Tidak cuba untuk berdandan atau kelihatan beria. Evelyn hanya ringkas mengenakan dress suit dan beret untuk dinner pada malam itu.
Sebab, yalah dia nak expect apa dari budak universiti yang masih intern. Tak mungkin budak tu nak bawa dia ke restoran Michelin star kan?
Jadi pakai aje la yang ala kadar. Bukannya dia nak dating ke apa pun.
Tapi itu la kan, kata orang expect the unexpected!
Tak sangka pula yang Kane akan bawa mereka ke sebuah restoran mewah ditingkat 51.
Private dinner lagi tu. Paling mengejutkan sekali adalah restoran itu hanya ada mereka berdua sahaja.
Cuba la bayangkan betapa terkejutnya Evelyn selepas sedar mengenai hal tu.
Bagai itik tertelan seketul batu, Evelyn duduk kejung di kerusi, memandang lelaki yang segak dalam tuksedo Armani dan minyak wangi mahal. Aura 'budak universiti' yang selama ini dia sangkakan terus lenyap dari pandangan. Siapa sebenarnya Kane ini? Kenapa dia penuh dengan kejutannya?
“Macam mana?Okay tak pilihan restoran saya ni?”
Evelyn mengedipkan mata sekali. Dia langsung tak sedar sepanjang masa itu dia tahan-tahankan nafas sebab begitu tak terkata. “Okay ke tak bukan itu masalahnya. Masalahnya sekarang, kamu tak sewa satu restoran ni semata untuk dinner kita ni kan?”
“Tak boleh ke?Daddy saya selalu macam ni kalau dia dinner dengan mommy.”beritahu Kane dengan riak bersahaja.
Hah?Daddy Kane selalu buat macam ni?Evelyn berkerut kening. Memangnya sekaya mana budak depannya ini? “Daddy kamu?”
“Mm. Daddy biasanya akan sewa satu location tu kalau ada event untuk mommy. Dia cakap dia suka privasi. Saya pun macam tu jugak.”Kane menuang minuman ke gelas berkaki Evelyn sambil tu.
Mata Evelyn terus gerak memerhatikan tingkah Kane. “Saya ingatkan kita nak makan dekat restoran biasa aje. Jadi saya tak dress up pun.”
“Tak ada masalah. Akak pakai apapun nampak cantik.”jujur Kane.
Evelyn buat-buat ketawa. Hisy budak ni!Kasanova professional apa?Kenapa setiap tutur kata yang diucapkan semua tu smooth aje bila telinga mendengar. Tak rasa fake atau gugup apalagi kekok. Dia yang dengar ni memblushing tak memasal.
Perhatian Kane beralih dari Evelyn apabila pelayan muncul sambil menyorong troli ke meja mereka. Mereka mula menghidangkan makanan ke atas meja itu.
“Saya tak tahu sama ada akak suka atau tak pilihan saya. Tapi menu ni adalah menu paling laris di restoran ni. Dan dimasak oleh chef professional tu sendiri.”
Evelyn lirik pinggan makanannya. Dia masih belum sedar dari perasaan terkejut dan tergamamnya sejak sampai ke situ. Masakan tak, masa dia dijemput Kane muncul dengan kereta mewah dan pemandu. Sampai aje di restoran hanya mereka berdua sahaja. Tak ke rasa semua ni terlalu intimate untuk ‘friendly dinner’ mereka?
Beredar sahaja pelayan dari situ, Evelyn cuba membuka mulut hendak bercakap sekali tu Kane menyua potongan makanan ke depan mukanya. Buatkan dia menutupi mulut semula dan memandang garfu yang di sua depan mukanya ketika itu.
“Cuba rasa. Lepas akak rasa, confirm akak terkejut.”aju Kane.
“Sekejap…”tak sempat Evelyn nak menolak makanan itu sudah disuap ke mulutnya. Nak tak nak dia terpaksa mengunyah makanan tu dulu. Segala rasa menghentak derianya. Buatkan dia membuntang mata kerana terkesima. “Mm…sedap!”lupa terus dia nak cakap apa tadi.
“Kan…saya suka makanan dekat sini. Next time. Kita boleh pergi sini lagi. Bawak Nanny Laila dengan Neo. Lagi meriah.”ujar Kane semasa makan.
Hal itu buatkan Evelyn tersedar dari asyiknya. Dia kesat mulutnya dengan napkin sebelum menyondong sedikit ke depan hendak mula bicara. Yalah restoran tu lengang. Hanya ada mereka berdua saja. Kalau cakap kuat-kuat nanti pelayan yang ada dekat sekitar ruang tu dengar pulak.
“Boleh saya tahu kenapa kamu beria sangat ajak saya dinner ni?”
Kane pandang Evelyn. Sambil mengunyah tu, matanya tidak lepas dari membalas tatapan ingin tahu Evelyn. Tanpa amaran, dia lontarkan senyuman premiumnya kepada Evelyn.
Dah kenapa sengih macam tu!Tahu la handsome. Evelyn yang melihat senyuman itu ikut hampir hendak tersenyum. Mungkin sebab Kane masih muda, jadi muka baby face itu menambahkan manis dan comel pada senyuman itu.
“Sebab saya suka dekat akak la. Dari awal hari tu lagi saya cuba nak berkawan dengan akak. Tapi akak tak bagi saya chance langsung untuk kenalkan diri. Dari awal saya nampak akak, saya cuba nak kenal dengan akak. Cuma peluang tu aje tak ada.”
Mengembang kempis hidungnya saat mengetap bibir cuba menahan diri dari berasa cringed. Ugh!Someone. Tolong culik dia sekarang!Evelyn mencengkam jari jemari kakinya dengan erat dalam diam lepas dengar. Budak-budak muda zaman sekarang memang hardcore ya kejujuran mereka?Direct tanpa filter terus?Berdenyut senak dada dia!
“Sekejap. Jadi maksud kamu, sejak awal lagi kamu berminat dekat saya?Even kamu tahu saya ni ibu tunggal?”
Kane mengangguk.
“Walaupun kamu tahu saya lebih tua dari kamu?”
Kane mengangguk lagi.
“Memangnya dah tak ada perempuan lain dekat luar sana yang lebih baik dari saya ke yang kamu nak jadikan pilihan?”Evelyn tanya dengan riak hairan.
“Mmm…”Kane berjeda seketika sambil memandang ke sekitar meja itu. Sekali dengan teruja dia pandang Evelyn lantas tersenyum. “Tak ada. Mommy saya juga cinta pandang pertama daddy saya. Wanita pertama yang daddy saya cintakan dalam hidup dia. Dan wanita terakhir yang dia kahwini. Jadi saya pun macam tu jugak la.”
Kata-kata Kane membuat Evelyn terasa seperti direndam dalam besen berisi ais batu. Dia kejung di kerusinya, benar-benar hilang kata. Bagaimana mungkin lelaki semuda ini begitu berani dan 'innocent'?
“Apa maksud kamu?Saya tak faham?”Evelyn menelan liurnya dengan kesat. Perutnya berasa memulas sakit tiba-tiba.
“Maksud saya, saya minat dan suka dengan akak. Dan berniat nak memperisterikan akak.” Lafaz Kane tanpa menunjukkan riak gugup atau teragak-agak. Dia kelihatan begitu tenang dan collected. Seakan bukan lelaki berusia 23 tahun.
Terbeliak mata Evelyn sebaik dengar ucapan itu. “Apa dia?”budak ni serius ke bergurau? Kahwin?
Kane nekad. Keputusannya muktamad. Kalau daddy dia boleh kahwini mommy dia selepas sebulan berkenalan. Kenapa tidak dia. “Ya. Saya nak akak jadi isteri saya. Saya tahu ianya kedengaran tiba-tiba. Tapi itu niat saya. Serius.”
Evelyn terus berdiri. Dia pandang Kane seakan lelaki itu mahluk berkaki lapan yang baru keluar dari bawah tanah. Budak ni betul-betul bermasalah. “Kahwin?Kamu sedar tak apa yang kamu cakapkan tadi?”soal dia dengan kengerian. Merepek betul.
“Of course saya sedar apa yang saya katakan.” Kane turut bangun dari situ. “Akak ibu tunggal bukan?Dan saya faham ianya bukan mudah untuk seorang ibu tunggal jalani hidupnya tanpa seorang suami di sisi. Jadi tak salahkan kalau saya yang galas tanggungjawab tu?”
"Maaf. Ini semua tak masuk akal. Saya kena pergi. Terima kasih untuk makan malam ni." Evelyn capai beg tangannya dari kerusi sebelah lalu bergegas pergi dari situ.
Sementara Kane di situ hanya memerhati langkah lekas Evelyn itu dengan renungan tenangnya. Senyuman terukir dibibirnya.
Selepas Evelyn menghilang dari pandangan,dia keluarkan telefon dari poket kotnya. Satu panggilan dibuat.
Benda boleh cari, buat apa di kejar.
tinta hampir nak delete novel ni. tapi Tinta try gak untuk teruskan...mana tahu boleh buat sampai complete kan.
Share this novel
Jgn delete sis..terus kan cerita ni..