MASUK ke bilik tidur, Rizal dan Amira mengambil wudhuk dan melaksanakan solat Isyak secara berjemaah. Mereka tadi masih belum menunaikan kewajipan tersebut kerana segera makan malam dan kemudiannya berbual bersama keluarga Rizal. Selesai solat, Rizal sudah tidak mampu untuk terus bersengkang mata. Lelaki itu menghempaskan tubuhnya ke tilam empuk yang tersedia pada katilnya.
"Sayang, jom tidur.. abang betul-betul dah tak larat ni.." luah Rizal dengan matanya yang sudah dipejam. Amira yang sedang melipat telekung yang dipakainya untuk solat tadi tersenyum. Padahal tadi, dia yang mengajak Rizal untuk masuk ke bilik tidur mereka kerana dia yang sudah tidak dapat menahan mengantuk. Namun kini, Rizal pula yang lebih cepat ingin mendapatkan tidurnya. Mereka sama-sama sudah keletihan setelah menempuhi perjalanan yang jauh pada hari tersebut. Amira sendiri pun sangat keletihan dan sedang menahan diri dari mengantuknya. Selesai mengemas pakaian dan peralatan solatnya, Amira menghampiri Rizal dan ingin tidur bersama suaminya itu. Punggungnya di letakkan pada tilam dan Amira menyesuaikan pembaringannya agar kedudukannya terasa selesa.
Baru sahaja Amira melapikkan kepalanya pada bantal, dia dikejutkan dengan dengkuran halus yang datang daripada suaminya. Wanita itu tersenyum. Wajah Rizal yang sedang lena ditatapnya seketika.
"Hmm, cepat betul lenanya.." Amira menggelengkan kepala. Ternyata suaminya itu sangat kelelahan sehingga langsung terlena setelah meletakkan kepala. Tanpa membuang masa, Amira turut membaringkan badannya di katil. Matanya dipejam agar segera tertidur. Namun tiba-tiba bayangan wajah ibu mentuanya muncul pada fikiran. Amira tersentak. Matanya kembali dicelik. Tak semena-mena dia mengeluh halus. Ternyata sejak dari tadi, Amira perasan riak wajah Puan Sri Rohayu yang tidak suka kepadanya. Ibu mentuanya itu jarang memperhatikannya malah sering memberikan jelingan melalui ekor matanya. Wanita itu juga jarang menegurnya, berbeza sama sekali dengan layanan Tan Sri Hanafi dan Shahira.
Amira kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Rizal terbaring lena di sebelahnya. Timbul rasa kasihnya terhadap sang suami. Amira tahu dia sangat menyayangi Rizal dan mahu lelaki itu sentiasa berada di sisinya. Namun setelah mengetahui latar belakang suaminya itu, Amira mulai ragu. Mereka membesar dalam dunia yang sama sekali berbeza.
"Perlu ke aku bertahan dalam keluarga ni?.. atau lebih baik aku undur diri?" bicara hati Amira terluah perlahan pada bibirnya.
"Mama memang tak suka aku ke? atau ni hanya mainan perasan aku? hmm.. mungkin mama masih kekok untuk terima orang baru dalam keluarga dia.." Amira cuba untuk berfikir positif. Namun jelingan mata ibu mentuanya itu kembali terbayang di mindanya. Amira kemudian bangkit dari pembaringan. Kedua belah lututnya dibengkokkan dan dia terduduk di atas katil sambil kedua tangannya memegang kepala. Wanita itu kemudian menjatuhkan kakinya ke lantai dengan punggungnya masih menempel di birai katil. Satu lagi hembusan berbaur keluhan terluah.
Ternyata, layanan Puan Sri Rohayu terhadapnya telah membuatkan Amira tidak senang duduk. Dia resah memikirnya yang dirinya tidak diterima oleh mentuanya itu. Mata wanita itu kemudian tertumpu ke arah laci meja yang berada disebelah katil. Amira teringat, tadi Rizal menyorokkan gambarnya di dalam laci tersebut. Dengan perasaan ingin tahu, Amira membuka laci tersebut. Foto yang berbingkai itu diletakkan secara terbalik, menghadap ke bawah oleh Rizal tadi. Amira yang penasaran segera mengambil gambar tersebut.
Matanya terus terbeliak apabila melihat foto Rizal yang sedang bersama seorang perempuan. Mereka bergambar dalam keadaan rapat dan tersenyum gembira. Amira segera berpaling ke arah belakang dan melihat suaminya yang sedang tidur. Wanita itu kemudian berkalih semula pandangannya kepada foto yang berada di tangan. Jantung Amira berdebar semakin kencang. Wajah wanita disebelah Rizal pada gambar tersebut ditatap lama.
"Siapa perempuan ni? Kekasih dia ke? atau tunang?.." Pelbagai andaian mula bermain difikiran Amira. Dia kemudian memasukkan semula gambar tersebut ke dalam laci dan kembali menutup laci.
"Huhh.." Buat kesekian kalinya Amira mengeluh. Namun kali ini terasa keluhannya lebih berat dan panjang. Amira mendongakkan kepala, lalu segera memejam mata dan menekup matanya dengan tangan. Dia berusaha untuk menahan air matanya daripada mengalir keluar. Walaupun dia masih tidak tahu siapakah gerangan wanita di sebelah Rizal, namun hatinya cukup sedih. Dia kecewa. Perlahan-lahan bahu wanita itu bergerak-gerak, terhenjut-henjut menahan tangisan. Amira kemudian tertunduk dan badannya diturunkan ke bawah. Kedua belah tangannya ditongkat pada pahanya dan menompang kepalanya sambil menekup mata. Malam yang sunyi itu mula tercemar dengan suara esakan yang perlahan. Berselang seli dengan bunyi dengkuran Rizal yang sudah lena diulit mimpi.
"WHAT?! Riz dah kembali?" Juana terjerit dengan penuh terkejut.
"Syyhh... perlahan la sikit.. malu kat orang." tegur seorang wanita yang terlihat sebaya dengan Juana. Wanita itu adalah Delisha, sahabat kepada Juana dan juga Rizal. Dia baru sahaja menyampaikan perkhabaran mengenai kepulangan Rizal ke keluarga Tan Sri Hanafi kepada Juana setelah menemui sahabatnya itu di sebuah restoran.
"Mana kau tahu Riz dah balik?" Juana bertanya lagi dengan suara yang perlahan. Matanya melihat ke arah kiri dan kanan. Tiba-tiba mula merasa malu setelah ditegur oleh Delisha. Padahal mereka sedang berada di restoran yang dipenuhi orang. Namun kerana terperanjat dengan berita yang disampaikan sebentar tadi, Juana tidak dapat mengawal dirinya daripada berteriak.
"Aku tahu la.. adik dia, si Ira tu dah hantar undangan kat family aku.. esok family Riz, Tan Sri Hanafi akan buat majlis kesyukuran sempena kepulangan dia.. dah lebih dua tahun Riz menghilang.. keluarga dia pun selalu duk cari, tapi tak jumpa-jumpa.. sekarang Riz tiba-tiba muncul, balik semula ke rumah dia.." ujar Delisha.
"Tapi... dulukan Papa dia, dah buang Riz dari keluarga? pelik betul aku.." Juana termenung.
"Buang apa benda pulak.. tak gilanya bapak dia nak buang anak sendiri.. dah la Riz tu satu-satunya anak lelaki dia.. anak yang akan ambil alih perniagaan dia nanti.." Delisha memberi hujah.
"Tapi dulu... aku sendiri tengok, Riz tu kerja jadi cleaner.. jijik betul.. siap nak pinjam duit dari aku, 10K.. what the fuck.. dia memang dah kena buang keluarga masa tu.. tapi tiba-tiba dengar cerita dia hilang, sampai tan sri arah orang untuk cari dia.." Juana teringatkan kembali kejadian yang berlaku lebih dua tahun yang lalu.
"Kena buang keluarga kepala hotak kau.. aku sendiri dengar daripada daddy aku.. daddy aku kan kawan baik dengan Papa Riz.. masa tu, daddy aku cerita kat my mom, aku terdengar la.. pasal Tan Sri Hanafi nak didik Riz.. Riz kan susah nak dikawal.. jadi Papa dia hantar Riz untuk kerja kat branch Jentayu Emas yang baru dibuka.. Papa dia paksa Riz untuk jadi cleaner selama enam bulan.. Kalau Riz berjaya, Papa dia akan bagi dia ambil alih syarikat Papa dia tu.. itu la yang terjadi.." Delisha membuka cerita. Juana mula membeliakkan biji matanya.
"Oh my god! nampaknya aku dah salah sangka la selama ni.. ala, bodohnya.. rugi la aku.." Juana mengutuk dirinya sendiri. Dia mula merasa tindakannya menghina dan memperlekehkan Rizal dulu merupakan satu kesilapan yang besar. Malah dia juga tersalah langkah apabila meminta hubungan mereka diputuskan.
"Apa kena mengena dengan kau pulak ni? apa yang kau dah buat?" Delisha mula merasa pelik dengan kata-kata temannya itu. Dahinya berkerutan memandang ke arah Juana yang sedang cemas.
"Aku.. dulu.. aku dah putus dengan Riz.. sebelum dia hilang tu.."
"What? Kau tak pernah pun bagitau aku, kau dah putus dengan Riz.." Delisha pula yang terkejut.
"Masa tu kitorang duk call.. tapi entah macam mana, call tu boleh tertukar jadi video call.. Riz nampak aku dengan Fad.. Dia marah la.. tapi masa tu aku jugak nampak dia tengah kerja, pakai baju cleaner.. aku ingat dia dah kena buang dengan keluarga.. dari duk layan dia marahkan aku dan Fad, baik aku break off je dengan dia.." Juana kembali bercerita.
"What the fuck! Kau memang gila Ju.. sendiri melepas untung.." Delisha menggelengkan kepala sambil memejamkan matanya.
"Mana la aku tahu.." Juana cuba menunjukkan rasa kesalnya.
"But wait.. kau kata, Riz nampak kau dengan Fad? are you serious? what's going on? Apa yang kau buat dengan Fad?.. kau tak couple pun dengan Fad kan selama ni? Dia kan boyfriend Irma.." Delisha mula tertanya-tanya.
"Kami just suka-suka je masa tu.. lagipun, Riz pun takde kan masa tu.. aku lonely.. Fad come to me.. then dia ajak aku go with him.. hanya untuk enjoy sekejap je. aku layankan je la.." Juana tanpa rasa malu mendedahkan keabaiban dirinya sendiri.
"Oh, shit!.. but kau pun tahu, Fad kan couple dengan Irma.. kau dah couple dengan Riz.. kita semua kawan.. kau tergamak buat macam tu dengan kawan kau sendiri.. apa jadi kalau Irma tahu? soal Delisha.
"Oh, come on Sha.. kitorang just berhibur.. swapping partner, just among us.."
"Damn it.. korang geng swinger? wait.. jangan cakap kau pernah buat dengan Eddy.." Delisha mengacungkan jari telunjuknya ke arah Juana.
"Oh, no honey.. pasal Eddy kau jangan risau la, aku tak usik, okey.." Juana menjawab selamba sambil tersenyum.
"Eddy is mine.. aku takkan swap, aku takkan kongsi.."
"Ya..ya.. i'm not touch him.. but pasal Riz ni.. kalau masa tu dia ikut kata Papa dia, then kenapa dia menghilangkan diri? sampai Tan Sri sekeluarga kecoh mencari, habis satu Malaysia.. siap masuk TV, surat khabar.." Juana kembali kepada topik asal perbincangan mereka. Jus oren yang berada di meja segera disedut oleh wanita tersebut sambil menunggu ucap balas daripada Delisha.
"Itu.. i don't know.. but i guess, Riz lari kot.. Mungkin dia tak tahan kerja jadi kuli macam tu.. you know, Riz tu macam mana.. jangan kata enam bulan, i think, enam jam pun dia tak boleh tahan duk buat kerja jadi cleaner.. it's worst. Memang disgusting gila.. yuckks.." Delisha menjuihkan bibir sambil menunjukkan reaksi seolah geli geleman.
"So, mungkin itu menjadi punca Riz lari dan tak dapat dihubungi.. Then, sebab tu Papa dia mula cemas dan kalut duk cari dia balik tu.. Riz tu harapan family dia.. kot-kot mana pun, mesti Riz yang akan ambil alih semua syarikat Papa dia tu nanti.." Delisha menyambungkan kata-katanya.
"Aduh.. and now, Riz is back.. family dia siap buat majlis kesyukuran sempena kepulangan dia.. dan nanti dia akan ambil alih semua aset dan perniagaan papa dia.. tapi aku dah break off dengan dia.. macam mana ni? Sha.. tolong aku.." Juana mengentuk-ngetuk meja sambil mengerutkan dahi dan menayangkan wajah yang sedih.
"Aku nak tolong macam mana? Dah kau sendiri yang buat.. pandai buat, pandai la tanggung.. lagipun, selama ni, kau tak pernah bagitau aku, kau dan Riz dah putus.. padahal selama ni, kami anggap kau la yang paling bertuah sebab dapat couple dengan Riz.. dalam ramai-ramai kawan kita, dia yang paling kaya.. Kalau aku tahu kau nak main-main dengan Riz, sebelum aku couple dengan Eddy dulu, baik aku tackle Riz.." Delisha mengomel. Dia sendiri mulai terasa muak dengan sikap Juana.
"Sha! Kau ni kan.. bukannya nak tolong aku.. ada hati pulak nak rampas Riz dari aku.." Juana memuncungkan bibirnya.
"Bukan aku nak rampas.. aku pun dah ada Eddy.. aku kata dulu.. dulu.. kalau kau tak couple dengan Riz, memang aku akan dapatkan Riz.. tapi sebab kau dah dapat dia dulu, aku terpaksa la terima Eddy.. at least, sampai sekarang hubungan aku dengan Eddy masih okey.. bukan macam kau.. dah dapat telur emas, kau buang.. sebab nak main dengan telur tembelang.." Delisha memerli Juana yang tidak sedar diuntung.
"Sha.. dah-dah la ejek aku.. aku tahu aku salah.. aku silap dulu sebab dah putuskan Riz.. tapi aku masih sayangkan dia.. kau tolong aku.. baikkan semula hubungan aku dengan dia.."
"Macam mana?" Delisha membalas dengan malas. Penyedut minuman disuakan ke mulutnya lalu dia segera menyedut jus dari gelas untuk membasahkan tekaknya. Dia sebenarnya memang sudah tidak ingin melayan karenah Juana. Sahabatnya itu memang suka bermuka-muka dan tidak tahu erti bersyukur. Pada pandangannya, Juana itu seorang wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi keinginannya tanpa mempedulikan kesan dan akibat daripada perbuatannya. Delisha sedar, hidup bersama wanita itu umpama lebih berbahaya daripada berada di samping ular yang berbisa. Namun kini dia bersedia untuk mendengar perancangan Juana. Senyuman lebar pada wajah Juana terlihat penuh dengan niat yang buruk. Delisha sendiri tahu, wajar sahaja Juana ingin kembali kepada Rizal, kerana lelaki itu nanti bakal mewarisi harta kekayaan bapanya, Tan Sri Hanafi.
Share this novel