Chapter 25 : Taman Minggu

Drama Series 19497

Hari minggu itu, Evelyn membawa Neo keluar berjalan-jalan sekitar taman berdekatan dengan komplek apartmennya. Kebetulan pula Nanny Laila tiada bersama kerana ada urusan keluarga. Maka hanya Evelyn dan Neo ketika mereka berada di situ.

Ringkas mengenakan skirt labuh dipadankan dengan blaus lengan pendek, Evelyn menyorong stroler sepanjang laluan berjoging sekeliling tasik di situ.

Bunyi kuakan itik, burung berkicau serta cuaca cerah pada pagi itu sangat sesuai untuk bayi berusia 9 bulan mengambil angin dan bermesra dengan alam.

Sambil berjalan, sambil itu Evelyn berborak dengan Neo. Dia tunjuk pokok, bunga dan sekitar tempat mereka berjalan.

Setelah Evelyn berhenti di hadapan sebuah bangku, dia pun tunduk membongkok untuk dukung Neo keluar dari stroler. Setelah itu dia bawa ke tempat tumbuhan renek dimana banyak bunga berwarna-warni berada.

Asyik pandang langit aje kan, hah tengok tumbuhan-tumbuhan pulak.

"Neo....tengok ni...ada bunga." Evelyn dukung Neo secara menghadap ke depan. Dia dekatkan Neo pada tumbuhan di situ sambil menunjukkan bunga berwarna jingga kemerahan di situ.

Neo dengan riang mengagah sambil kakinya di hayun ke depan. Mata bulatnya berkedip kagum.

"Hahaha....cantik kan.."Evelyn angkat tangan kecil Neo menyentuh bunga-bunga di situ. "Hmm....Mommy kena cari butterfly la. Nak bagi Neo tengok..."Evelyn berborak sendiri sewaktu dia mengerling sekitar kawasan itu.

Tengok punya tengok, entah dari mana datangnya, muncul lelaki bercermin mata hitam dengan pakaian kasual, tshirt berkolar warna putih biru dari arah kanannya pula.

Hendak melotot mata dibuatnya.

Bukan sebab terkejut tapi sebab tak percaya.

Evelyn berkedip untuk beberapa kali bagi memastikan yang dia memang tak salah pandang.

Serius la?

Tak ada angin, tak ada ribut. Tetiba pulak muncul bekas teman lelakinya dekat situ.

Macam mana boleh terserempak ni?

Ini semua kebetulan atau memang sengaja ni?

Jangan cakap yang Eli ikut dia ke taman ni?

Eli berdiri di situ. Bersebelahan dengan stroler hijau gelap milik Neo. Lelaki itu menyentuh shade stroler sambil memandang Evelyn di hadapan tumbuhan renek berbunga di situ.

"Hai, Evy." sapa Eli.

Mengerenyet mata kiri Evelyn dibuat ucapan 'Hai' itu. Hai..Hai.. kepalahotak dia! Apahal pulak datang muncul depan mata ni!

Baru dia nak tenangkan diri. Baru aje rasa nak bergembira bersama Neo pada hujung minggu begini.

Datang pulak bala yang satu ni!

Buat semak mata aje.

"Siapa encik ni?"sengaja Evelyn buat tak kenal. Dia eratkan pelukannya pada Neo pada masa yang sama.

Eli tersengih kecil. Dia tunduk menanggalkan shade hitam dari muka kacaknya itu sebelum berjalan mendekati Evelyn. "Baru minggu lepas kita berjumpa lagi. Takkan dah lupa?"

Evelyn kejengkelan. Mendengar suara yang dulu cukup buatkan hatinya terlambat, kini berubah menjadi tusukan duri dalam hatinya. "Eh! Apahal dekat-dekat ni? Encik jangan macam-macam ya. Saya jerit nanti!" katanya sambil berjalan ke belakang untuk menjalankan mereka.

"Evy. Please...jangan macam ni. Tak boleh ke awak bagi saya peluang untuk bercakap dengan awak sekejap." ujar Eli saat mengerling ke bayi yang dipegang oleh Evelyn ketika itu. Anak lelaki. Wajahnya hampir seiras dengannya. "Sekurang-kurangnya izinkan saya berjumpa dengan anak kita..."

Makin menjadi-jadi jengkel Evelyn ketika itu. Keningnya berkerut tidak suka apabila Eli dengan tak tahu malunya claim Neo sebagai anak mereka. "Apa ni suka-suka mengaku anak ni anak encik?Ini anak saya. Bukan anak encik ya!" nafinya lagi enggan mengaitkan Neo dengan lelaki yang dah mengkhianati mereka semata mahu memenuhi kehendak keluarga lelaki tu aje. "Baik encik pergi dari sini sebelum saya menjerit!" Evelyn terus dukung Neo menghadapnya lalu dipeluk rapat ke leher dia. Jadi awas pulak Eli jalan mendekati mereka begitu.

"Evy...please. Saya merayu pada awak. We really need to talk. Jangan buat saya macam ni!" bicara Eli separa merayu.

Ucapan itu membuatkan Evelyn terus menjeling marah. Keningnya mencerlung tajam. Evy...Evy... Kembang tekak dia la! Eli panggil dia seakan mereka masih punya hubungan aje! Selamba tak ada rasa langsung!

"Siapa yang awak panggil Evy ni?Awak tu siapa pada saya hah?"Evelyn marah. Cuma dia kawal nada suaranya untuk Neo. Ikutkan hati memang dia dah tinggikan nada.

Berkerut kening Eli apabila melihat renungan Evelyn yang dulu penuh dengan cinta dan kasih kini kelihatan asing. Dah hilang semua cahaya dan sinar bahagia dari tatapan tu. "Saya Eli...Evy. Kekasih lama awak. Kenapa awak terus menerus berlagak seakan lupa siapa saya ni?"

"Jangan nak melawak. Seumur hidup saya, tak pernah saya berjumpa dengan mana-mana lelaki bernama Eli, apalagi mengenali awak. Kalau ada...mungkin orang tu dah lama mati!" Evelyn beritahu dengan nada marah yang dikawal. Dia betul-betul nak mengamuk sekarang ni!

Eli mendekat lagi. Malah cuba hendak menyentuh Evelyn.

"Saya tak kenal siapa awak ni!Jangan ganggu saya!" Evelyn cepat-cepat mengelak ke tepi lalu bergerak ke arah stroler. Dia meletakkan Neo ke dalam seat itu lalu di selindung dengan shade. Tanpa berlengah sesaat pun, terus dia sorong.

Namun baru sahaja Evelyn memusingkan stoler Neo ke belakang, muncul dua lelaki bersut hitam. Menghadang laluan mereka. Membuatkan langkahnya mati serta merta.

Evelyn kejung berdiri menghadap dua lelaki bersut itu dengan riak tergamam. Apahal pulak ni!

Sementara Eli di belakang dengan bersahaja berkata. "Sama ada awak ikut saya secara rela atau paksa, itu terpulang pada awak. Apa yang saya tahu. Kita kena bercakap." katanya.

Dengan erat Evelyn memulas pemegang stroler sebaik mendengar ucapan dingin dan tegas dari Eli.

Rasa macam nak menjerit pun ada. Tapi efek Eli pada diri dia masih tersisa hinggakan buatkan dia secara refleks nak patuh, sedangkan mereka telah lama berpisah!

"Evelyn Rose." Eli menekan nama itu.

Evelyn tunduk ke bawah dengan mata dipejam kesal. Tak sepatutnya dia tunduk pada panggilan tu. "Tak guna betul!"gumamnya dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience