Series
19497
"Biar saya tolong angkatkan."Kane tersenyum pada Nanny Laila sewaktu mencapai beg dan bakul tidur Neo sewaktu wanita itu hendak turun dari kereta.
"Terima kasih Tuan Kane."angguk Nanny Laila dengan senyuman senang di bibir.
Evelyn dan Neo di belakang bonet kereta memandang barang piknik yang mereka perlukan sebelum Evelyn bantu untuk mengambil troli terlebih dahulu untuk bawa semua barang-barang itu nanti.
"Akak saya tertinggal topi saya...boleh ambik kan tak?" tiba-tiba Kane muncul di sebelah.
Sambil membuka troli itu, Evelyn dongak memandang Kane dari balik cermin mata hitamnya. "Dekat mana?"
"Dekat laci dashboard."
"Okay..." Evelyn pun bangun dari bercangkungnya sambil memegang Neo yang tergantung dalam baby carrier di depan badannya.
"Terima kasih." Kane menyambung kerja Evelyn tadi.
Dan disaat Evelyn tiba ke situ semula, Kane sudahpun siap mengangkat barang-barang ke dalam troli.
"Saya baru aje nak angkat." ujarnya semasa meletakkan topi ke atas kepala Kane.
Sambil tersenyum Kane mengambil Neo dari Evelyn. "It's okay. Sikit aje pun. Biar saya dukung Neo."
Mahu tak mahu Evelyn menurut. Dia menanggalkan belt yang melilit sekeliling pinggangnya semasa Kane memegang Neo sebelum dia memasangnya ke badan Kane pula.
Dan sepanjang masa itu Nanny Laila yang perhatikan gelagat dua orang itu tersenyum sendiri kerana tercuit. Comel aje pasangan sejoli ni.
"Agaknya kan tuan, bila majlisnya ya?" sakat Nanny Laila.
Kane tertawa kecil sewaktu membetulkan topi Neo pada masa Evelyn sedang memakaikan baby carrier ke badannya. "Kena tanya puan besar la. Saya on aje. Esok pun boleh. Ya tak Neo?"
Terus Evelyn menepuk belakang badan itu sebaik dengar. Dia memandang Nanny Laila dengan sedang tersengih kepadanya. "Nanny..." malu dia dibuatnya. Dua orang ni kalau dah bertemu, tak habis-habis nak menyakat dia. Geram dibuatnya.
Kane dan Nanny Laila ketawa serentak.
"Tak adalah puan, elok aje saya tengok puan dengan tuan muda ni. Kalau kalian nak berkahwin saya orang pertama yang setuju."
Kane tutup bonet kereta lalu memegang troli sebelum memandang Nanny Laila. "Mesti la. Nanny Laila kena setuju...kalau tak saya kahwin lari terus dengan Evelyn."
Nanny Laila menggeleng kepala sambil tertawa.
Memerah muka Evelyn dibuatnya. Dia menjeling ke Kane yang tersengih-sengih kepadanya ketika itu. apa-apa sengih! Sental dengan penggosok buntut kuali baru tahu. "Kelakar ke?" soalnya kegeraman.
Kane ketawa sewaktu mengusap belakang badan Evelyn sambil memujuknya.
"Yalah...Yalah. Gurau aje..." senyumnya selepas itu.
Mereka kemudiannya berjalan sama-sama merentasi kawasan lapang tersebut.
Pada haris itu ramai pengunjung taman yang memenuhi kawasana lapang berumput di situ. Dan ramai juga yang seperti mereka. Iaitu berpiknik dikawasan padang tersebut memandangkan cuaca juga cantik. Cerah tapi tidak panas tidak mendung. Angin pula sepoi-sepoi bahasa.
Memang sesuai sangat kalau nak buat aktiviti riadah.
Sesampai sahaja mereka di kawasan piknik, Kane terus bantu untuk set up tapak piknik. Dia membentang alas di situ sementara Evelyn dan Nanny Laila keluarkan barang dari troli.
Selesai membentangkan alas, Kane dengan cekap bergerak menyusun makanan dan barang di atas alas itu sebelum mengeluarkan Neo dari baby carrier lalu diletakkan ke dalam bakul bayi. Setelah itu dia ambil segala barang dari tangan Evelyn seakan enggan Evelyn melakukan apa-apa.
Evelyn pegang bakul makanan, belum sempat di angkat, Kane pegang. Hendak meletakkan cawan dan pinggan, bungkusan itu di ambil sebelum sempat dia bak buka. Baru sahaja hendak susun bekas makanan atas lapik, tangan Kane menghadang dirinya dari mendekat ke bekas-bekas makanan itu.
In the end, Evelyn putus asa untuk lakukan apa-apa. Dia hanya duduk di sebelah bakul Neo lalu mengagah anaknya saja. Membiarkan Kane yang uruskan semuanya.
"Hmm." dia mengeluh. Geram punya pasal tapi tak boleh nak cakap apa-apa sebab tak ada yang salah nak diadukan.
Yang mana mengundang sengih di bibir Kane. "Takkan la tak dapat buat apa-apa pun marah. Kadang-kadang saya nak jugak bagi princess treatment dekat akak. Baru nampak gentleman, ya tak?" keningnya di nari-narikan.
Terus Evelyn berdengus tak percaya. "Bila masa saya marah."
"Tu tadi mengeluh..."
"Mengeluh dengan marah tu sama ke?"
"Kalau tak marah, cuba puji saya sikit."
"Yalah, kamu ni sweet sangat..."ujar Evelyn bernada hendak tak hendak.
Kane pun tertawa. Menampakkan lekukan di pipinya. "Cuba ikhlas sikit puji tu. Senyum. Ceria. Kan sejuk mata memandang." sakatnya lagi.
Terus Evelyn cuit tepi lengan tu gara-gara kegeraman. Makin di layan makin menjadi-jadi budak ni. Mujur la comel kalau tidak memang dijelingkan aje. "Ada-ada aje kan?"sengihnya selepas itu.
"Hahaha..."Kane duduk di samping Evelyn. "Hah!Barulah lega,kalau tidak terperuk aje dalam ofis tu." helanya dengan panjang. Matanya terarah pada pemandangan sekitar kawasan berumput di situ. Ramai pengunjung yang turut piknik seperti mereka. Budak-budak seronok berlari, pasangan sedang berbual, datuk dan nenek seronok melayan kerenah cucu mereka. Hinggakan dia yang memerhati ikut
tersenyum senang.
Namun baru sahaja Kane hendak menoleh ke sisi, tiba-tiba satu sentuhan hinggap di tepi kepalanya. Buatkan Kane tersentak lalu memandang ke sisi. Matanya tertancap pada wajah bersih milik Evelyn.
"Panas ke? Itulah saya tolong angkatkan tak nak." Evelyn seka peluh yang merintik di sekitar pelipis Kane dengan tangan itu sendiri.
Bersama senyuman senang di bibir, Kane hanya menggeleng. "Tak ada hal la. Sikit aje pun." berbunga seaman dia rasakan. Tapi tak ditunjuk. Dia hanya buat muka bersahaja.
Evelyn berkunci pandangan dengan tatapan Kane. Namun tidak lama, dia kembali menundukkan pandangan ke bawah dimana Neo berada. Hatinya tiba-tiba berdebar bila pandang renungan dalam tu, rasa semacam pun ada. Masakan tak. Sebab dia tak asing dengan perasaan berdebar ni.
Perasaan yang sama masa dia jatuh cinta dengan Eli dahulu!
Sedang Nanny Laila sibuk.menghidangkan makanan dan menyediakan susu untuk Neo, Kane ikut sama mendukung Neo untuk di agahnya. Evelyn pula hendak makan.
Namun baru sahaja dia hendak menyuap potongan buah ke dalam mulut, tiba-tiba saja telefon yang berada di poket belakang seluar jeannya bergetar. Menyentak fokusnya serta merta.
"Kamu nak buah, Kane?"tanya Evelyn sambil mengocek keluar telefonnya.
Bersama sisa senyuman di bibir, Kane menoleh ke Evelyn sambil menganga. "Ahh."
"Makan sendiri tak boleh ke?"getusnya sambil pegang telefon dengan tangan sebelah lagi sewaktu menyuapkan juga potongan buah tembikai kepada Kane.
"Tangan saya sibuk...."Kane timang Neo sambil mengunyah. "Weeee...."
Neo ketawa terkekek-kekek. Meleleh air liurnya ke tangan Kane yang sedang memegang badannya.
"Ada aje la jawapannya." Evelyn pandang ke skrin telefon sambil tersenyum. Namun senyuman perlahan-lahan memudar setelah membaca teks yang tertera dalam pesanan ringkasnya.
'Evelyn, saya tahu ni kerja awak kan! Jangan ingat saya akan biarkan aje macam tu. Saya nak jumpa awak atau saya sendiri yang datang dekat awak.'
Sebaris ayat itu cukup membuatkan perasaannya terus dicengkam geram. Hilang terus rasa gembiranya tadi. Tidak menghiraukan pesanan itu, Evelyn memoket semula telefonnya dan kembali fokus pada mereka.
Share this novel
scroll ke atas tak boleh..eh rupanya dah habis baca..hehe..moga tinta di berikan kelapangan utk habiskan novel ni..amin..