IKS11

Romance Series 9656

7 tahun lalu,
Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi saat Anara melangkah keluar dari galeri seni kecil di hujung Jalan Telawi. Dia memeluk lengannya sendiri, kedinginan malam menyapa kulitnya yang basah. Matanya meliar mencari teksi—namun kota terlalu sibuk malam itu.

Dia tidak perasan ada sepasang mata yang memerhati geraknya dari dalam kereta hitam yang Di parkir tidak jauh. Wiper kereta itu berayun perlahan, dan dari balik kaca, Azri memerhati—tertawan.

Anara tidak seperti gadis lain yang pernah dia lihat. Tidak glamor, tidak berdandan keterlaluan. Tapi ada sesuatu pada renungan matanya—tenang, tetapi menyimpan luka. Dan itu membuatkan Azri ingin tahu, ingin mengenal.

Tanpa berfikir panjang, Azri keluar dari kereta, membuka payung dan berjalan ke arah gadis itu.

"Awak perlukan tumpang?" Suara Azri dalam, tapi tidak menakutkan.
Anara mendongak. Mata mereka bertaut untuk kali pertama dan dunia terasa sepi seketika.

"Ada orang ajar awak cakap macam tu pada orang asing?" Anara membalas, senyum sedikit sinis tapi matanya tidak mampu menipu—dia tertarik.

Azri tersenyum, pertama kali dalam waktu yang lama. "Kalau awak orang asing, kenapa saya rasa... saya pernah kenal awak dari dulu?"

Dan begitulah semuanya bermula—dalam hujan yang turun perlahan, di bawah payung hitam, dua jiwa yang tidak tahu bahawa mereka akan terikat dalam takdir yang lebih gelap dari sekadar cinta.

"Jom saya hantar awak pulang, kat sini Susah nak dapat teksi Dan hujan nampaknya bakal menjadi lebat"tawaran Azri.
"Bagaimana boleh saya percaya pada awak... maksud saya, awak bukan Dari sindiket pelacuran Kan?"soal Anara.

Bunyi titisan hujan menari-nari di atas bumbung kereta. Azri memandu perlahan, sesekali mencuri pandang ke arah gadis yang duduk diam di sebelahnya, memandang keluar jendela. Bau kopi dari gelas kertas di tangan Anara masih hangat, menyamankan ruang antara mereka.

"Nama saya Anara," akhirnya suara itu bersuara, perlahan tetapi jelas. "Umur dua puluh empat. Masih student... ambil seni visual."

Azri tersenyum tipis. "Saya Azri. Tiga puluh enam tahun. Kerja saya tukang rumah Dan masih single."

Anara memalingkan wajah, menoleh ke arahnya dengan kening terangkat. "Tiga puluh enam... masih single? Tipulah."

Azri ketawa kecil. "Betul. saya bekerja sebagai tukang rumah je. Kerja tak glamor, tak kaya. Siapa je yang nak?"

Anara tersenyum sinis tapi dalam matanya ada rasa simpati. "Kadang-kadang... bukan kerja yang penting. Tapi hati."

Azri mengangguk perlahan. "Awak betul tapiramai orang pandang luaran dulu. Harta, status... baru nak kenal hati."

"Dan ada orang," Anara mencelah, "tak kisah semua tu, tapi selalu terluka bila dah bagi hati."

Azri terdiam seketika, merenung wajah Anara yang kembali merenung jendela. Ada sesuatu dalam kata-kata itu. Seolah-olah dia pun pernah terluka… atau sedang cuba sembuh.

"Awak selalu datang ke galeri seni tu?" tanya Azri, cuba mencairkan suasana.

"Kadang-kadang je. Itu tempat saya tenangkan kepala… lari dari semua benda yang menyesakkan."

Azri mengangguk perlahan, kali ini lebih memahami. "Mungkin... sebab tu Tuhan temukan kita malam ni. Dua orang yang tengah sesak... tapi diam-diam perlukan seseorang."

Anara tidak membalas. Tapi senyumannya yang sedikit itu cukup membuatkan Azri tahu dia baru saja melangkah ke dalam dunia Anara, perlahan-lahan… tanpa paksa.

Pagi itu langit cerah. Tiada hujan, tiada awan gelap. Tapi dalam hati Azri, masih ada sisa bayang malam tadi yang enggan pergi. Wajah Anara… senyuman dia, suara dia… semua bermain di benaknya.

Dia duduk di anak tangga rumah kecilnya, secawan kopi di tangan. Tangannya kasar, kulitnya sunburn, tapi jiwanya hari ini terasa lembut seperti kapas.

"Kenapa kau lain sangat, Anara…?" bisik hati Azri.

Dia bukan lelaki muda. Tiga puluh enam tahun, hidup cukup makan, kerja dari subuh sampai senja. Tapi semalam... hanya dengan satu pertemuan, satu pandangan, satu perbualan pendek—dia tahu hatinya sudah jatuh.

Bukan jatuh biasa. Tapi jatuh yang buat dia terfikir...

"Esok aku akan pergi ke galeri tu lagi. Kalau aku jumpa dia... maka dia jodoh aku. Kalau tak... aku akan anggap semalam hanya pinjaman rasa dari Tuhan."

Azri menghela nafas. Dalam hidupnya, dia bukan lelaki yang percaya pada cinta pandang pertama. Tapi dengan Anara, entah kenapa... dia rasa Tuhan sedang berbicara diam-diam melalui pertemuan itu.

Dia bangun, meneguk sisa kopi.

"Kalau betul kau jodoh aku, Anara... kau akan ada di sana. Dan aku akan pastikan kali ni... aku tak lepaskan peluang."

Azri berdiri di hadapan galeri seni itu. Langit masih cerah, orang lalu-lalang tanpa peduli, tapi matanya hanya mencari satu wajah. Wajah yang semalam menghantui fikirannya.

Anara.

Dia menunggu hampir sejam. Berpura-pura meneliti lukisan di dinding, sesekali menjeling ke pintu. Tapi bayang Anara tidak juga muncul. Hatinya mula diusik kecewa.

"Mungkin semalam cuma mimpi indah yang singkat."

Dengan berat hati, Azri melangkah keluar. Tapi takdir punya caranya sendiri.Dengan patah hati Azri menghalau ke sebuah mall maauk ke Dalam panggung wayang.Kawannya Firdaus nak belanja.
Dunia gelap. Skrin besar menyala dengan trailer filem. Kerusi empuk panggung wayang dipenuhi beberapa orang, tapi tidak sesak. Suasana dingin, tenang... dan bagi Azri, sedikit hampa, Anara bukan jodoh untuknya.

Dia tak sangka malam ni dia datang tengok wayang. Orang nak belanja kan layan jer“Kau kena rehatkan otak, Azri. Jangan fikir kerja je.”Ujar Firdaus. Tapi hakikatnya, kepala Azri masih ligat... fikirkan Anara.

Dia duduk di kerusi barisan tengah, popcorn di tangan tapi tak disentuh. Matanya tertumpu ke skrin tapi jiwanya kosong.

Beberapa minit sebelum filem bermula, seseorang melangkah masuk ke barisannya—dan tanpa disangka, duduk di sebelahnya.

Azri menoleh.

Wajah itu. Anara.

Dia juga nampak Azri. Dan spontan dia tersenyum kecil. "Lagi?" bisiknya perlahan, hampir ketawa.

Azri hanya mampu tergelak perlahan. "Saya... tak sangka."

"Filem ni memang saya tunggu lama. Tapi saya tak sangka... duduk sebelah orang yang saya fikirkan seharian ni."Kata Anara, bagai dspat membaca isi Hati Azri.

Azri menelan air liur. Jantungnya berdegup kencang dalam dewan gelap yang hanya diterangi cahaya dari skrin.

Mereka diam seketika. Tapi diam itu bukan canggung. Ia tenang… penuh rasa yang sukar dijelaskan.

Lalu Azri berbisik perlahan, suaranya dalam dan jujur:

"Saya dah janji dengan diri sendiri... kalau Tuhan temukan saya dengan awak sekali lagi, saya takkan lepaskan."

Anara menoleh, dan dalam cahaya samar-samar itu, matanya berkilau.

"Maka jangan lepaskan," bisiknya kembali.

Dan malam itu, tanpa mereka sedar, panggung wayang menjadi saksi satu janji yang lahir dari takdir. Sunyi dan gelap, tapi dalam hati masing-masing cinta mula menyala perlahan-lahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience