MENJELANG waktu petang, kenderaan di pinggir kota Kuala Lumpur masih berpusu-pusu dan penuh sesak. Tidak jauh dari situ, berdiri megah sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka tanah air. Sebuah kereta BMW hitam melintasi pintu gerbang Universiti Malaya dan masuk ke kawasan kampus tersebut. Kereta itu di pandu oleh Shahira. Gadis itu menuju ke institusi pengajian itu demi membawa Amira dan Rizal untuk menemui Anas yang sedang menuntut di sana. Alang-alang sudah berada di Kuala Lumpur, Amira ingin mengambil kesempatan bertemu dengan adiknya itu sambil mengisi masanya ketika berada di sana.
Sudah dua hari Amira dan Rizal terperap di dalam rumah agam keluarga lelaki tersebut. Amira kemudian menyatakan hasratnya untuk bertemu Anas kepada Shahira dan adik iparnya itu sanggup menemani dan membawa Amira ke sana. Anas yang kini merupakan pelajar tahun kedua dalam jurusan perubatan di Universiti Malaya menjadi girang apabila mendapat khabar daripada kakaknya untuk berjumpa. Mereka akhirnya bertemu untuk melepaskan rindu.
Mengetahui abang iparnya, Rizal yang sudah menemui keluarganya, Anas turut gembira. Dia juga sangat berharap abang iparnya itu akan segera mendapat kembali ingatannya setelah menemui ahli keluarga dan mengetahui latar belakang sebenar dirinya.
Setelah hampir dua jam menghabiskan masa bersama Amira, Rizal dan Shahira, Anas akhirnya meminta diri untuk berpisah.
"Anas ada kelas pulak jap lagi.. Anas nak balik untuk bersiap dulu.."
"Ye la.. belajar rajin-rajin.. biar akak dan ibu bangga, adik nanti jadi seorang doktor." Amira menitipkan pesan buat adiknya.
"Insyaallah.."
Amira kemudian membuka tas tangannya dan mengambil beberapa keping wang kertas.
"Ini, ambil sikit buat belanja adik.. berjimat sikit.." Amira cuba menghulurkan empat keping not lima puluh ringgit kepada Anas, namun segera di halang oleh Shahira.
Gadis itu menahan tangan Amira sambil menggelengkan kepala dan mengukirkan senyuman. Amira terpinga-pinga seketika. Pelik dengan tindakan adik iparnya itu. Shahira kemudian membuka tas tangannya dan mengeluarkan satu sampul surat bersaiz kecil. Sampul surat tersebut lalu di hulurkan kepada Amira.
"Simpan duit akak tu.. bagi yang ni kat adik akak." Ujar Shahira. Namun Amira yang masih kebingungan menjadi kaku dan tidak mengambil pemberian adik iparnya itu.
Melihatkan Amira yang masih keliru dan terpinga-pinga, Shahira segera menghulurkan sampul surat di tangannya kepada Anas. Tanpa menunggu, Anas menerima pemberian Shahira kepadanya itu.
"Ini sebenarnya pemberian Kak Mira.. guna la.. kalau tak cukup, nanti bagitau.." Shahira tersenyum.
Anas hanya mengangguk kecil. Mahasiswa itu merasa sedikit ragu. Sampul surat yang dipegangnya itu terasa agak tebal isinya.
"Ira.. jangan la susahkan diri.. soal Anas, biar akak je yang uruskan.." Amira sedikit mengeluh dengan tindakan adik iparnya.
"Kak.. kita kan satu keluarga.. jangan nak berkira.. masalah akak pun, masalah Ira jugak.. kebahagiaan akak pun, Ira akan tumpang bahagia sama.." Ucap Shahira dengan penuh ikhlas. Gadis itu penuh pengertian. Mendengar kata-kata Shahira,. Amira tersenyum gembira. Dia bersyukur kerana mendapat adik ipar sebaik Shahira. Namun pada masa yang sama, dia turut serba salah. Terasa seolah dirinya cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan keluarga suaminya itu.
"Ah, esok kami akan adakan majlis kesyukuran.. ada buat makan sikit kat rumah.. Anas boleh pergi tak? Kalau nak pergi, saya datang ambil esok.." soal Shahira kepada Anas sebelum mereka berpisah.
"Esok... emm.. tak boleh kot.. esok jadual padat.. kelas dari pagi sampai malam.. ada kelas tutor lagi.. maaf la.." balas Anas.
"Emm, takpe la kalau macam tu.. nak buat macam mana, benda tak boleh nak elak.." ucap Shahira.
"Okey, nanti jumpa lagi." Amira pula membalas.
"Belajar elok-elok ya Anas.. kalau perlukan duit, bagitau je kat abang Riz.." Rizal yang jarang bercakap sejak dari kini bersuara. Lelaki itu berjabat tangan dengan adik iparnya itu sebagai tanda perpisahan untuk pertemuan mereka kali ini.
Shahira, Rizal dan Amira kemudian kembali menaiki kereta. Anas pula berdiri kaku ditempatnya sambil menemani pemergian kakak dan abang iparnya itu. Setelah kereta yang dipandu oleh Shahira mula bergerak dan meninggalkan kawasan tersebut, Anas kembali melihat sampul surat di tangannya. Dia sungguh penarasan. Isi di dalam sampul tersebut terasa agak tebal dan meragukan. Anas mula membuka sampul ditangannya. Matanya langsung terbeliak apabila melihat sejumlah wang yang agak banyak. Tanpa membuang masa, dia mula mengira jumlah wang tersebut.
"Lima ribu?! gila apa aku nak pegang duit sebanyak ni.." Anas terkejut berserta cemas. Sebagai seorang pelajar, dia tidak tahu harus berbuat apa dengan wang sebanyak itu. Padahal selama ini, dia hanya menerima satu atau dua ratus sahaja setiap minggu daripada ibu dan kakaknya untuk dibuat perbelanjaan kehidupannya selama di universiti. Terbiasa dengan kehidupan yang berjimat cermat, Anas merasakan jumlah wang yang diterimanya kini sudah cukup untuk menampung perbelanjaannya selama satu tahun berada di kampus.
Sementara itu, Shahira pula memandu kereta menyusuri jalan raya. Gadis itu tersenyum sendiri sambil memandu. Dia mempunyai rencana tersendiri. Kini dia akan membawa Amira dan Rizal untuk memulakan rencananya yang merupakan satu permintaan daripada bapanya, Tan Sri Hanafi. Sebelum mereka meninggalkan rumah tadi, Tan Sri Hanafi sudah memberikan satu tugasan kepada anak gadisnya itu.
Tidak lama memandu, Shahira memberhentikan keretanya dipetak parkir yang tersedia.
"Jom.. dah sampai tempat tujuan kita." Shahira bersuara sambil melepaskan tali pinggang keselamatan yang melintangi tubuhnya.
"Kita nak kemana ni?" Rizal bertanya. Amira juga terkebil-kebil, tidak tahu arah tujuan yang dibawa oleh Shahira.
"Kita ke butik.. cari pakaian untuk Kak Mira.. esok kan ada majlis kesyukuran.. kena la pakai cantik-cantik.. Abang Riz pun, kalau nak cari baju baru, boleh la cari sekali.." Shahira tersengih menyampaikan maksudnya.
"Eh, tak payah la.." Amira terkejut mendengar penjelasan adik iparnya lalu cuba menolak. Dia sebenarnya risau. Wang miliknya tidak terlalu banyak. Berbelanja di butik pakaian mewah, sudah pasti akan menghabiskan banyak wang.
"Akak tak boleh tolak.. ini arahan Papa.. kalau Papa tahu, dia mesti marah.. kalau dia cakap, mesti kena buat." Shahira membantah penolakan Amira. Dia sengaja mengugut dengan nama bapanya untuk memaksa kakak iparnya itu mendapatkan pakaian baru. Padahal dia sendiri tahu, bapanya itu sama sekali tidak pernah marah dan sangat lemah lembut terhadap orang lain, apalagi terhadap anak-anaknya sendiri. Walaupun tegas dalam membuat keputusan, namun Tan Sri Hanafi sebenarnya seorang yang penyabar dan cukup lembut. Malah ucapan dan perbuatan lelaki kaya itu sangat berbudi bahasa dan penuh sopan.
"Tapi..." Amira masih risau mengenai kewangan dirinya.
"Dah, tak payah nak fikir lagi.. Akak ikut je.. akak sekarang menantu Tan Sri Hanafi.. kena jaga penampilan.. pasal duit, akak tak payah risau.. you got a rich father in law.." Shahira tersenyum lebar. Gadis itu kemudian membuka tas tangannya dan mengeluarkan sekeping kad. Shahira mencapai tangan Amira lalu meletakkan kad tersebut di telapak tangan kakak iparnya itu.
"Ini pemberian Papa kat akak.. unlimited credit card.. guna je kalau akak nak beli apa-apa.. takde limit.."
"Eh, tak nak.. tak nak.. Akak tak nak semua ni.." Amira terperanjat lalu lantas menolak pemberian tersebut.
"No. Akak kena terima.. ini pemberian Papa.. Akak kena tahu, Papa tak suka kalau orang tolak pemberian dia.. tak ikut cakap dia.. dan satu lagi syarat dari Papa, kalau dia dah bagi credit card ni, akak must spend at least 20K sebulan.. tak boleh kurang.. tapi sebanyak mana akak nak guna, takde masalah.. " Shahira bersuara tegas, sengaja ingin menakutkan kakak iparnya. Dia khawatir jika Amira sama sekali tidak akan menggunakan kad kredit yang telah diberikan kepadanya itu.
"Kena habiskan 20K sebulan? Akak nak beli apa? Selama ni, kalau ada dua ribu pun dah cukup untuk akak hidup sebulan.. ni sampai 20 ribu.." Amira panik. Dia benar-benar tidak mampu menerima pemberian tersebut. Fikirnya, perlu menghabiskan puluhan ribu setiap bulan adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
"Suka hati akak la nak beli apa pun.. tapi wajib kena habiskan 20K sebulan.. kalau akak nak guna sampai 200K ke, sejuta ringgit sekali pun, Papa tak pernah peduli kemana duit tu digunakan..dia cuma nak akak dapatkan apa saja yang akak nak.." Shahira memberi penjelasan.
Amira tertunduk sambil menatap kad kredit di tangannya. Bahkan selama ini, dia sendiri tidak pernah memiliki kad tersebut. Namun sekarang dia diberikan sekeping kad tanpa had batasan. Dia bebas untuk berbelanja sebanyak apa pun yang dia inginkan. Namun hal tersebut langsung tidak mampu dicerna pada akal fikiran Amira. Entah bagaimana harus dia menghabiskan sejumlah puluhan ribu setiap bulan. Syarat yang diberikan terlalu diluar norma. Dunia ibarat sudah terbalik. Amira bingung memikirkan dirinya kini dipaksa untuk menghabiskan wang.
"Macam mana nak habiskan 20K sebulan? Kalau Ira, apa je yang Ira duk beli selama ni?" Amira menyoal adik iparnya. Dia ingin menerima pendapat melalaui pengalaman adik iparnya sendiri yang sudah terbiasa hidup sebagai anak orang kaya itu.
"Hmm.. Ira biasanya habiskan untuk beli pakaian, jam tangan, kasut, beg tangan.. paling mahal pernah Ira beli pun, Hilux tu je untuk kegunaan kerja, Ira beli cash.. tapi Papa marah pasal beli Hilux tu.. sebabnya kenderaan untuk kerja macam tu, Papa suruh gunakan perbelanjaan syarikat je, jangan guna duit peribadi.. kalau nak beli kereta untuk kegunaan peribadi takpe la.. kata papa macam tu la.." Balas Shahira.
"Betul la cakap Papa tu.. kereta untuk tujuan kerja, harus dimasukkan dalam perbelanjaan syarikat.. jadi liabiliti syarikat.. bukan liabiliti peribadi. kereta bukan aset.. membazir je beli guna duit sendiri." Rizal tiba-tiba bersuara, mengiyakan kata-kata bapanya yang diucapkan oleh Shahira.
"Hmm.. mana la Ira tahu.. Ira bukan reti sangat pasal akaun ni.. Ira pun bukan belajar business macam abang.. Eh, abang dah hilang ingatan pun, masih tahu pasal akaun?" Shahira pula bertanya. Teruja dengan kemampuan abangnya walaupun lelaki itu sudah kehilangan ingatan.
"Abang hilang ingatan je.. bukan bodoh." Balas Rizal. Ucapan lelaki itu membuatkan Shahira pecah tawa.
"Abang Riz belajar business? patut la sejak dulu dia mahir dalam akaun." Amira pula terkejut. Dia mengingati semula kejadian dimana Rizal pernah mengajarkannya memahami prinsip asas akaun suatu ketika dahulu.
"Yup.. Abang Riz ambil business study kat King's College London.. dia speaking orang putih pun, sebijik macam orang British punya slang.. Ira ni belajar kat UiTM je.." Shahira tersengih sambil ketawa kecil. Amira mula terlopong. Dia sangat teruja dengan latar belakang pengajian suaminya itu. Selama ini, dia sama sekali tidak pernah mendengar Rizal berbicara dalam bahasa Inggeris. Dia cuma tahu lelaki itu sangat mahir dalam perakaunan dan pengurusan syarikat namun sama sekali tidak terfikir tahap pengajian suaminya itu.
"Dah.. jom kita pergi cari baju baru.. nanti lambat, tutup pulak kedai tu." Shahira menyambung kata.
Share this novel