Chapter 38 : Silent Angel

Drama Series 19497

Flashback

"Apa ni?"Manager Lee pandang dengan mata terbuntang luas akan surat yang diserahkan kepadanya oleh Ketua Jabatan HR.

"Surat pindah tempat kerja."senada aje Puan Lily beritahu.

"Apa?"

"Disebabkan kes kamu terlalu serius. Pihak atasan beri arahan untuk memindahkan kamu serta merta ke cawangan di pulau terpencil tu."

Manager Lee merenyuk kertas itu marah-marah lalu dicarik-carik sebelum dicampak ke lantai. "Semua ni merepek!"

Puan Lily memandang Manager Lee dengan dingin, wanita itu langsung tidak kelihatan terkutik dengan amarah lelaki tersebut.

"Mereka ada kata, yang kamu akan membantah. Jadi mereka ada sediakan tawaran pada kamu."Puan Lily menolak sehelai lagi kertas ke depan Manager Lee atas mejanya.

Dengan renungan amarahnya, Manager Lee menarik kasar kertas itu lalu di baca.

"Itu adalah surat pengakuan dan aku janji untuk penyelewengan wang syarikat dan harassment report dari pekerja-pekerja kamu. Kamu tandatangan surat ini, hal ni akan jadi kes mahkamah. Bukan setakat kerja aje tiada, malah malu pun dapat."

Kejung membatu Manager Lee dibuatnya. Lelaki itu hilang kata-kata hingga tidak tahu hendak balas bagaimana dengan apa yang di dengannya. "Ta-tapi kerja tanpa gaji untuk setahun tu melampau!"

"Mana yang lebih melampau?Kamu berfoya-foya menggunakan kad syarikat dan melakukan harassment pada pekerja kamu atau bekerja walaupun tanpa gaji dan tak meringkuk dalam penjara atas budi bicara company yang kamu lakukan kesalahan dekat?"

Mata Manager Lee kemerahan dek begitu terkejut dan terkedu. Lelaki itu tidak dapat melakukan apa-apa mengenainya. Dia tersepit.

"Adakah semua kerana Evelyn?Perempuan jalang tu kan yang bawak mulut?" Manager Lee mengetap gigi keberangan.

"Siapa Evelyn?Saya tak tahu. Apa yang pasti, semua ini adalah hasil siasatan dari Jabatan audit dan jugak aduan dari pekerja-pekerja bawah kamu sendiri. Siapapun Evelyn tu, pasti dia jugak mangsa kamu?"

Menelan liur Manager Lee tatkala dia menyedari yang dia sendiri yang pecahkan tembelang dia sendiri.

"Cukup. Saya taknak dengar apa-apa dari kamu lagi. Surat pertukaran kamu telah dikuatkuasakan serta merta. Jadi kamu perlu laporkan diri ke cawangan baru kamu ni secepat mungkin. Atau tindakan akan dikenakan ke atas kamu."

Ucapan Puan Lily telah membuatkan Manager Lee tertunduk mengalah. Dia benar-benar tertampar.

End of flashbacks.

"Eh...Lyn."tepi lengannya dicuit dengan buntut pen tiba-tiba dari sebelah kanan.

Evelyn yang baru sahaja sampai di meja kerjanya itupun berpaling. Rakan sebelah mejanya, Emma yang tegur.

"Hm?Ada apa?" soalnya sambil meletakkan beg tangan di bawah meja sambil memandang Emma.

Terus Emma jengah kepala mendekat. "Awak nak tahu, Manager Lee dah kena posting dekat cawangan lain."

Evelyn berkedip.

"Kes dia salah guna kad company tu dah kena tangkap dengan pihak atasan." tambah Emma lagi.

Semakin hairan Evelyn sebaik dengar. "Ada yang report ke?"

Emma menjungkit bahu. "Entah la....pastu kan. Kes awak hari tu dah sampai dekat HR. Dia orang kenakan tindakan terus dekat Manager Lee. Dia terus kena pindah. Encik Eric yang duduk depan meja Manager Lee, dilantik terus jadi Team Manager baru kita."

"Hah?" Evelyn berkerut kening, ada yang report pasal hari tu? "Macam tu aje?" soal Evelyn agak terkedu. Sebab kes hari tu dia tak buat apa-apa report pun. Malah yang tahu cuma mereka yang ada dekat dalam ruang ni aje. Takkan la sampai kena tukar tempat kerja?

Emma mengangguk lantas tersengih. "Memang patut pun dia kena marah. Nasib baik la orang tua kepala botak tu kena buang dekat tempat terpencil tu. Biar dia tahu kerja dengan beruk kera dekat situ."cebiknya dengan menyampah.

Evelyn memandang skrin monitor sewaktu dia memasukkan password untuk skrinnya. "Manager Lee tak cakap apa-apa ke?"

Emma berdengus lucu. "Berani dia nak bantah? Itu namanya tak tahu malu. Untung-untung tau tak kena buang kerja terus. Lagipun gaji dia kena hold sampai setahun untuk ganti balik semua duit company yang dia guna tu."

"Lepas tu awak tahu pasal deal dengan syarikat Valenski tu?"

"Kenapa dengan hal tu?"

"Mereka batalkan."Emma beritahu dengan riak berianya.

Evelyn terkedu. Wajah Eli terus bermain dalam kepalanya mendengar nama itu.

"Saya dengar Valenski Group tu cuma nak tumpang pengaruh company ni untuk tarik pelabur. Jadi atasan terus batalkan perjanjian kerjasama mereka tu."Cerita Emma sambil menekan papan kekunci laptopnya.

Terus Evelyn tersentak. Dia memandang telefon yang berada di atas binder. Dalam fikirannya ketika itu hanya ada satu nama saja.

Kane North.

Tapi tak mungkin la Kane yang lakukan semua ni lepas dengar cerita dia?

SEPERTI BIASA, pada tengah hari itu mereka akan naik ke tingkat bumbung bangunan untuk makan tengah hari bersama.

Kane meletakkan hidangan yang dibawanya ke depan Evelyn berserta dengan set garpu dan pisau kemudiannya.

Evelyn di situ diam memerhatikan Kane menyediakan meja kecil di situ dengan makanan yang dibawa dari rumah hadapannya.

"Saya suruh maid sediakan makanan yang simple aje sebab saya tak tahu selera akak macam mana. Saya harap akak suka la."Kane kembali duduk setelah selesai membuka botol air minuman untuk Evelyn. "Mari makan."

Evelyn perhatikan setiap bekas makanan di situ dipenuhi dengan hidangan yang berwarna warni. Membuatkan dia yang lihat tersenyum sendiri.

"Terima kasih. Nampak sedap."

"Kan, Aunt Medleyn yang sediakan."

Evelyn mengangguk sambil menyuap makanannya. "Dia tukang masak keluarga kamu?"

"Tak. Dia tukang masak peribadi saya. Biasanya makanan kami sekeluarga di masak dengan tukang masak peribadi masing-masing."jelas Kane saat meletakkan potongan daging stik ke bekas makanan Evelyn.

"Untung ya jadi anak orang senang?" seloroh Evelyn dengan tawa kecil.

"Untung lagi kalau jadi suami akak." seloroh Kane dengan bersahaja sewaktu pandang Evelyn.

"Sempat aje kan kamu." Evelyn ketawa.

Kane menarik sengih boyishnya semasa meneguk minumannya dari botol.

Sambil tersenyum kecil, Evelyn menyuap makanan ke mulut.

Lantas Kane memandang skrin telefon. Melihat teks yang dihantar oleh peguamnya. "Akak free tak esok?Keluar piknik dengan Neo dan Nanny Laila nak tak?"soalnya sebelum menebalikkan telefonnya lalu memandang Evelyn.

"Esok?Kita tak kerja ke?"

"Lah. Akak lupa ke?Esok kan labor day. Cuti."

"Oh. Tak teringat pulak."

"Nak tak?"

Evelyn mengangguk. "Boleh..."

Kane tersenyum nipis sebaik melihat comot di pipi Evelyn lalu dia menyuakan tisu kepadanya. "Okay...esok saya call akak bila saya sampai. Tak perlu sediakan apa-apa. Saya uruskan semuanya nanti."

Evelyn sekadar mengangguk setuju. Dah Kane sendiri yang nak uruskan semuanya, dia okay aje. Tisu itu dia sambut lalu mengesat mulut dengannya.

"Cakap pasal keluar, kamu tahu tak tentang Team Manager akak?"Evelyn pandang Kane.

"Hm. Kenapa dengan dia?"

"Kamu tahu macam mana Manager Lee boleh pindah macam tu aje tanpa fight? Dengan perangai baran dia tu, saya tak rasa dia akan ikutkan arahan macam tu aje?"

Kane dengan muka tak bersalahnya pandang Evelyn sambil menjungkit bahu. "Entah la. Mungkin dia tahu kalau dia tak ikut arahan, dia dalam masalah?" ujarnya bernada tak pasti.

"Kamu tak tahu apa-apa?"

Kane mengangguk kepala. "Alahh...Biar ajelah dia tu. Bukannya dia kena buang kerja ke apa kan?" senyumnya selepas itu dengan tidak bersalah.

"Bukan sebab kamu kan?" tanya Evelyn masih curiga.

Sambil menyuap makanan Kane pandang Evelyn dengan tatapan mesranya. "Mujur tak ada parut yang berbekas dekat muka akak tu. Kalau tak, mungkin Manager Lee kena blacklist terus dan menganggur seumur hidup dia."ujarnya sewaktu mengunyah.

Kenyataan itu membuatkan riak curiga Evelyn berubah tergamam. Dia pandang Kane tidak berkedip. Apa yang dia baru dengar tadi?

Kane tersenyum. "Makan banyak sikit kak. Akak menyusukan Neo kan. Kena banyak makan sikit...ni."dengan bersahaja dia meletakkan makanan dalam bekas Evelyn.

"Terima kasih..."ucap Evelyn. Dia mengambil makanan itu lalu disuap ke dalam mulut masih memandang Kane kebingungan. Tapi entah kenapa dia taknak bertanya lebih.

"Sama-sama."senyum Kane senang dengan reaksi Evelyn.

Lambat ya tunggu update? Maaf ya. Tinta busy dgn aktiviti sekolah dan hari apreasiasi. Jadi banyak masa dan tenaga yang digunakan sampaikan nak buat novel tu tak dan nak bergerak. In sya Allah. ni dh lapang2 boleh update banyak sikit. komen tau.

Share this novel

Norzilawati
2025-12-10 16:45:26 

finally dh update..tq author ❤️


NovelPlus Premium

The best ads free experience