Tidak semena pintu kafe terbuka beberapa orang pelanggan berjalan masuk. Pada masa itu Randy yang berdiri di belakang kaunter terus menyambut. Sementara Kane sudah bergerak hendak ke almari gelas.
“Hai. Selamat datang. Boleh saya ambil pesanan.”senyum Randy kepada wanita yang menoncang rambut senget ke tepi. Topi beret merah terpasang di kepala tu. Di sampingnya berdiri seorang wanita berusia yang sedang mendukung bayi.
“Nanny Laila nak minum apa?”lembut sahaja suara tu menegur.
“Puan boleh aje order yang mana-mana. Saya okay.”
“Kalau macam tu saya order Jasmine tea ya?”
“Boleh puan.”
Ketika itulah Kane tersentak. Dia pantas menoleh ke arah kaunter pesanan. Suara itu buatkan dia tak dapat nak kawal diri dari menoleh. Pandang saja dia ke situ, matanya terarah pada wajah bersih yang sentiasa bermain dalam fikirannya selama ini.
Tak mungkin la!
Dulu dia pernah dengar tau, dimana pertemuan kali pertama adalah kebetulan,
pertemuan kali kedua adalah takdir,
pertemuan kali ketiga adalah pilihan.
Jadi kalau dah bertemu banyak kali begini apa maksudnya?
Jodoh ke?
Kekok dan bingung, Randy yang melirik ke Nanny Laila serta bayi dalam dukungan itu merenung Evelyn. “Ya…puan. Boleh saya ambil pesanannya.”
“Berikan saya tea jasmine satu. Untuk saya macam biasa.”beritahu Evelyn sewaktu mengocek dompet dari beg tangan.
“Baik.”Randy menyentuh itu dan ini pada skrin mesin pesanannya. “itu saja?”
“Ya.”saat Evelyn menyerahkan kepingan wang tunai kepada Randy, Kane muncul di tepinya. Lelaki itu memandang tercengang akan Evelyn lalu bayi dalam dukungan Nanny Laila. “Oh…kamu. Kerja hujung minggu ke?”pandang Evelyn ke Kane.
“Ah, ya. Selamat pagi.”angguk Kane perlahan.
Evelyn mengerling ke Nanny Laila lalu ke Neo yang sedang mengisap puting dalam baby carrier tu. “Kenalkan ini Nanny Laila. Dan anak lelaki saya.Neo.”ujarnya. “Nanny kenalkan ini la orang yang bantu selamatkan saya hari tu.”
Nanny Laila booming dengan senyuman gembira diwajah sebaik dengar. Matanya terarah pada anak muda segak di belakang kaunter tu. “Iya ke?Dia ke orangnya. Terima kasih ya anak muda.”tak sangka ya muda orangnya. Kalau tua sedikit mungkin dia boleh kenankan mereka berdua. Sayang sungguh!
Randy berpaling memandang Kane di sebelah. Membaca air muka sahabatnya dengan perasaan simpati. Mesti Kane kecewa sekarang ni.
“Tak. Kebetulan aje saya dekat situ masa tu.”beritahu Kane sebelum tersenyum manis. Well…nak buat macam mana. Kalau memang betul Evelyn dah ada anak. Bukan masalah untuk dia. “Bertiga aje?Bapanya mana?”
Nanny Laila menelan liur dengan kuat dengan soalan itu.
Sementara Evelyn langsung kelihatan tak terganggu. Dia malah dengan bersahaja mengambil duit baki dari Randy ketika itu. “Budak ni tak ada bapak. Saya la mak. Saya la bapak dia. Kenapa?”beria sangat nak berkawan dengan dia kan. Sekarang dia campak fakta ni depan muka ni secara langsung. Masih lagi berniat nak teruskannya ke?Dengan senyuman yang dibuat-buat Evelyn pandang Kane.
“Oh…saja nak tanya. Kalau macam tu cik duduk la dulu. Bila pesanan dah siap. Saya akan hantarkan.”senyum Kane juga. Reaksinya turut bersahaja. Langsung tidak terganggu dengan kenyataan itu.
Yang mana membuatkan Evelyn terkedu. Bukan ini reaksi yang dia mahukan?Kenapa budak ni relaks aje?Tak ada remarks atau mata judging ke lepas dengar dia cakap macam tu?
“Silakan puan..”Nanny Laila dah mengaju tangan ke Evelyn waktu itu.
“Ah ya. Jom..”angguk Evelyn sebelum memandang Kane buat kali terakhir. Dan lelaki itu masih tersenyum kepadanya. Sah!Budak tu tak betul!
Tidak lama kemudian Kane pun muncul bersama dengan pesanan Evelyn tadi. Dengan cermat dia hidangkan minuman itu di depan mereka. Langsung tiada tanda gugup atau kekok.
Sementara Evelyn pula diam-diam perhatikan gerak geri Kane itu semasa Neo dalam pangkuannya.
"Keluar jalan-jalan ke hari ni?"tegur Kane selepas selesai. Lelaki itu tunduk sedikit memandang Evelyn di situ.
"Baru balik dari monthly check up Neo.."jawab Evelyn tanpa memandang. Dia sengaja sibukkan diri dengan Neo.
Lalu Kane tunduk menilik Neo. Comel. Chubby macam baby dekat luar sana. Tapi tiada sedikitpun iras dengan Evelyn. Tangan berjari runcing itu memegang jari jemari halus Neo dengan senyuman di bibir.
"Hello Buddy..."agahnya.
Nanny Laila di situ mengerling dengan minat akan Kane sebelum memandang Evelyn yang pada masa itu sedang menatap Kane.
Apabila Kane tunduk mendekat ke arahnya, Evelyn terdiam untuk sesaat melihat wajah itu. Senyuman berlekuk pada pipi tersebut sedikit sebanyak mengutik hati kecilnya.
Siapa sangka yang dia akan kerap berjumpa dengan Kane begini.
"Kita jumpa lagi ya tak?"pandang Kane dengan mesra pada Evelyn semasa tangannya mengusap lembut kepala berambut nipis Neo.
Evelyn tidak membalas. Dia hanya diam memandang wajah didepannya tanpa berkedip. Ya. Mungkin lepas ni mereka akan lebih kerap berjumpa yang mana hanya akan buatkan dia pening kepala nak menghadapnya.
I dunno if this novel gonna make it till the end like the other novel. Hahaha... terima kasih sudi singgah dan baca. jumpa next chapter.
Share this novel