“Ngekkk!!”raung Neo sekuat hati. Anak berusia lapan bulan itu menangis tidak henti sejak beberapa jam yang lepas.
Susu dah diberikan. Lampin dah ditukar. Nak kata panas, aircond dah dipasang ikut suhu yang sesuai. Nak kata sejuk, pakaian yang dikenakan tak adalah nipis mana. Demam?Suhu pula normal. Sakit, tak ada pulak tanda yang aneh.
“Shhh…shhh…ya sayang. Ibu dekat sini. Kenapa kamu menangis ni?”di dodoi lembut badan kecil itu dalam pelukan Evelyn. Tangannya tidak berhenti dari menepuk belakang punggung kecil itu.
Awalnya dia nak keluar untuk hadiri interview. Tapi sepertinya anak lelakinya yang satu ini tahu yang dia akan berangkat keluar. Jadi baru aje letak nak tidurkan, dah meraung-raung bagai nak apa!
Habis kebingungan ibu baru ni!
“Puan, saya risau la. Perlu ke saya hubungi teksi untuk bawa ke klinik?”
Dengan kening berkerut dan nafas naik turun susah hatinya, Evelyn pandang wajah gusar Nanny Laila untuk seketika. Serius beritahu, dia tak boleh nak fikir apa-apa dengan jelas bila Neo menangis dengan sedih macam ni. Panik!
“Elok jugak. Sediakan beg dia semua sekali ya.”
“Baik puan.”Nanny Laila berlalu keluar dari ruang tamu. Lalu masuk ke bilik bayi. Tidak lama kemudian dia keluar sambil bercakap melalui telefon. Dan sepanjang masa itu Evelyn cuba untuk menenangkan anak kecilnya.
Dia kucup, dia endus lembut malah dinyanyikan lagu lullaby untuk Neo. Sedikitpun tidak dapat menenangkan anaknya. Neo masih meraung-raung dengan kuat seakan sedang dalam kesakitan.
Apa lagi yang dia boleh buat ni?
“Nanny Laila..”Evelyn toleh ke belakang sambil menepuk lembut belakang badan Neo. Baru dia teringat!
“Ya puan?”Nanny Laila muncul sambil meletakkan botol susu ke dalam beg Neo.
“Masuk bilik saya. Ambil kain purple yang ada dekat toto Neo.”
“Kain purple ya? Baik puan.”lekas-lekas wanita separuh umur itu berlari ke bilik Evelyn. Setelah dia keluar, kain purple seperti selendang itu diserahkan kepada Evelyn. “Ini dia puan.”
Evelyn capai kain purple itu lalu diletakkan dekat dengan dada Neo. Membiarkan ia dihidu oleh anaknya. Semoga berhasil. “Neo rindu ibu ya sayang…it’s okay. Ibu dekat sini.”pujuknya perlahan sebelum mengucup mata yang basah dengan air mata itu. Tolong,jangan menangis lagi. Pinta Evelyn dalam hatinya.
Barulah Neo berhenti meraung. Namun sedunya masih tersisa. Air mata masih mengalir. Dia pegang kain purple itu rapat ke hidungnya seakan mencari comfort darinya.
“Dia dah tenang puan.”Nanny Laila melepaskan nafas lega. Tangannya naik mengusap belakang kepala Neo dengan kasih.
Ikut kelegaan, Evelyn memejamkan mata lalu bersandar letih pada kepala kecil Neo di bahunya ketika itu. Lalu perlahan-lahan dibuka semula. Dia pandang Nanny Laila dengan renungan berkaca.
Apa la dia nak buat sekiranya tiada Nanny Laila disisinya selama ini.
“Maafkan saya Nanny..”ucap Evelyn. “Mesti nanny Laila penat kan? Kena uruskan saya. Kena uruskan Neo…”kerutnya serba salah.
“Apa puan cakap ni. Dah tugas saya.”
Evelyn pegang kepala Neo dengan erat. Dia pandang sebak akan Nanny Laila. Entah la!Dia sendiri tak tahu apa dia rasakan sekarang ni.
Dari awal Neo lahir sehingga sekarang fikirannya bercelaru. Hatinya jugak tidak tenang. Sampai tak tergambar apa perasaan yang dia tanggung sekarang ni.
“Saya tak pasti apa yang saya buat ni betul atau tak….sebab saya tak tahu macam mana nak jadi seorang ibu yang baik. Semua ni baru untuk saya. Jadi maafkan saya kalau saya susahkan Nanny Laila.”
Dengan renungan penuh keibuannya, Nanny Laila terus menarik kepala Evelyn ke dalam pelukannya. Dia faham apa yang Evelyn rasakan. Dia juga seorang ibu. Cuma bezanya Evelyn menjadi seorang ibu tanpa hadirnya ketua keluarga. Susuk seorang bapa dan suami. Jadi mesti la lebih sukar untuk Evelyn jalani semua ni sendirian.
“Tak apa puan. Puan boleh lakukannya perlahan-lahan. Puan boleh belajar satu persatu. Jangan paksa diri puan untuk lakukannya semuanya sendiri dan sempurna. Adakala tu kita kena berkongsi masalah dengan orang supaya jadi ringan.”
Terpujuk Evelyn dengan ucapan itu. Dia peluk sebelah tangan tubuh Nanny Laila sementara tangan sebelah lagi memegang Neo.
Seandainya mamanya ada di sini, pasti dia takkan rasa sesulit ni. Nak menangis tapi tak boleh nak menangis. Nak marah tapi tak tahu nak marah dekat siapa! Nak buat masalah, ada anak kecil yang perlu dijaga. Evelyn bingung!Dia nak buat apa lagi sebenarnya ni!
“Terima kasih Nanny Laila.”
“Sama-sama puan.”
Share this novel