Series
19497
Evelyn termenung sewaktu perhatikan Neo menyusu dalam pangkuannya. Tangan kecil milik anaknya di pegang genggam seperti alat fidget untuk dia hidangkan rasa penat yang bertandang.
Evelyn ketika itu baru sahaja selesai meeting, habis meeting waktu makan tengah hari. Terus dia ke bilik dimana Neo di tempatkan. Tanpa fikir untuk makan atau berehat.
Kane katanya keluar makan tengah hari dengan rakan sekerja lelaki itu. Sempat jugak Kane menghantar pesanan pada Evelyn untuk memegang apa-apa makanan kepadanya. Tapi Evelyn kata tak perlu sebab dia mahu temankan Neo. Evelyn ingatkan dia dapat bertembung dengan Kane tapi budak tu tak ada masa dia tiba ke situ.
Itu yang duduk termenung ni.
"Okay, nanti aje baru beritahu..." Tiba-tiba pintu terbuka apabila Kane bercakap dengan rakannya di luar pintu sewaktu berjalan masuk.
Tersentak kepala Evelyn sebaik dengar. Ingatkan salah dengar. Rupa-rupanya memang betul Kan. Dia baru aje terfikirkan pasal Kane, muncul pulak lelaki ini. Ajaib sungguh.
"Thanks ya.."senyum Kane sebelum menutup pintu lantas memandang ke arah crib dimana Evelyn sedang berdiri di situ. Pandang saja ke situ, Kane tersenyum girang. "Hai...lama tunggu? Saya ingat nak makan dengan mereka. Tapi bila saya ingat akak sensorang dekat sini, terus tak jadi. Saya tak tahu akak suka makan apa, tapi saya ada belikan-" elok sahaja Kane bercakap matanya terus terarah pada kesan calar di pulang pipi Evelyn. Terus memudar senyuman di bibir, dilantik dengan keningnya yang terangkat tinggi.
Evelyn perhatikan aje lelaki tinggi lampai itu mendekat sehinggalah la berdiri di hadapan dia. Rasanya tak sampai 20 minit pun dia balas mesej Kane. Dan lelaki ni dah kembali semula ke sini? Hanya teringat pada dirinya? Ianya kerana suka atau kasihan?
"Akak?" mata Kane memandang pipi Evelyn sebelum memandang mata kelam itu. "Kenapa pipi akak ni?" hujung jarinya di lurut perlahan pada kesan merah calar pada pipi Evelyn.
Terkutik Evelyn dek sentuhan lembut itu sebelum mengalih ke tepi seakan mahu memandang Neo. "Papercut..."ujarnya perlahan melihat mata anaknya sudahpun tertutup.
Kane mengesan sesuatu dari air muka Evelyn serta merta apabila nada suara itu kedengaran dingin dan mendatar secara tiba-tiba.
Lantas tanpa berlengah, Kane meletakkan plastic berisi makanan tengah hari Evelyn di atas sofa kecil di situ sebelum mendapatkan Neo dari tangan Evelyn.
Tanpa protes mahupun membantah, Evelyn membiarkan Kane meletakkan Neo semula di dalam crib sementara Evelyn berdiri di tempat yang sama.
"Mari sini..."ajak Kane ke sofa tadi. Dia tarik Evelyn ke situ sebelum mendudukkannya dan dia melutut sebelah kaki di hadapan kakinya selepas itu semata hanya hendak memeriksa pipinya.
Evelyn memandang wajah risau Kane yang mana buatkan hatinya dipalu rasa serba salah. Apa yang berlaku di pejabat baru sikit aje, nanti kalau Eli cuba menganggu dirinya, hal akan jadi makin rumit. Jadi baik dia hentikannya aje semua di sini. Sebelum Kane terjerumus lebih ke dalam masalahnya. "Kane..."panggilnya semasa mencapai tangan yang berada dia pipinya untuk di pegang.
Menahan nafas Kane dibuatnya dek sentuhan itu. "Ya saya."
Untuk beberapa saat Evelyn pandang tatapan redup Kane. "Kalau saya beritahu jawapan saya sekarang, boleh ke?"
Kane terpaku.
Evelyn mengetap bibir sebelum tersenyum sedih. "Saya tolak lamaran kamu."
Air muka Kane terus menjadi bungkam. Lelaki itu langsung tidak berkedip saat memandang Evelyn sebaik ucapan itu dituturkan.
"Apa dia?"
"Saya dah fikir panjang. Soal lamaran kamu tu, saya terpaksa tolak."
"Kenapa?Saya masih ada masa 3 hari lagi."
Evelyn merampas tangan Kane yang ada dalam kedua belah tangannya. "Dengar. Saya tahu kamu ikhlas. Tapi saya tak dapat nak terima lamaran kamu tu." hidupnya terlalu bercelaru. "Bukan masa dalam keadaan saya macam ni."
Kane terkedu.
"Tapi..."Evelyn berkerut kening. "Saya minta kamu untuk teruskan lakonan kita. Sehingga Eli berhenti dan putus asa dari ganggu saya dan Neo."
"Apa dia?" Kane pandang tidak berkedip.
Share this novel