Ruang purba itu sunyi.
Debu kristal dan percikan api masih terapung di udara, hasil letusan emosi, cinta, dan pertarungan jiwa yang baru berlalu. Di tengah ruang yang retak itu, Leon terduduk di lututnya, tubuhnya bergegar perlahan — nafasnya berat, wajahnya berpeluh, dan mata ungunya kini kembali… walaupun samar.
Namun, urat-urat hitam itu masih bersarang.
Menyusup dari pelipis, ke leher, turun ke dada — bagaikan akar racun yang belum sempat ditebang.
“Dia masih dalam aku…” Leon bersuara lemah. “Aku boleh rasa dia… diam. Tapi menunggu.”
Kaira menekup mulutnya, mata bergenang. Dia tahu. Dia dapat rasakan aura Theryx masih berdenyut dalam daging lelaki itu.
Dia tak sempat dihapuskan. Dia cuma disekat.
Leon mengangkat pandangannya perlahan. “Aku tak sanggup hidup sebagai sangkar makhluk itu, Kaira. Aku tak nak kau lihat aku hancur dari dalam.”
Tapi Kaira melangkah ke depan, berdiri betul-betul di hadapan Leon — penuh keteguhan walau tubuhnya sendiri sudah hampir rebah.
“Dengar sini, Leon…”
Suara Kaira tenang, tapi tegas. “Aku bukan datang sejauh ini untuk tengok kau musnah perlahan-lahan.”
Dia buka liontin kecil di lehernya — cahaya putih lembut mula terbit, melingkari tapak tangannya.
Kuasa Cahaya Penyucian.
Ilmu rahsia yang dia pelajari sendiri bertahun dahulu… dalam diam. Kerana dia tahu, cinta antara dua dunia tak mungkin berdiri tanpa kuasa yang mampu melindungi.
Leon tersentak. “Kaira… jangan. Kuasa tu—”
“Diam.”
Dia tersenyum, walau bibirnya pecah dan darah mengalir halus. “Untuk kau… aku sanggup.”
Kaira menekap tapak tangannya ke dada Leon — tepat di pusat urat hitam yang paling tebal.
Cahaya menyala serta-merta — putih bersih bercampur ungu dan biru, menari masuk ke dalam kulit Leon, menyusuri setiap akar hitam yang bersarang.
Leon menjerit, tubuhnya melengkung ke belakang, dan mata hitamnya terbuka luas — cahaya dan bayang bertembung di dalam dirinya.
Theryx meraung di dalam, namun suara itu mula tenggelam.
Disedut.
Disucikan.
Dikurung.
Tapi…
Kaira mula goyah.
Darah mengalir dari hidungnya, dan tangannya bergegar hebat. Matanya terbuka — kini mula kabur.
“K-Kaira… berhenti! Hentikan!!” Leon cuba menolak, tapi dia tidak mampu bergerak.
Kaira hanya senyum — senyuman yang sangat damai.
“Aku janji… aku akan pulangkan kau, Leon.”
Dan sebaik cahaya itu menyusup ke titik terakhir di dada Leon…
Kaira rebah ke lantai, tidak sedarkan diri.
“KAIRA!!!” Leon menjerit, menangkap tubuhnya sebelum mencecah tanah.
Dan saat itu juga, tubuh Leon juga tumbang, kehabisan tenaga.
Kedua-dua mereka… terbaring bersama.
Dua jiwa yang akhirnya bersatu dalam cahaya…
tetapi di ambang kehilangan kesedaran.
---
Dari jauh, Raja Thalor dan Raja Kael hanya mampu memerhati —
Dua anak yang dulu mereka sangka pembawa kehancuran… kini menjadi perisai terakhir dunia.
---
Share this novel