Chapter 43 : Cabar dan Ajak

Drama Series 19497

Eli mengepal penumbuk erat-erat dalam genggaman. Tatapan dalam Kane itu benar-benar mencabar jiwa seorang lelakinya. Dah kenapa budak hingusan ni berani nak masuk campur urusan dia.

"Engkau tu siapa? Bukan suami dia kan? Jadi jangan nak beria sangat boleh tak?"

"Bukan atau tak, ianya bukan masalah Encik Eli. Masalah saya sekarang, Encik Eli ganggu Evelyn sedangkan kalian dah tak ada apa-apa hubungan lagi."

"Suka hati aku la. Aku tak pernah kata aku nak putus dengan dia!"Eli menuding marah ke arah pintu apartment Evelyn. "Dia yang tinggalkan aku!Anak tu!Anak tu anak aku. Bukan anak dia sorang!Kenapa aku tak boleh nak dekati dia kalau apa yang dia miliki adalah milik aku!"

Berketik rahang Kane sebaik dengar. Kenyataan itu mengundang tawa sinis dari bibirnya yang tersungging. "Milik siapa?"

"Milik aku. Evelyn. Neo. Milik aku. Berbulan aku cuba jejak mereka.Berbulan jugak hidup aku terseksa sebab mengenangkan kekasih aku. Dan datang kau...budak hingusan ni? Mencaras perempuan aku? Kau fikir kau siapa nak tunjuk hero depan aku?!"

Kane sedikitpun tak terkesan. Dia malah dengan bersahaja balas tatapan tajam Eli bersama dengusan kecil. Naik menyirap pulak dia hadap. Rasa macam tak guna aje berbahasa dengan Eli ni. " Siapa aku? Kau tanya siapa aku?"

Kening Eli mencerlung.

"Aku malas sebenarnya nak beritahu orang...nak canang sana sini siapa aku. Tapi kalau kau dah beria sangat nak tahu, biar aku beritahu. Aku Kane North. Lelaki dan jugak orang yang bertanggungjawab atas company North Group. Dan aku jugak orang yang bertanggungjawab atas pembatalan kerjasama syarikat kau."

Perlahan-lahan kerutan di kening Eli mengendur. Mulut itu terbuka sedikit dek tergamam. Dan bila titik-titik putus mula bersambung semakin terkedu Eli dibuatnya.

"Jadi selama ni kau-"

Kane berdengus kecil. Dia pantas mengerling jam di tangan. "Kalau dah tak apa-apa, aku rasa kau boleh balik. Dan berhenti ganggu Evelyn."

Eli menahan nafas lalu dihembus kasar. Dia betul-betul kesal dan berang dengan apa yang dia baru dengarkan. Berlagak ya!

"Kau tahu tak....disebabkan kau, peluang aku untuk bersama Evelyn musnah! Engkau tahu tak apa yang aku dah buat demi untuk bersama dengan Evelyn!Aku sanggup kahwini perempuan lain demi dapatkan tempat untuk dia dalam keluarga aku. Dan kau rampas dia dari aku!"

Kane menjungkit kening sebelah. "Ohh, sorry." ucapnya tak ikhlas. "Dan kau nak tahu, lelaki ni ada dua pilihan aje dalam hidup mereka. Kau pilih nak jadi anak atau suami dalam keluarga kau? Pilih satu. Jangan tamak."

Deru nafasnya Eli semakin kencang. Bibirnya berdenyut keberangan. "Kau cabar aku? Kalau Evelyn tak boleh bersama dengan aku. Aku akan ambil Neo dari dia! ingat tu!"katanya memberi jari amaran ke muka Kane. "Kalau kau nak tengok dia menderita, kau cuba la jauhkan dia dari aku. Sebab aku akan jauhkan dia dari apa yang dia sayangi!"Terus dia berpaling dan melangkah pergi dari situ.

Kane berdengus tak percaya. Terus dia berpaling ke arah pintu apartment Evelyn. Dia punch in code di lock pintu sebelum masuk ke dalam.

EVELYN muncul dari kanan hallway. Wanita itu kelihatan cemas. Matanya naik turun meneliti keadaan Kane sebaik lelaki itu masuk.

"Kamu tak apa-apa?"soalnya saat mendekat. Lengan, wajah dan tubuh itu dibelek risau.

Kane pula hanya tertawa. "Apa ni?Saya okay la."dia pegang tangan yang sedang memegang mukanya. "Akak risaukan saya ke?"sengihnya dengan meleret.

Evelyn apalagi, cepat-cepat dia tepis. Muka itu ditelengkan. "Ish...mana ada."

Kane tertawa lagi. Dia pandang curiga akan Evelyn lantas mengusiknya lagi. "Aduh..."Terus dia tunduk membongkok memegang perutnya.

"Eh, kenapa ni?"Evelyn dapatkan Kane, dia pegang sisi lelaki itu ikut sama menunduk ke tepi.

Perlahan-lahan Kane kembali tegak lalu memberikan finger heart pada Evelyn. "Ini...tertinggal tadi."

Menganga Evelyn bila tengok. Macam nak hempuk pun ada muka budak tak reti malu ni. "Kamu ni kan!"ditampar tepi lengan tu.

"Hahaha..."Kane ketawa. Langsung tak terkutik dengan pukulan Evelyn. Sebab tak sakit mana pun.

Bersungguh Evelyn taknak tersengih, tapi bila tengok muka manis Kane tertawa. Dia pun nak ikut tertawa. "Buat lagi macam tu, siku dapatnya."

Sambil tertawa, Kane pandang Evelyn dengan renungan risau. Ucapan Eli tadi mengundang cemas baginya. "Kak..."Terus dia rangkul bahu tu sambil tersenyum.

"Apa hal lagi kamu ni?"

"Akak nak tak saya tolong akak jumpa parents akak?"

Hilang terus riak ceria Evelyn sebaik dengar. Dia pandang Kane dengan terkesima.

"Akak tahu, kalau apa-apa berlaku ayah akak boleh tolong. Kan Akak satu-satunya anak perempuan dia."

Kenyataan itu buatkan Evelyn berkerut kening dan menjarakkan dirinya dari Kane. "Kamu-"

"Saya tahu kenapa akak takut nak jumpa parents akak, jadi kalau saya temankan akak, akak nak tak balik ke rumah family akak?"Kane pintas Evelyn serta merta sebelum Evelyn sempat nak habiskan kata-katanya. Kalau Eli betul-betul cuba nak rampas Neo, dia kena buatkan Evelyn kembali ke pangkuan ahli keluarganya. Jadi sebelum Eli bertindak, dia kena ambil tindakan terlebih dahulu.

Peduli la kalau nanti Evelyn marah dan bencikan dia. Apa dia tahu, Kane perlu lindungi kakak cantik kesayangannya ini.

"Boleh ya?"pujuk Kane sambil meramas lembut jari jemari Evelyn. "Saya temankan akak bawak Neo sekali jumpa mereka nanti."

Hai...tak tahu la siapa yg masih baca lagi ni. buatkan yg masih setia tunggu dah baca. maaf ya amik.masa dua bulan untuk naik semula. Tk de alasan pun. cuma mmg tk update. apapun terima kasih sebab sudi tunggu dan baca.

Share this novel

Norzilawati
2026-02-19 19:14:02 

tq update ❤️❤️

Stella
2026-02-19 11:22:44 

Tq TT update ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ lama dah tunggu update TT terubat rinduuuu baca Evelyn Dan kane ni..., Harap ada update lagi hari3?


NovelPlus Premium

The best ads free experience