Bab 55

Romance Series 59840

ANGIN semilir berhembus tenang, menggoyangkan dedaunan yang merimbun di sebatang pohon. Makhluk tuhan yang tidak terlihat itu terus bertiup dan menerobos masuk melalui celah jendela di sebuah bangunan. Di dalam bangunan yang menjadi hospital rawatan bagi pesakit mental itu, kelihatan seorang doktor sedang bersama seorang lelaki yang berpakian kemas. Lelaki itu adalah Dato' Seri Kamal, bapa kepada Juana. Sang doktor meneliti beberapa helaian kertas yang merupakan dokumen perubatan. Seketika kemudian, doktor lelaki itu beralih pandang ke arah Dato' Seri Kamal.

"Melalui penelitian, pihak kami yakin, anak Dato' sekarang ni mengalami masalah erotomania.." ujar sang doktor.

"Apa benda tu doktor? serius ke masalah dia?" balas Dato' Seri Kamal.

"Erotomania ni salah satu masalah mental jugak.. ia satu sindrom delusi yang menganggap dia disayangi oleh orang lain.. tapi hakikatnya, orang tu tak macam tu pun.."

"Emm.. maknanya cinta bertepuk sebelah tangan ke?" tanya Dato' Seri Kamal lagi. Sang doktor mengeluh perlahan.

"Lebih kurang macam tu la.. tapi masalah dia sekarang ni, dia yakin dan percaya orang tu sangat cintakan dia.. kepercayaan yang dia tanam dalam minda dia tu, menyebabkan dia mengalami delusi.. maknanya dia percaya kepada benda yang tak berlaku.. tapi bila berlaku penolakan daripada orang yang dia percaya sayangkan dia tu, menyebabkan keadaan mental dia jadi terganggu.. tapi dia tetap percaya orang tu masih sayangkan dia.."

"Tapi.. keadaan dia boleh pulih ke?" Dato' Seri Kamal ingin tahu dengan lebih lanjut.

"Masalah delusi ni, susah sikit saya nak beri jaminan.. Itu bergantung kepada diri dia sendiri.. kebiasaannya, orang yang mengalami delusi ni susah nak berubah. Sebab dia dah tanam dalam minda dia, apa yang dia nak percaya.. kepercayaan dia tu susah digoyah... macam kita berpegang kepada kepercayaan dalam beragama la.. susah kita nak buang kepercayaan kita terhadap agama.. begitu juga dengan mereka yang mengalami delusi erotomania ni.. mereka bukan sekadar tahap syok sendiri je.. tapi meletakkan keyakinan yang sangat tinggi terhadap benda yang tak berlaku.. itu yang susahnya.." Doktor lelaki itu memberi penjelasan. Sejurus itu juga, sang doktor melanjutkannya lagi kata-katanya.

"Dan masalah paling teruk dengan anak Dato' sekarang ni.. melalui ujian darah, kami dapati dia sebenarnya dah positif menghidap HIV.."

"Allahuakhbar.." Dato' Seri Kamal terperanjat lantas bersandar pada kerusi yang dia duduki. Seluruh tubuhnya terasa lemah. Langsung tidak menyangka, anak perempuannya akan menghidap penyakit yang tiada penawarnya itu. Sudahlah dia dikejutkan dengan masalah mental yang dihidapi Juana, kini dia lebih terkejut dengan kenyataan jika anak perempuannya itu menghidap HIV pula.

Lelaki itu kemudian berkalih pandang ke arah Juana yang berada tidak jauh darinya. Kelihatan Juana asyik bermain dengan anak patung di tangannya. Sejenak kemudian, seorang lelaki yang bertugas sebagai pembantu perubatan berjalan di hadapannya. Juana lantas melihat kepada lelaki tersebut lalu menjerit.

"Apa yang kau tengok? Kau tahu tak aku siapa? aku ni isteri Rizal.. menantu orang terkaya!"

Juana kemudian ketawa terbahak-bahak, lalu dia kembali bermain dengan anak patung yang dipegangnya.

"You sayangkan i, kan Riz?.. hanya i yang boleh jadi isteri you.." Juana menatap anak patung di tangannya sambil tersenyum.

Dato' Seri Kamal pula mengeluh. Tidak menyangka, anak perempuan yang ditatangnya bagai minyak yang penuh, akhirnya menjadi sebegitu. Sudahlah anaknya itu mengalami masalah mental, malah yang lebih teruk, dia turut menghidap HIV. Dengan penyakit yang di hadapi oleh anak perempuannya itu, Dato' Seri Kamal yakin, jangka hayat anaknya itu tidak akan bertahan lama. Hatinya pedih. Namun dia harus redha untuk menerima kenyataan.

PADA masa yang sama, di tempat yang berbeza, orang ramai sudah memenuhi kawasan sebuah hotel mewah. Para wartawan daripada pelbagai saluran media turut hadir untuk membuat liputan. Malah terdapat juga wartawan yang hadir itu membuat liputan berita secara langsung. Pada hari tersebut, ramai orang kenamaan akan hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Tan Sri Hanafi, selaku antara orang terkaya di dalam negara. Empayar perniagaannya dikenali bukan sahaja di dalam negara bahkan sehingga ke negara barat dan timur tengah. Ramai menteri dan kerabat diraja turut hadir memberi penghormatan kepada lelaki tersebut, termasuklah para artis dan selebriti. Malah beberapa orang artis terkenal tanah air turut dijemput untuk membuat persembahan dan memberikan hiburan pada majlis tersebut.

Di celah kerumunan orang ramai itu, kelihatan Delisha sedang berjalan beriringan dengan Eddy. Mereka turut hadir setelah mendapat jemputan daripada keluarga Tan Sri Hanafi.

"Gilalah.. grand betul majlis ni.. memang confirm jadi wedding of the year la.." Eddy teruja melihat kemeriahan majlis.

"Majlis kahwin anak Tan Sri Hanafi kot.. kalau boleh, majlis kahwin kita nanti pun, i nak you buat majlis macam ni jugak.. lebih grand dari ni." Delisha tersenyum manja. Matanya melirik ke arah teman lelakinya itu. Eddy menelan liur.

"Masalahnya, daddy i bukan Tan Sri Hanafi.. nak buat kat hotel ni boleh la, tapi nak buat setaraf macam ni, botak kepala i nanti.. Tan Sri Hanafi takpe la, hotel ni pun dia yang punya.." Eddy berseloroh sambil tertawa. Delisha turut ketawa seraya menepuk lengan lelaki di sebelahnya itu.

Mereka kemudian berlegar-legar di ruang lobi. Di sana, ramai wartawan yang sedang membuat liputan berkenaan acara tersebut. Delisha dan Eddy kemudian bertemu dengan Tan Sri Hanafi yang sedang asyik melayan para tetamu. Tanpa membuang masa, mereka berdua mendekati lelaki tersebut.

"Uncle.. tahniah, dah dapat menantu.." Delisha menyapa. Eddy yang bersamanya segera bersalaman dengan Tan Sri Hanafi.

"Oh, Isha.. mana daddy?" tanya Tan Sri Hanafi.

"Daddy tak sampai lagi ke? Hmm.. sekejap lagi sampai la tu kot.. Isha datang dengan kawan." balas Delisha.

"Ooo, takpe la kalau macam tu.. Ini kawan Isha?" Tan Sri Hanafi merujuk kepada Eddy yang bersama wanita tersebut.

"Ya.. ini Eddy.. anak Dato' Maliki, pemilik syarikat agragrowth tech.."

"I see.. i know your dad.. rasanya Uncle ada jemput jugak dia.." ujar Tan Sri Hanafi.

"Ya.. maybe sekejap lagi sampai la tu.." Eddy membalas.

Tiba-tiba Tan Sri Jamali muncul dengan memakai baju batik dan menyapa sahabatnya, Tan Sri Hanafi sambil berjabat tangan.

"Sorry, i lambat sikit.. jammed kat tengah jalan tadi."

"Haa, dah sampai pun.. mana ada lambat.. you datang pun i dah bersyukur.." Tan Sri Hanafi tersenyum menyambut kehadiran sahabat baiknya itu. Sejurus itu juga, Tan Sri Jamali mulai perasan dengan keberadaan Delisha di sana.

"Eh, Isha dah sampai dah? Datang dengan Eddy rupanya.." Tan Sri Jamali menyapa anak gadisnya. Delisha dan Eddy hanya tersengih.

"Nampaknya, you dah pun tak lama tu nak dapat menantu.." usik Tan Sri Hanafi kepada sahabatnya. Tan Sri Jamali membalas dengan senyuman. Delisha dan Eddy pula tertunduk malu. Kata-kata Tan Sri Hanafi itu tidak salah lagi. Mengikut perancangan mereka, Delisha dan Eddy juga akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun yang sama. Cuma berbaki beberapa bulan lagi.

"Insyaallah.. i ikut je kehendak budak-budak ni.. kalau diorang nak cepatkan pernikahan diorang, i lagi suka.." balas Tan Sri Jamali.

"Ah, mana Riz dan Amira? Shahira pun tak nampak.." Delisha bersuara. Matanya melilau ke sekeliling arah, mencari-cari keberadaan orang yang dimaksudkannya.

"Riz dengan Mira duk bersiap lagi kat bilik tu.. Ira pun ada sekali dengan kak ipar dia tu la agaknya.. rapat betul dia dengan kakak ipar dia.. susah dia nak berenggang dengan Amira tu.. maklumlah, dah ada kawan perempuan kat rumah tu, suka la dia.. selama ni asyik duk hadap muka uncle dengan aunty je.." Tan Sri Hanafi tertawa.

"Baguslah kalau macam tu.. dah jadi adik beradik, hubungan pun rapat.. tidak la bermasam muka, tak puas hati dengan ipar sendiri.." Tan Sri Jamali sedikit teruja. Selama ini dia memang mengenali anak gadis Tan Sri Hanafi itu sebagai seorang yang merendah diri dan kurang bersosial. Sebagai gadis yang banyak menghabiskan masanya di rumah, mempunyai kakak ipar sebagai temannya merupakan sesuatu yang baik untuk Shahira. Malah sepengetahuan Tan Sri Jamali, menurut Tan Sri Hanafi, Shahira itu tidak berminat untuk bekerja di syarikat ayahnya dan mengambil alih empayar perniagaan orang tuanya itu. Dengan kembalinya Rizal, Shahira kini mula ingin menarik diri dan dunia perniagaan dan ingin menyerahkan semua urusan tersebut kepada abangnya.

"Eh, jom la kita masuk ke dewan dulu.. berdiri kat sini tak dapat apa pun.. baik kita masuk ke dewan, boleh jugak makan-makan.." Tan Sri Hanafi mempelawa para tetamunya sambil membuat jenaka.

Setelah berada di dewan, mereka mula mendapatkan tempat duduk di meja yang disediakan. Sambil berbual dan menjamu selera, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi tersohor tanah air.

Tidak lama kemudian, pintu dewan dibuka. Kelihatan Rizal yang memakai tuksedo hitam berserta tali leher kupu-kupu berdiri disebelah Amira yang memakai gaun pengantin berwarna putih. Keduanya terlihat sepadan, ibarat pinang dibelah dua. Walaupun telah berkahwin lebih dari dua tahun, namun majlis pernikahan mereka kini baru diadakan di atas kehendak Tan Sri Hanafi. Malah, memikirkan keadaan Amira yang sudah mengandung, Tan Sri Hanafi ingin menyegerakan majlis perkahwinan tersebut sebelum perut menantunya itu membesar. Fikirnya, menantunya itu nanti akan terlihat jelik dalam pakaian pengantin dengan perutnya yang membusung. Jadi, disebabkan itu, majlis perkahwinannya harus disegerakan agar kecantikan menantunya itu mampu membuatkan para tetamu jemputannya kagum dan memuji.

"I ingatkan you ni jenis konservertif.. tapi kenapa buat majlis tema western?" tanya Tan Sri Jamali kepada Tan Sri Hanafi apabila melihat suasana majlis dan pemakaian yang dikenakan oleh Rizal dan Amira. Tan Sri Hanafi tersenyum kepada sahabatnya itu seraya membalas kata-kata.

"Kali ni i saja nak buat ala-ala western sikit.. but don't worry.. nanti i akan buat majlis kedua untuk sambut menantu.. yang kedua tu nanti i akan buat kat rumah i je dan akan jemput semua orang, sesiapa je boleh datang.. kat hotel ni, limited sikit tetamu undangan.. masa tu i nak buat tema tradisional pulak.. "

"Aih, majlis kahwin sampai dua kali?" Tan Sri Jamali terkejut.

"Mesti! Ini majlis perkahwinan i buat untuk menantu i.. nanti kat rumah, i akan buat majlis sambut menantu bagi pihak keluarga i pulak.." Tan Sri Hanafi tersenyum bangga. Dia sudah lama berangan-angan untuk mengadakan majlis gilang gemilang tersebut. Kini, dengan kekayaan yang dimilikinya, dia ingin seluruh dunia melihat betapa indahnya majlis perkahwinan anak lelakinya. Bagi orang kenamaan sepertinya, majlis sebegitu adalah peluang bagi mereka untuk mempamerkan kekayaan mereka. Malah bagi Tan Sri Hanafi, sekadar nilai puluhan juta ringgit untuk dihabiskan bagi majlis sebegitu, baginya sangat berbaloi. Bahkan jika harus menghabiskan ratusan juta sekalipun dia pasti akan sanggup lakukan. Itulah tujuan dia mengumpulkan kekayaan selama ini. Dia hanya ingin ahli keluarga dan anak-anaknya bahagia dan mampu mengadakan majlis yang gilang gemilang untuk kepuasan hati mereka.

Ketika itu, mata lelaki tua itu terpaku menatap Rizal dan Amira. Bibirnya menguntumkan senyuman kepuasan. Di sebelahnya, Puan Sri Rohayu turut menemani dan tersenyum bahagia memerhati anak lelaki tunggalnya. Kini, wanita itu turut kagum dengan kecantikan Amira yang sudah disolek wajahnya. Dengan perhiasan yang dikenakan oleh menantunya itu, Amira terlihat sangat mempesonakan. Bahkan para tetamu juga saling berbisik-bisik, memuji kecantikan dan pesona yang dimiliki oleh Amira.

Rizal dan Amira pula berjalan masuk ke dalam dewan dengan iringan paluan kompang yang bergemuruh. Langkah mereka di atur perlahan-lahan menuju ke arah pentas yang sudah disediakan pelaminan dan hiasan bunga-bungaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience