Series
19497
Seperti bagai nak rak, pagi Sabtu Evelyn bermula dengan tangisan Neo yang berkumandang dalam seisi rumah. Sedang dia sibuk memujuk Neo, Nanny Laila pula hangus kan masakan sarapan pagi mereka. Pada masa yang sama bunyi loceng apartment berselang seli dalam kekalutan mereka. Kane datang menjemput dia sendiri untuk ke syarikat dimana pertemuan mereka akan berlangsung.
Memang haru biru Evelyn rasakan ketika itu. Sebab dia sendiri tak bersiap lagi gara-gara nak menguruskan Neo. Jadi dia ingatkan kehadiran Kane hanya akan menyerabutkan lagi harinya. Sebaliknya, Kane datang dengan bawa sarapan. Lelaki itu juga bantu untuk menenangkan Neo sementara Evelyn bersiap.
Entah mandrem apa yang Kane kenakan, Neo diam secara automatik selepas dipegang olehnya. Maka Evelyn bersiap tanpa sebarang masalah. Dan mereka bersarapan bersama setelah itu.
Tapi itulah, entah mungkin Evelyn langkah kiri semasa keluar rumah sebentar tadi, sebab bila masuk bilik meeting aje terus dengar berita buruk!
"Valenski Group?"sebut Evelyn selepas melihat nama yang tertera di dalam kertas untuk meeting nanti.
Kane di sebelah berpaling.
"Ha'ah."Kane ikut tunduk memandang kertas dalam tangan Evelyn. Dia anjak sedikit ke tepi pada Evelyn. "Hari ni presiden baru mereka yang akan wakilkan company ni." hujung pen Kane menuding ke nama dia sebelah kotak di situ.
Menahan nafas terus Evelyn dibuatnya. Mata dia terbutang. Secara refleks tangan yang memegang kertas itu terus bergengam.
"Eli Ford?"baca Evelyn agak terkedu.
"Ya. Presiden ni baru dilantik katanya. Daddy cakap mereka ni ada masalah sikit dalam company. Tapi tak disclosure apa dia. Disebabkan daddy agak was-was dia suruh saya yang observes mereka melalui meeting ni." tambah Kane lagi.
Air muka Evelyn drop. Itu maknanya dia akan berjumpa dengan Eli?Hari ni?Detik ni sekarang?Evelyn berpaling ke sisi. Bertentang muka dengan Kane di sebelahnya.
Niat nak marah, tapi bila difikirkan semula Kane tak tahu apa-apa. Malah budak ni tak tahu apapun tentang Eli Ford. Jadi Evelyn hanya mampu memandang wajah ceria Kane.
Kane tersenyum. Lelaki itu benar-benar kelihatan begitu innocent sekali di pandangan mata Evelyn. Sebab tu kadangkala kalau nak marah Evelyn selalu teragak-agak.
"Kenapa akak pandang saya macam tu?"tanya Kane lepas tu. "Buat saya makin jatuh cinta aje la." lelaki itu saja-saja buat muka malu.
Evelyn tidak terkesan dengan gurauan tu. Biasa dia akan bagi reaksi, tapi rasa gugup menguasai diri sampai dia tak ada mood nak bergurau. "Maknanya Eli Ford akan datang ke sini?"dia
berkerut kening. Perasaan tak percaya makin menjadi-jadi. Memang dia yang beria nak bertemu dengan Eli Ford. Tapi bukan masa dia tak bersedia. Apa dia nak beri reaksi masa berhadapan dengan lelaki tu nanti?
Kane mengangguk sambil membuat muka kehairanan. "Kenapa akak kedengaran macam tak percaya? Terkejut sangat ke?"
Bukan setakat terkejut aje, malah hampir nak diserang panik! Evelyn menggeleng. "Tak ada apa-apa." mana mungkin dia nak salahkan Kane soal meeting ni. Salah dia jugak sebab tak tanya lebih lanjut dari awal-awal. Kalau dia tanya mungkin takkan jadi macam ni.
"Nanti habis meeting saya belanja akak lunch ya." Kane senyum lagi.
Evelyn kembali memandang ke depan dengan riak berserah. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Benda kalau nak jadi, akan terjadi jugak tak kira bila masanya.
"Akak jadi lunch dengan saya kan?"Kane menganjak ke tepi. Ingin memandang Evelyn.
"Tengok la nanti macam mana." angguk Evelyn sambil menolak Kane jauh sedikit darinya. Lelaki itu terlalu rapat.
"Okay." senyum Kane sebelum duduk dengan bersemangat di kerusi. Tepat sahaja dia pandang ke depan, pintu kaca dua daun itu pun terbuka ke dalam.
Seorang staf lelaki berdiri membuka pintu lalu diikuti dengan dua orang lelaki lampai dan segak berjalan masuk ke dalamnya.
Serta merta Kane berdiri. Mode profesional terus
on, riak bergurau dia tadi berubah menjadi serius.
Ikut tersentak, Evelyn di sebelah. Wanita itu turut berdiri di samping Kane apabila melihat dua orang lelaki lampai tersebut berjalan mendekati meja mereka.
"Selamat pagi." sapa Kane pada lelaki paling hadapan sekali.
"Selamat pa-"ucapan Eli terhenti apabila matanya terarah pada wanita yang bersanggul kemas dengan blaus shirt biru cair di sebelah Kane. Riak profesional dia terus berubah menjadi bungkam untuk beberapa saat. "....gi. Maaf sebab lama menunggu." ucapnya selepas pulih dari terkejut.
Evelyn benar-benar kejung di situ apabila dia bertentang mata dengan Eli. Seram sejuk aje dia rasakan. Air mukanya walaupun nampak tenang dari luaran, di dalam hatinya ketika itu sedang haru biru. Lelaki yang telah mengkhianati dirinya kini berada di depan mata!
Marahnya ketika itu ibarat mahu dia menerkam Eli dan menampar muka tu berkali-kali sehingga dia puas hati! Namun tidak, Evelyn hanya mampu memendam rasanya dengan menggenggam erat jari jemari dalam kepalan.
Kane mengangguk. "Dipersilakan duduk." ajunya.
Sekejap-sekejap Eli mengerling ke Evelyn sebelum memandang lelaki yang mungkin lebih muda darinya itu. "Siapa..?"leretnya ingin tahu. Dimana presiden syarikat ni?Kenapa mereka hantar wakil muda sebagai presenter untuk perjumpaan mereka?
"Kane North. Saya adalah intern syarikat Erred Golding. Wakil dari CEO Sasha Lim." aju Kane ingin berjabat.
Yang mana disambut oleh Eli serta merta. Nampak sangat di wajah Eli reaksi terkejut bila dengar pengenalan Kane. Intern?Lebih teruk dari yang dia sangkakan! Dan kenapa Evelyn berdiri di samping intern ni?
Share this novel
Thanks