Series
19497
Seperti imbasan sekali lalu, sebegitu la perjalanan mesyuarat selama dua jam dalam ruangan itu.
Evelyn di sebelah hanya diam mencatit dan membuat perkongsian point sekali sekala bila di tanya.
Selebihnya semua di tangani oleh Kane dari awal hingga ke akhir perbincangan dengan profesional.
Eli pula sepanjang masa itu kejap bagi tumpuan. Kejap hilang tumpuan. Masakan tidak, dah bekas kekasih ada di depan mata, mahunya perasaan dia tak bergelora. Selama enam bulan dia cuba jejak bekas kekasihnya ini. Langsung tak ada khabar berita. Nombor Phone tak boleh guna. Alamat lama tak ada penghuninya. Tempat kerja lama dah ditinggalkan olehnya. Jadi bingung dia sepanjang masa tu. Lelaki mana yang tak hilang keruan bila wanita yang dicintai ada di depan mata. Tahu-tahu muncul sendiri.
Panas punggung Evelyn dekat sebelah Kane masa tu. Dia langsung tak boleh nak pandang ke depan kecuali buku catatannya saja. Sebab kalau dia pandang, rasa macam nak maki aje!
Sampaikan Kane dekat situ boleh perasan perhatian Eli terarah pada Evelyn. Menjeling la jugak Kane dibuatnya masa pandang Eli dan Evelyn. Tapi dia tak komen apa-apa. Hanya memerhatikannya aje. Dah kenapa Eli pandang Evelyn macam tu? Bukan ke Eli ni dah berkahwin? Takkan ada hati nak kacau orang lain punya?
Ketiga-tiga mereka hanyut dengan perasaan masing-masing.
​Selepas mesyuarat tamat dan mereka bersiap-siap untuk keluar, Eli mendekati Kane dengan senyuman mesranya. Menampakkan aura seorang presiden yang dimilikinya.
​"Terima kasih atas perbincangan Encik Kane sebentar tadi. Sedikit sebanyak beri saya perspektif yang luas mengenai pelaburan ni. Dan saya harap kita dapat bekerjasama di masa hadapan kelak."
​Kane membalas senyuman itu, tetapi matanya tidak memancarkan maksud senyuman tersebut.
​"Sama-sama, Tuan Ford. Saya jugak."
​Eli mengerling sekilas ke arah Evelyn yang sedang mengemas dokumen di belakang Kane. Senyuman sedikit mesra dari sepatutnya.
​"Saya harap kita dapat berjumpa lagi. Terima kasih jugak pada pembantu encik. Yang banyak memberi cadangan dan idea sepanjang perbincangan kita tadi." dia cakap depan Kane tapi mata pandang Evelyn.
​Pada saat itu, wajah Kane terus berubah. Dah melebih-lebih nampak gayanya!Dia pantas menoleh ke belakang sebelum menganjak ke tepi seolah-olah ingin menghadang Evelyn daripada pandangan Eli. Kemudian, dia kembali memandang Eli dengan riak mesra tapi yang dibuat-buat.
Evelyn tersentak. Dia pandang ke arah Eli sebaik dengar. Tepat semasa Kane bergerak menghadangnya, Evelyn sempat perasan sewaktu lelaki itu tersenyum kepadanya semasa mereka bertentang mata.
"Saya pun harap begitu. Semoga kita dapat berurusan di masa hadapan kelak." Kane kembali tersenyum, tetapi kali ini senyumannya tidak sampai ke mata. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat. "Kalau ada masa..."tambah dia tak lama lepas tu.
Eli menyambut tangan itu dengan reaksi hairan namun masih tersenyum. "Ya, maaf. Apa dia tadi?" soalnya semula.
​"Tiada apa-apa. Terima kasih atas masa anda. Kami akan berikan maklum balas tidak lama lagi." beritahu Kane sambil menarik tangannya.
"Baik."angguk Eli sebelum hendak beredar. Dia sempat mengerling ke arah Evelyn buat kali terakhir. Nampak sangat di wajahnya itu seakan dia mahu berbicara dengan bekas kekasihnya itu.
Tertutup sahaja pintu bilik mesyuarat tersebut, Kane terus memusingkan badannya ke Evelyn. Wanita itu masih sibuk mengemas.
Sambil mengetap giginya erat-erat Evelyn diam termenung memandang helaian kertas di situ. Keningnya berkerut. Melihat wajah itu benar-benar membuatkan Evelyn berasa berang dan sedih pada yang sama.
Dia berang kerana tidak dapat berbuat apa-apa apabila berdepan. Dia sedih kerana Eli kelihatan tak apa-apa sedangkan dia di sini terumbang ambing cuba berdiri semula.
Adil ke tak macam tu?
Tiba-tiba satu sentuhan lembut terasa di tepi lengan.
Menyentak Evelyn dalam menungnya. Dan bila dia angkat mata, dia bertentang dengan tatapan redup dari Kane. Yang mana buatkan marahnya berombak ombak dipalu!
"Akak okay?"Kane tanya dengan riak risaunya. "Dari awal lagi saya perasan akak macam tak okay aje..."
Mata Evelyn kemerahan. Sumpah dia nak menangis! Melihat wajah Eli tadi buatkan perasaan dendam dan kecewa dia membuak ingin membalas.Tapi apa yang dia mampu lakukan jika sendirian? Bagaimana dengan Neo nanti?Kalau Eli tahu tentang Neo adakah lelaki itu akan cuba merampas anaknya dari dirinya? Apa patut dia lakukan? Evelyn bingung hingga kebas-kebas seluruh badannya.
Semakin berlapis kerutan di kening Kane apabila dia melihat air mata yang tiba-tiba mengalir turun di pipi Evelyn tidak semena. Tanpa berlengah terus dia dekati Evelyn lantas memegang belakang badan itu.
"Kenapa akak menangis ni?"
Evelyn langsung tidak menyedari bahawa dia menangis kerana begitu bungkam. Dia hanya sedar bila Kane menyeka air mata dari pipi dengan tangan itu.
Kane ikut sama terkedu apabila melihat Evelyn menangis. "Akak sakit dekat mana-mana ke?"
Evelyn menggeleng sebelum tunduk ke bawah menyeka sisa air matanya. Lalu dia tersenyum selepas memandang ke Kane semula.
"Tak ada apa-apa." Evelyn memegang lengan itu sebagai tanda yang dia benar-benar okay. "Jom la. Katanya nak belanja saya makan tadi."
Kane masih kebingungan. Tapi dia tak bertanya lebih. Dia taknak Evelyn berasa rimas dengannya.
sorry lambat update. Tinta dah ada idea cuma agak berbelah bahagi sama ada nak publish ke tk. rasa was2 sama ada okay ke tak chapter ni. yg mana buatkan update jadi lambat. chapter ni tinta dh review banyak kali, check pastu ubah tukar ubah tukar....last ni la end of the result. harap okay la eh. oh ya...terima.kasih mana yg sudi tunggu dh baca tu...
Share this novel
tak sabar nak baca endingnya. mesti best sgt
Ok n thanks