjang lalu menusuk tubuh serigala itu. Kukunya yang terbenam itu membuka peluang kepadanya. Sepantas kilat dia menarik kukunya yang terbenam membuat satu garisan lurus di leher serigala tersebut.
FUSH!
Bunyi percikan darah keluar dari leher makhluk tersebut lalu tubuhnya rebah di atas tanah.
Rose yang sedari tadi hanya diam terpaku melihat situasi di hadapannya. Tergamam. Rose tidak pernah melihat situasi seperti ini di dalam hidupnya. Hampir merasakan semuanya bagaikan mimpi ngeri baginya.
Makhluk itu mengaum kuat menandakan kejayaan miliknya. Terus sahaja makhluk itu menoleh ke belakang. Panahan mata tajam menusuk ke mata Rose. Mata hitam yang berkilat itu memandangnya kelihatan seolah-olah dirasuk. Dia menghampiri kearah Rose. Petir yang menyambar memberi cahaya terang. Rose mengecilkan mata akibat cahaya terang itu. Tangan menutup wajah melindungi matanya.
Seumpama serigala jadian. Jelas kelihatan warna makhluk itu walaupun hujan lebat. Coklat keemasan menyerlahkan tubuhnya yang basah itu. Bulunya amtlah tebal. Serigala jadian berbadan besar dan otot-otot yang sangat kekar terselah. Serigala jadian itu mendekati Rose.
Tidak sampai beberapa saat. Serigala itu pun rebah di atas tanah.
Rose mengalihkan tangan dari wajah. Cuak melihat keadaan serigala itu. Rose bangkit sepenuh jiwa dari kedudukannya. Tidak tahu apa yang merasukinya. Dia memberanikan diri lalu bergerak kearah serigala yang terbaring tidak jauh beberapa meter darinya.
Raut wajah serigala tersebut sungguh pucat. Kelopak matanya juga semakin layu. Serigala itu menoleh kearah Rose.
Rasa sedih mula menular ke dalam hatinya.
Dengan perlahan, Rose menyentuh tubuh serigala itu. Diusap lembut. Perasaan kasihan serta terharu kerana tanpa serigala itu mungkin nyawanya diambil secara kejam.
Sebuah idea menerjah kotak fikirannya. Rose mengetahui dirinya mempunyai kuasa yang mampu merawat luka. Sewaktu kecil dia pernah merawat seekor burung yang cedera. Tidak sedar, satu cahaya muncul dari tapak tangan Rose lalu menyembuhkan luka di tubuh burung merpati itu. Rahsia ini tersimpan rapi olehnya supaya tidak diketahui oleh ahli keluarga angkatnya. Dia merasakan kuasa ini merupakan satu anugerah kepadanya untuk membantu orang lain.
Rose berasa ragu-ragu kerana kuasanya sudah lama tidak diaktifkan. Dia hanya mampu berdoa dan berharap agar kuasanya dapat memulihkan luka yang dalam ini. Dia memejamkan matanya rapat lalu menarik nafas.
Matahari terik bersinar menggantikan hujan. Satu cahaya timbul daripada tapak tangannya. Rose menyentuh luka di tubuh serigala tersebut. Tidak percaya akan apa yang dilihatnya. Cahaya itu memulihkan luka yang dalam itu kepada kulit dan seterusnya bulu. Semuanya kembali seperti normal. Luka sebesar itu berjaya ditutupi menggunakan kuasa Rose.
Tiba-tiba serigala itu bertukar secara drastik. Sekali lagi Rose terkejut justeru membuatkan dirinya sedikit mengensot kebelakang. Matanya terbeliak.
Kelihatan tubuh seorang lelaki yang sangat tegap berada di hadapannya. Lagi-lagi tidak berbaju. Lelaki itu membelek tubuhnya. Keningnya bertaut hairan dengan situasi yang berlaku.
Siapa perempuan ni? Very interesting. Monolog hatinya.
Terus Rose menutup matanya.
Malu!
Lelaki berbadan sasa itu bangkit tanpa melihat ke belakang. Kedengaran bunyi daun-daun bergerak.
"Hi! Rasanya cik dah boleh alihkan tangan cik kut. Jangan risau saya dah pun berbaju."
Lelaki itu berkata-kata cuba untuk meyakinkan Rose. Walaupun suaranya kedengaran sangat garau dan dalam. Tetapi riang bunyinya.
Perlahan-lahan Rose mengalihkan kedua-dua tangan dari wajahnya.
Segaris senyuman manis jelas terpamer di wajah lelaki itu. Ternganga mulut Rose melihat lelaki di hadapannya. Lelaki yang tinggi lebih kurang 6 kaki itu memiliki wajah sangat kacak. Berkulit sawo matang keemasan. Matahari yang terpancar itu menyerlahkan lagi kulitnya yang berkilat. Rambutnya yang coklat cair dan perang keemasan itu sangat rare dan unik. Walaupun rambutnya bersepah tetapi itulah yang membuatkannya lebih tampan. Tidak lepas dari pandangan spesies bernama lelaki itu. Sepasang mata yang berwarna hijau itu sangat cantik. Otot-ototnya terselah disebalik baju coklat pekat yang dipakainya. Seolah-olah lelaki di hadapannya ini tidak wujud.
"Jangan pandang lama-lama cik. Saya yang risau nanti." Senyuman yang menyerlahkan giginya yang putih tersesusun kemas. Boleh mecairkan hati mana-mana wanita yang memandangnya. Tersenyum Rose mendegar kata-kata lelaki itu. Hatinya terasa tenang ketika ini.
Lelaki itu berjalan kearah Rose lalu dia membongkokkan dirinya supaya kedudukannya sama dengan Rose. Bagaikan terpana seketika melihat senyuman manis lelaki itu, Rose diam tak berkutik. Tangan Rose diraih oleh lelaki itu lalu lelaki itu mendekatkan bibirnya ke tangan Rose. Satu ciuman lembut diberikan kepada Rose. Mata lelaki itu tidak lepas dari memandang mata Rose.
"Terima kasih kerana selamatkan saya. Mulai daripada hari ini nyawa cik adalah nyawa saya. Saya janji akan melindungi cik."
Kata-kata lelaki itu mengejutkan Rose lalu Rose terus berkata kepadanya.
"Maaf tuan, saya rasa tuan tersalah sangka. Saya tak ada tolong apa-apa pun. Saya tak tahu apa yang terjadi tadi. Saya yang patut berterima kasih kepada tuan sebab selamatkan saya. Saya akan rahsiakan segalanya apa yang saya nampak tadi. Saya janji. Saya tak akan tanya apa-apa soalan. Saya cuma nak hidup. Saya..." Rose buat-buat tidak faham bagi menyembunyikan kuasanya supaya lelaki itu tidak menganggapnya pelik.
"Shhh... Cik saya tak akan bunuh cik. Cik jangan risau. Percayalah saya memang berterima kasih kepada cik sebab bantu selamatkan saya. Saya nak balas jasa cik. Melihatkan keadaan cik ni saya rasa cik lari dari rumah. Saya tak akan tanya apa-apa. Tapi cik nak ikut saya ke tempat yang lebih selamat?"
Jelas lelaki itu. Ray tahu gadis ini menyembunyikan sesuatu daripadanya tetapi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Pantas Rose mengangguk tanda setuju. Dia sedang desperate untuk mencari tempat yang selamat. Dia memberi kepercayaan sepenuhnya kepada lelaki ini.
"Dan jangan panggil saya tuan. Panggil saya Ray. Cik pernah tak dengar orang bagitahu cik ni cantik. Sangat cantik. Ni kali pertama saya nampak perempuan yang serius cantik giler. Hmmm... Dengan saya cik jangan takut. Saya nak cik rasa selesa bila cik ada dengan saya. Apa nama cik ya?"
Rose berdiam diri buat seketika. Terlalu random kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
Tidak sampai beberapa saat, lelaki itu terkejut dengan tindakan Rose. Rose memeluk tubuh sasa lelaki itu dan membenamkan wajahnya. Badan Ray hangat dan bau wangi daripada tubuh Ray menusuk hidung Rose.
"Saya Rose. Terima kasih Ray kerana menerima saya. Saya tak takut dengan awak. Saya cuma rasa terhutang budi kerana masih ada orang nak terima saya. Saya janji akan balas jasa ni." Air mata Rose mengalir jatuh ke baju Ray.
"Hey! Jangan nangis. Saya ada di sini." Ray memeluk Rose membiarkan gadis itu menenangkan dirinya. Tidak tahu kenapa dengan dirinya tetapi Rose berasa amat selesa ketika berada dalam pelukan lelaki ini.
"Jom, ikut saya." Ajak ray. Rose memandang Ray. Wajahnya tertanya-tanya kemana Ray ingin membawanya.
Akibat cedera Ray mendukung Rose gaya bridal style. Terjerit kecil Rose dibuatnya. Rose memaut tangannya ke leher lelaki itu.
"Kalau tak keberatan boleh saya tanya soalan?" Tanya Rose teragak-agak.
"Mestilah boleh, untuk Rose semua boleh." Jawab lelaki itu.
"Awak jumpa baju dan seluar ni kat mana ya?" Rose bertanya dengan wajah yang innocent.
Tergelak Ray mendengarkan pertanyaan Rose.
"Baju tu memang tersedia untuk spesies macam saya ni. Nanti awak faham." Ringkas sahaja jawapan Ray. Rose hanya mengangguk tidak mahu menanyakan soalan lagi walaupun dirinya masih tertanya-tanya. Begitu juga dengan Ray. Dia juga ingin bertanya tentang keadaan Rose. Di sudut hatinya, dia marah kerana ada makhluk yang tergamak menyakitkan insan yang begitu lembut dan baik hatinya.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Chapter 1 is out. The Moment I Met You! Selamat membaca semua!!
Share this novel