Bab 38

Romance Series 59840

JUANA memandang ke arah Rizal dengan berbekalkan senyuman yang manis. Rizal pula masih ragu. Walaupun dia tidak mengenali Juana, namun dia jelas masih mengingati wajah wanita itu yang bersamanya, bergambar dengan gembira sebelum ini. Rizal sendiri tidak pasti hubungannya dengan wanita tersebut. Namun Rizal tidak ingin bersuara. Pertanyaan daripada Juana tadi langsung tidak dijawab olehnya.

Rizal juga tidak ingin bertanya kepada Juana mengenai hubungan mereka. Lelaki itu mula merancang. Dia sama sekali tidak boleh menunjukkan jika dirinya sudah kehilangan ingatan. Bahkan dia juga sudah tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai hubungannya bersama Juana di masa lalu. Jika dia bertanya, sudah pasti Juana akan segera mengetahu dirinya sudah kehilangan ingatan. Lebih teruk, jika wanita di hadapannya itu adalah kekasihnya atau pun tunangannya di masa lalu, wanita itu pasti akan menuntut kembali cintanya dan Amira pasti akan kecewa. Rizal tidak ingin sama sekali hal tersebut berlaku. Dia sudah bersumpah untuk setia terhadap cintanya kepada Amira.

"Riz.. kenapa diam? i tanya khabar you je pun.. itu pun tak nak jawab?" Juana masih bertanya.

Rizal tetap bertahan untuk tidak bersuara. Di fikirannya, dia mulai risau jika wanita itu bakal merosakkan hubungannya dengan Amira.

"Riz, kenapa dengan you ni?" Juana terus menekan.

Rizal semakin tidak dapat menahan dirinya. Walaupun ingin mempertahankan cintanya terhadap Amira, namun dia juga tidak tegar untuk membuatkan wanita di depannya itu terus kecewa. Dia tidak ingin menyakiti wanita tersebut. Fikir Rizal, dia yakin dirinya juga mempunyai hubungan yang istimewa bersama wanita tersebut di masa lalunya. Dia tidak seharusnya menghukum wanita yang tidak bersalah itu. Akhirnya, Rizal terpaksa berkata dengan jujur terhadap wanita tersebut.

"Maaf.. aku tak kenal kau."

Ucapan Rizal itu membuatkan Juana tersentak. Namun wanita itu sudah pun menduga reaksi lelaki tersebut yang tidak ingin melayannya. Itu disebabkan kesalahannya sendiri yang sudah membuang Rizal daripada hidupnya sebelum ini. Padahal Rizal hanya mengatakan hal yang sebenarnya dengan jujur, namun Juana pula tersalah sangka jika Rizal sudah tidak ingin melayannya dan berpura-pura tidak mengenalinya.

"Riz.. i tahu, sebelum ni memang i yang salah.. i minta maaf, okey.. sebenarnya i masih sayangkan you.. i sangat sayangkan you.. tapi.." Juana terperangkap dengan tindakan Rizal. Dia mula menyatakan kesalahannya terhadap lelaki itu.

"Tapi apa?" Rizal pula terkejut. Dia tidak menyangka jika wanita itu pernah membuat kesalahan terhadapnya. Di sebabkan Juana sudah terlanjur meminta maaf, fikir Rizal, wanita itu pasti sudah membuat suatu kesalahan di masa lalunya. Dia harus tahu, kesalahan apa yang telah dilakukan oleh wanita tersebut.

"I.. I tak bersama Fad pun.. masa tu hanya salah faham.. I.. I tak sengaja.. I pun tak tahu you jadi cleaner tu sebab arahan Papa you demi nak ambil alih syarikat Papa you.. I tak berniat pun nak hina you sebenarnya.." Juana sendiri mengungkapkan aib dan kesalahan dirinya kepada Rizal.

"Tak sengaja?.. tak tahu?" Rizal masih bingung. Namun dia tidak menunjukkan ekspresinya yang sebenar. Padahal dia cuma bertanya untuk mendapatkan informasi yang lebih jelas mengenai hubungan masa lalu mereka.

"Tolong maafkan i.. berikan i peluang kedua.. please Riz.. I sangat sayangkan you.. I can't live without you.." Juana cuba merayu dengan air mata kebohongannya.

"Sayang? Jangan bohong.. selama dua tahun lebih ni, elok je you hidup tanpa i.." Rizal masih memancing dengan penyataannya. Padahal dia sendiri masih tidak tahu nama wanita yang berdiri di hadapannya itu.

"No Riz.. i really really miss you.. yang you nampak i dengan Fad tu, hanya salah faham.. masa tu i sengaja nak uji you je.." Juana terus berbohong untuk mendapatkan simpati. Padahal dia sama sekali tidak tahu Rizal yang sudah kehilangan ingatan itu sedang mengujinya untuk mendapatkan maklumat mengenai masa silam mereka.

'Jadi, hubungan dia dan aku dah putus la sebelum ni, sebab aku pernah nampak dia dengan lelaki lain?.. disebabkan tu, sekarang dia tak henti minta maaf dari aku.. lelaki yang bernama Fad tu.. lelaki tu pun, mesti aku kenal.. ' getus hati Rizal. Walaupun kehilangan ingatan, namun lelaki itu tetap cerdas dalam membuat taakulan.

"Uji i? You berdua-duaan dengan Fad depan mata i.. you ingat i buta ke?" Rizal cuba meneka dan mereka dialog bagi menyalahkan Juana. Dia sendiri tidak yakin dengan ucapannya itu namun Rizal sangat berharap kata-katanya itu tidak salah.

"Masa tu.. i'm sorry Riz.. masa tu you dah pergi jauh.. i'm lonely, you know.. but Fad yang datang goda i.. i.. i memang salah.. i tertipu dengan pujuk rayu Fad.. i memang salah, i know it.. but i menyesal sangat.. sekarang i nak minta maaf dari you.. please Riz.. maafkan i.. give me second chance.. i know you pun still sayangkan i kan? please Riz.. kita kembali macam dulu.." Juana masih cuba untuk memujuk. Dia sangat berharap jika Rizal masih menyimpan walau sedikit perasaan terhadapnya. Nanti dia akan terus mencuba untuk membangkitkan kembali rasa kasih lelaki itu terhadap dirinya.

'Celaka.. dari apa yang dia cakap, nampaknya dia dah kantoi berzina dengan lelaki lain depan mata aku sendiri.. dasar perempuan gila!' Rizal bermonolog, mengutuk perbuatan Juana. Padahal dia tidak tahu jika dirinya sendiri juga pernah berzina dengan wanita tersebut sebelumnya. 

"Maaf.. aku tak dapat terima kau lagi.." Rizal menyatakan pendiriannya. Dia tidak ingin untuk terus berhubungan dengan wanita penzina seperti Juana. Malah yang lebih penting, sekarang dia sudah pun mempunyai Amira. Walaupun Rizal sendiri masih tidak jelas mengenai hubungannya dengan Juana, namun yang paling penting sekarang, dia sama sekali tidak ingin ada orang ketiga di antara dirinya dan Amira.

"Riz.. please maafkan i.. i tak sanggup lagi berjauhan dari you.. selama dua tahun ni, i sendiri kesal.. i menyesal Riz.. bila you takde, baru i tahu, you sangat penting bagi i.." Juana merayu lantas memeluk Rizal dengan erat.

"Apa yang kau buat ni? Lepaskan aku!" Rizal terkejut dengan tindakan wanita tersebut.

Pada masa yang sama, Amira dan Shahira keluar dari rumah dan langsung melihat Juana yang sedang berpelukan dengan Rizal. Keduanya tergamam di depan muka pintu. Shahira kemudian dengan pantas menarik tangan Amira dan memaksa kakak iparnya itu untuk kembali masuk ke dalam rumah. Dia tidak ingin kakak iparnya itu melihat adegan yang pastinya akan menggoncangkan hubungan suami isteri itu. Namun semuanya sudah terlambat. Amira kini terpempan hebat. Matanya sendiri sudah menyaksikan suaminya yang sedang berpelukan dengan wanita lain.

Jika sebelum ini, dia pernah salah sangka terhadap Rizal dan Shahira. Kali ini, Amira cuba bertenang dan tidak ingin kesalah fahamannya berulang lagi. Namun dia tahu dengan jelas, wanita yang sedang memeluk Rizal sebentar tadi adalah wanita sama yang dilihatnya bergambar bersama suaminya itu sebelum ini. Dari riak wajah mereka di dalam gambar, jelas terpapar kemesraan dan kegembiraan.

"Siapa perempuan tu? Apa hubungan dia dengan abang Riz?" Tanya Amira kepada Shahira. Dia perlu mendapatkan kepastian sebelum membuat keputusan agar tidak berulang lagi kesalahan yang sama ketika dia melihat Rizal dan Shahira tempoh hari.

"Kak, jangan terlalu fikirkan pasal tu.. sekarang akak dan abang Riz dah kahwin.. hanya akak je isteri abang Riz yang sah.." Shahira serba salah. Dia sendiri tidak mengenali Juana secara dekat dan tidak terlalu pasti mengenai hubungan Rizal dan Juana sebelum ini. Dia hanya tahu, Juana itu salah seorang daripada teman-teman abangnya. Namun sejauh mana hubungan mereka, Shahira sendiri tidak berani membuat penyataan.Gadis itu menggenggam tangan Amira dan berusaha untuk menenangkan kakak iparnya. Dia tahu kakak iparnya itu sedang di hambat cemburu dan sakit hati.

"Jadi, diorang memang ada hubungan istimewa la kan?" Amira merentap tangannya dari pegangan Shahira. Dengan wajah yang sugul, wanita itu berjalan meninggalkan Shahira dengan kakinya yang terasa semakin melemah. Badannya terlihat sedikit terhuyung hayang dengan pandangan matanya yang kosong. Amira kini sudah tidak mempedulikan orang lain yang berada di sekitarnya itu.

"Kak Mira.." Shahira mengejar kakak iparnya. Dia tidak ingin membiarkan wanita yang sedang bersedih itu bersendirian.

Diluar rumah, Rizal menolak Juana dan melepaskan diri daripada pelukan wanita tersebut. Namun fikirannya mula terganggu. Ketika dipeluk oleh Juana, Rizal seolah mengingati sesuatu berdasarkan bau badan wanita itu. Tiba-tiba dia terbayangkan dirinya sedang bergembira bersama Juana. Ruang fikirannya mula terisi oleh kenangan indah mengenai dirinya dan wanita tersebut. Paling mengejutkan Rizal, dia mula membayangkan Juana yang sedang bertelanjang bulat tanpa seurat benang dan meliuk lentok dalam dakapannya.

"Tidak!.. Tidak!.." Rizal menekan suaranya sambil memegang kepala. Lelaki itu berusaha untuk mengusir bayangan yang sedang wujud dalam pemikirannya. Melihatkan keadaan Rizal itu, Juana mula menjadi pelik.

"Riz.. are you okay? kenapa dengan you ni?" Juana memegang tangan Rizal yang sedang mencengkam kepalanya sendiri.

"Pergi! Jangan sentuh aku!" Jerit Rizal. Lelaki itu segera berundur untuk menjauhkan diri daripada wanita yang cuba mendekatinya itu.

"Sayang.." Bayangan Juana terus mengganggu fikiran Rizal. Senyuman wanita itu yang memanggil-manggil dirinya membuatkan Rizal semakin resah.

"Cukup! berambus kau!" Rizal menjerit kuat sehingga menyebabkan Juana terperanjat. Namun Juana masih terpinga-pinga, tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Rizal. Lelaki itu terus menerus mencengkam kepalanya sendiri sambil memejamkan mata.

"Tak guna!!.." Rizal yang sudah tidak tahan dengan bayangan memori masa lalu yang terus mengganggu fikirannya akhirnya berlari meninggalkan kawasan tersebut. Dia cuba berlari sekuat hati. Menjauhkan diri dari kenyataan. Cuba menghindari kenangan masa silamnya. Juana pula hanya berdiri kaku ditempatnya sambil melihat Rizal yang berlari meninggalkan dirinya.

"Riz.. i pasti akan dapatkan you semula.." Juana memincing matanya. Merenung Rizal yang semakin menjauh dari pandangan matanya yang tajam. Wanita itu kemudian mengetap bibir dan mengepal tangannya dengan kuat.

Rizal yang berlari kencang akhirnya kelelahan. Setelah berlarian hampir 200 meter, dia menghentikan langkah kakinya berhampiran sepohon pokok akasia yang sebenar dua pemeluk orang dewasa. Di bawah naungan bayang pohon yang merimbun itu, Rizal melabuhkan punggungnya dan menyandarkan badannya di batang pokok tersebut. Lututnya yang dibengkokkan menahan tangannya yang menompang kepala.

"Aku.. apa yang aku dah buat selama ni?" Rizal semakin resah apabila memikirkan bayangan yang muncul dalam mindanya sebentar tadi.

"Aku dah bersama perempuan lain selain isteri aku? Apakah aku dah berzina sebelum ni?.. Ya Allah.. Ampunkanlah dosa aku.." Rizal menangis tatkala mengenangkan bayangkan Juana yang tidak mengenakan seurat benang pun di badannya.Walaupun masih tidak pasti dengan kenangan masa lalunya, namun Rizal percaya bayangan yang terlintas dimindanya itu adalah sebuah memori yang pernah dia lalui.

Pada masa yang sama, Shahira pula masih memujuk Amira. Mereka berdua kini berada di sofa pada ruang keluarga yang terletak di bahagian tengah rumah, sedikit terasing daripada para tetamu yang hadir dan berkumpul di ruang ramu.

"Akak jangan la fikir yang bukan-bukan.. lebih baik akak tanya dulu sendiri kat abang Riz.." ujar Shahira.

"Nak tanya apa lagi? Dia pun bukannya ingat apa-apa.. mesti dia akan kata, dia tak kenal perempuan tu.." balas Amira.

"Itulah.. setidaknya akak tahu, abang Riz sekarang takde hubungan dengan sesiapa selain akak.. Dia cuma kenal akak je.."

"Tapi.. kalau diorang tu bercinta sebelum ni, bukan ke akak ni yang jadi pengganggu? akak yang dah jadi orang ketiga.." Amira memberikan pendapatnya.

"Kak.. apa pun hubungan mereka di masa lalu, jangan difikirkan.. sekarang akak adalah isteri abang Riz yang sah. Kalau ada orang lain yang datang, dia la yang jadi pengganggu.. akak jangan terlalu banyak berfikir.. tak baik untuk anak dalam kandungan akak tu.." Shahira cuba memujuk dengan mengandalkan anak dalam kandungan Amira sebagai alasan. Dia yakin, kakak iparnya itu akan lebih tenang dan matang berfikir apabila memikirkan anak dalam kandungannya.

Amira memegang perutnya. Dia terdiam sambil termenung seketika.

"Ira boleh tolong akak?" tiba-tiba Amira bersuara sambil menatap ke arah adik iparnya.

"Akak nak Ira buat apa?"

"Tolong rahsiakan dulu pasal anak ni daripada Papa dan Mama.." Amira membuat permintaan.

"Eh, kenapa pulak?" Shahira sedikit terkejut dengan permintaan tersebut lalu memegang tangan Amira.

"Emm.. takde apa-apa.. saja, akak nak rahsiakan dulu dari diorang.. nanti sampai masa, kita buat surprise.." Amira tersenyum walaupun kelihatan hambar. Dia menempuk lembut beberapa kali tangan Shahira yang sedang memegang tangannya.

"Hmm.. okeylah.. kalau macam tu, Ira janji takkan bagitau lagi kat Mama dan Papa.." Shahira akur untuk membuat janji. Dia cuba untuk menghiburkan kakak iparnya yang sedang kegalauan itu. Pada masa yang sama, Shahira juga kembali memikirkan mengenai Juana. Dia sendiri tidak tahu apakah hubungan sebenar wanita itu dengan abangnya. Namun dia berharap Juana tidak akan terus menjadi pengganggu kepada hubungan abang dan kakak iparnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience