Chapter 17 : Mengurat Dia

Drama Series 19497

"Sekarang akak dah faham?"Kane bertanya lagi ingin kepastian.

"Saya ada pilihan untuk katakan tidak ke?" duga Evelyn. Maknanya sekarang, keputusan dia boleh pengaruhi segalanya! Rosak mood anak orang kaya ni, rosak la semua urusan dia nanti!

Kane tersengih meleret. Riak terkejut Evelyn serupa macam orang tercekik. "Akak rasa?"

"Apa main rasa-rasa pulak ni? Kita bukan nak masak-masak. Saya serius nak tahu."

"Kalau akak tanya saya. Pilihan akak cuma sama ada kata ya. Atau akak kena keluar dating dengan saya. Itu aje."

Mulut Evelyn terbuka sedikit. Apa bezanya kalau macam tu?Baik tak payah. Evelyn mencemik tak puas hati. "Sama aje la kalau saya kata ya atau tak untuk temankan kamu nanti."

"Hahaha...tahu pun, akak sendiri yang tanya tadi kan."

Terus Evelyn melepaskan hela kesalnya. Sebelah tangan mencekak pinggang. Sepatutnya dalam pertaruhan mereka, dia kena kerap kata tidak. Bukannya YA! "Kamu sengaja ya?"tiba-tiba Evelyn tanya. Riaknya benar-benar tidak berpuas hati.

"Apa yang sengaja?"soal Kane pula.

"Kamu sengaja tak cakap apa-apa pasal diri kamu selama ni yang kamu ni anak orang berada? Yang kamu tu anak kepada tuan company ni?"

Kane ketawa. Lelaki itu tersenyum boyish kerana lucu dengan reaksi Evelyn. Memangnya tak nampak dengan jelas lagi ke? Dah jelas-jelas dia pakai kereta mewah, sewa satu restoran. Muka handsome dia ni pun dah nampak yang dia ni anak orang kaya. Evelyn aje yang tak perasan, sebab sibuk nak mengelak dari dia sepanjang masa.

"Dah akak tak tanya buat apa saya cerita. Lagipun yang kaya parents saya. Bukannya saya." Matanya kelihatan bersinar sewaktu menatap wajah geram Evelyn.

"Sama la jugak tu. Sengaja." Evelyn menyilang tangan ke dada.

Lantas Kane menunduk sedikit ke depan Evelyn dengan tangan ikut bersilang. "Sebab itulah saya ajak berkenalan."

Evelyn terbungkam. Matanya kaku di depan muka itu. Matanya jatuh pada senyuman meleret Kane.

"Orang-orang dulu kata, jika tak kenal, maka tak cinta. Kena belajar berteman baru boleh berkawan. Rugi tau kalau jual mahal. Lagi-lagi kalau orang tu handsome macam saya." Manis saja Kane tersenyum masa ni.

Buatkan Evelyn sendiri diam tak terkata. Dia nak marah tapi tak boleh nak marah lepas Kane senyum-senyum begitu. Tak sampai hati!

"Jadi akak setuju ya temankan saya nanti."

See....sama ada dia kata ya atau tidak. Kane dah buat keputusan sendiri. Ugh! Menjengkelkan. Evelyn gigit lidah sendiri nak tahan diri dari cakap perkara yang menyakitkan hati. Itulah, mulut kata lain. Hati rasa lain. "Ya. Kalau saya kata tidak pun. Bukannya kamu nak terima." akurnya terpaksa

Kane tepuk tangan. "Good. Kita jumpa hari Sabtu nanti. Saya call akak kalau ada apa-apa."

"Tak call pun tak apa."

"Oh ya. Hari ni saya tak boleh nak temankan akak makan tengah hari sebab busy sikit. Akak makan sendiri tak apa ya."

"Saya tak suruh pun."

"Kalau Manager Lim buli akak, beritahu saya. Saya akan slow talk sendiri dengan dia."

"Mind your own business." Perasaan jengkel Evelyn makin menjadi-jadi. Kenapa ya Kane sikit pun tak terasa hati dengan layanan dingin dia pada lelaki tu? Budak ni hati kering ke apa?

Kane tertawa dengan respon Evelyn. Sedikit pun tak terasa hati. Makin Evelyn berdegil, makin keras kepala dia nak mendekat. "Minum kopi tu. Saya buat ikut taste akak." dia juih bibir ke cawan yang dipegang Evelyn sejak tadi.

"Stop babying me."

"Hahaha...mana ada. Ini kita panggil sebagai Princess treatment. Exclusive punya. Sebab ianya datang terus dari saya. Bukan semua orang boleh rasa tau. Akak aje." Kane mengenyit mata kanan sambil mengocek poket seluar. Lalu dia mengeluarkan beberapa biji gula-gula.

Menyampah!Evelyn buat muka tak suka. "Dah. Jangan nak merepek. Kalau tak ada apa-apa. Saya nak balik meja. Banyak kerja nak buat ni."

"Eh...eh...sekejap."Kane capai tangan Evelyn. Lalu meletakkan gula-gula tadi ke dalam poket seluar Evelyn. "Gula-gula untuk akak yang cantik. Biar makin manis!"

Slap! Satu tamparan hinggap di tepi lengan tu. Budak bertuah!

"Makin di biar makin menjadi!"getus Evelyn. Bukan main giat lagi Kane nak mengurat dia! Hanya semata nak suruh dia kata 'ya'.

Tertawa Kane dibuatnya.

Okay tak??Hahahah...Tinta tak tahu mcm mana nak buatkan chapter ni supaya tk terlalu kekok atau cringed. harap okay la. apapun terima kasih sudi tunggu dan baca.

Share this novel

ummi sumayyah
2025-09-08 11:45:51 

Bila nak sambung

ummi sumayyah
2025-09-04 17:25:52 

Best


NovelPlus Premium

The best ads free experience