Chapter 27 : Tamak

Drama Series 19497

Evelyn termenung memandang Neo semasa dia menghayun buaian. Pergerakannya robotik. Pelbagai kemungkinan dan persoalan yang bermain dalam fikiran Evelyn semenjak pulang dari bertemu dengan Eli.

Seusai makan malam tadi. Evelyn terus duduk dalam bilik baby Neo. Entah kenapa dia rasa takut dan cemas seakan ada yang akan membawa anaknya pergi.

Macam mana kalau Eli tekad nak dapatkan dia semula tapi dia enggan bersama dengan lelaki tu? Adakah Eli akan cuma merampas hak penjagaan Neo dari dia?

Lelaki tu tak sekejam tu kan?

Evelyn jadi takut bila fikirkan hal tu.

Dia enggan bersama semula dengan Eli. Senekad macam mana sekalipun dia ingin melihat Eli susah dan sakit, dia tak boleh ambil risiko dengan membuatkan Neo dirampas darinya.

Terus Evelyn menggigit hujung ibu jari. Keningnya berkerut. Dia tak ada sesiapa lagi dekat sini untuk bantu dirinya jika dalam kesusahan kecuali dirinya sendiri. Dia tak mungkin akan cari ibu bapanya sendiri kerana mereka tak tahu keadaannya di sini. apalagi tentang Neo!

Berombak-ombak rasa cemas yang dia rasakan. Evelyn tak tahu nak bagaimana lagi!

Tiba-tiba ketukan pintu kedengaran. Memeranjatkan Evelyn yang sedang termenung serta merta. Dengan pantas dia menoleh ke belakang.

"Oh, maaf puan. Saya buat puan terkejut."Nanny Laila tersenyum nipis.

"Ya Nanny Laila." Evelyn pandang ke wajah tua Nanny Laila dengan redup.

"Maaf puan. Mulai esok sampai hujung minggu ni saya mintak cuti ya. Mak saya sakit. Saya kena tengokkan dia dekat hospital."beritahu Nanny Laila.

Terus terangkat kening Evelyn dibuatnya. "Seminggu?"tapi dia kan bekerja. Siapa pulak yang nak jaga Neo nanti?

"Ya, puan."angguk Nanny Laila dengan riak serba salah. "Maafkan saya sebab tak bagi tahu awal-awal. Sebab saya sendiri baru di maklumkan soal keadaan mak saya."

Terus Evelyn menggeleng. "Eh, tak apa la. Jangan risau. Nanny Laila boleh ambil cuti. Saya doakan kesembuhan ibu Nanny Laila."

"Macam mana dengan Neo nanti puan?Tak ada siapa yang jaga dia?"

Itulah masalahnya. Dia sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Sudahlah kepalanya sedang serabut, bila dengar lagi berita mengejut ni makin bingung dia dibuatnya. "Saya akan uruskannya. Nanny Laila tak perlu risau."kata Evelyn.

"Betul ke ni puan?Lagipun puan kerja esok."

"Ya...saya tak apa-apa. Nanny Laila jangan la risau. Tahu la saya nak uruskan Neo macam mana nanti. Apa yang penting Nanny Laila fokus pada kesembuhan ibu Nanny Laila dulu."

Untuk seketika Nanny Laila kelihatan teragak-agak namun setelah itu dia pun mengangguk. "Kalau macam tu baiklah puan. Saya akan bertolak malam ni. Tak apa ya saya tinggalkan puan dengan Neo berdua."

Evelyn mengangguk. "Ya. Hati-hati dalam perjalanannya. Jumpa minggu depan."senyum dia setelah itu.

Lantas Nanny Laila mendapatkan Evelyn sebelum memeluk kepala itu ke dadanya. "Saya pergi dulu."

Evelyn perhatikan langkah Nanny Laila menghilang di hadapan pintu sebelum ia tertutup.

Setelah itu dia kembali termenung memandang Neo dalam buaian. Dia hayun kanan dan kiri dengan perlahan.

Berat hatinya sebagai seorang ibu bila mengenangkan nasib anak kecilnya. Sudahlah lahir tidak ada bapa. Ada ibu pula hidupnya tak tentu hala.

"Maafkan mommy, Neo."ucapnya perlahan dengan renungan terkilan. Sekarang ni kena fikir. Apa yang patut dia lakukan untuk dia jaga Neo dan kerja esok pada waktu yang sama. Mana sempat dia nak cari babysitter malam-malam macam ni!

Keluhan panjang lepas di bibir Evelyn saat dia merehatkan dagu nya di atas palang buaian. Kepalanya ikut bergerak sama dengan buaian itu sekali.

Sedang dia khayal memandang Neo, tiba-tiba dia teringatkan Kane. Muka manis berlesung pipit itu. Dari cara bercakap, dari cara tersenyum semuanya manis. Sejuk bila mata memandang.

Tidak semena getaran dirasai pada poket hoodie yang dipakai. membuatkan Evelyn melompat dari duduknya. Bila dia check, telefon dia berdering rupanya.

Terus dia seluk tangan dalam poket. Telefon itu dipandang keluar sebelum skrin telefon di pandang. Tak terkejut mahupun hairan, Evelyn lihat nama yang tertera.

Macam tahu-tahu aje kan yang dia baru terfikirkan pasal orang tu. Dah tuan punya badan sendiri yang call dulu.

Kekadang tu Evelyn tertanya-tanya, ini bukan kali pertama. Sebab dah banyak kali, jadi dia hairan. Kenapa bila dia susah hati atau tertekan, budak ni akan muncul?

"Hello?" Evelyn jawab panggilan tu dengan nada suara yang rendah. Kepalanya kembali direhatkan pada palang buaian. Kembali menyentuh tangan Neo dan mengusap kening halusnya.

"Dah tidur ke?"lembut aje Kane bertanya dalam panggilan.

Evelyn berdengus kecil. Hujung bibirnya tersungging. Kalau dulu dia tidak berapa suka sangat Kane menghubunginya. Namun kini dah buatkan Evelyn terbiasa lama kelamaan.

"Belum. Baru tidurkan Neo."

"Iya ke?Kalau macam tu boleh la kita date dalam telefon...."Kane ketawa dalam panggilan tu.

Evelyn tersenyum nipis. Dia tenung wajah Neo dengan perasaan sebak apabila teringat akan Eli. Kata-kata lelaki tu dan cara lelaki tu bercakap dengan dia siang tadi betul-betul buatkan dia marah. Sudahlah kata maaf tak ada. Riak menyesal pun tak ada. Tiba-tiba nak get back semula? Tak masuk akal betul. Serius dia tak faham apa yang ada dalam kepala Eli? Kalau lelaki tu mahu bersamanya dari awal, kenapa berkahwin dengan orang lain? Sekarang terhegeh-hegeh baru nak menagih kasih?

Dasar lelaki tak guna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience