Beberapa bulan kemudian,
Siapa yang dekat sini cuba nak mulakan hubungan, ada perkara penting sikit nak beritahu ya.
Pertama sekali, bila nak kenal seseorang mesti mula dengan adab. Okay. Ingat tu. Nak kenalkan nama ke, bertegur sapa ke atau nak berbasa basi. Kena mulakan dari attitude dulu. Kalau adab out. Semua out! Dah tak pandang dah latar belakang tu kaya macam mana sekalipun.
Selama 29 tahun hidup, dia dah hadap cukup dengan perangai manusia yang macam-macam. Ada yang rasional, ada yang narsistik, ada yang manipulative, ada yang overdramatic. Dia dah jumpa semua orang jenis macam tu.
Kedua, berkenalan la dengan pelbagai jenis orang. Jangan kenal seorang aje. Luaskan sudut pandangan tu biar terbuka sikit fikiran masa nak pilih pasangan. Sebab manusia ni rambut aje sama hitam, hati lain-lain. Lagi ramai yang ditemui, lagi mudah nak buat judgement dan keputusan dalam memilih pasangan.
Pelajari setiap karakter manusia tu agar tahu macam mana nak handle perangai manusia yang kadangkala ni membebankan sesetengah orang.
Lagipun mulakan hubungan adalah langkah pertama untuk mencari pasangan hidup. Kalau dah step pertama pun salah. Inikan lagi langkah seterusnya.
Baik tak payah cerita. Nak mulakan relationship ni bukan macam membeli belah. Main tangkap muat aje. Asal suka aje terus on. Kena fikir jugak kesan semasa, akan datang dan kemudiannya.
Ketiga. Jangan mulakan kalau tak boleh habiskan. Jangan cuba kalau tak yakin. Duduk aje diam-diam. Fokus pada diri sendiri dulu!
Satu suara sumbang membisik dalam hati. "Evelyn, kau cakap macam pandai sangat! Hubungan kau sendiri pun tunggang-terbalik macam kapal dilanggar ombak. Ada hati nak bagi tips!"
Untuk kesekian kalinya, keluhan kesal dilepaskan dari bibir sebelum Evelyn meletakkan kepala di atas meja.
Email yang diterima mengenai tawaran kerja baru saja dia baca. Yang mana beritahu bahawa dia gagal dalam interview. Macam apa aje kan? Dah tiga syarikat dia cuba propose kerja. Tapi satupun tak dapat!
"Maaf cik," kata barista itu. "Kafe kami nak tutup. Boleh cik kemaskan barang?"seorang barista tiba-tiba tunduk di meja tempat Evelyn duduk.
“Ha!”tersentak tegak kepala Evelyn. Dia pandang ke atas dimana seorang barista lelaki yang mungkin muda beberapa tahun darinya di situ. Senyuman serba salah terpasang di muka letihnya. “Sorry. Dah pukul berapa sekarang?” serius dia tak sedar dah berapa lama dia dekat sini.
“Pukul 11 malam cik.”
“Oh…”Evelyn tunduk memandang jam di tangan. Ya tak ya!Habislah!Itu bermakna dah tiga jam dia duduk dekat kafe ni?Haish!Macam mana dia boleh tak sedar ni. Kasihan Nanny Laila dekat rumah tu.
“Maaf ya cik.”sekali lagi barista tu beritahu.
“Eh..tak apa. Saya yang sepatutnya mintak maaf. Saya yang patut mintak maaf sebab ambil masa kamu.”Evelyn tutup laptop. Begnya diangkat lalu menyimpan semua barang ke dalam dengan cepat.
Semua ni salah mereka yang buat dia marah masa walk in interview tadi. Bolehnya mereka semua persoalkan status dia sebagai ibu tunggal! Memangnya berdosa sangat ke orang perempuan jadi ibu tunggal? Bukannya bunuh orang pun! Itupun jadi hal! Mana la dia tak angin satu badan!
Punyalah khayal Evelyn kemas barang, dia terjatuhkan satu beg kecil berisi kad bisnes dia ke bawah meja. Masa tu dia langsung tak perasan sebab dompet tu terkeluar sendiri dari poket beg semasa dia hendak menggalasnya ke belakang.
“Terima kasih ya.”tunduk Evelyn kepada barista muda itu sewaktu keluar dari meja tersebut.
Barista muda itupun memberi anggukan kecil dengan senyuman mesra di bibir. Dia perhatikan diam-diam langkah berat Evelyn itu sehingga wanita itu jauh ke arah pintu keluar.
Share this novel