Series
19497
3 tahun kemudian...
Selepas Kane menamatkan pengajian ijazah sarjana mudanya, Kane terus menerajui syarikat ayahnya sebagai pewaris tunggal selepas dilantik menjadi CEO. Kehidupannya berjalan seperti biasa sejak kali terakhir pertemuannya dengan Evelyn dan Neo. Dan dia juga tidak menerima sebarang berita dari Nanny Laila selepas beberapa bulan kemudian semenjak Evelyn kembali ke pangkuan keluarganya.
Rindu?
Sudah semestinya Kane merindui Evelyn. Namun Kane belajar, menyayangi dan mencintai itu tidak semestinya perlu di miliki. Maka Kane merelakan cinta pertamanya itu pergi demi kebahagiaan mereka berdua.
Semenjak itu kehidupan Kane hanya dipenuhi dengan kerja dan meeting. Tidak meeting, outstation. Tidak outstation, pasti tenggelam dalam timbunan fail dan kertas kerja.
Yang mana mengundang leteran panjang dari mommy kesayangannya.
"Letih mommy cakap dengan kamu ni, kenapa nak keluar makan dengan kamu saja perlu buat temu janji?"
Kane yang sedang tunduk meneliti dokumen di dalam fail menarik sengih boyish sambil menulis pembetulan pada butiran di dalam dokumen tersebut.
"Bukan ke mommy kata nak dating dengan daddy?"
"Itu masalahnya, kalau bukan sebab daddy kamu ada meeting di dalam bilik sidang sekarang, tak adanya mommy datang jumpa kamu." sungut Puan Anna sambil membuat muka.
Kane tertawa kecil. "Jadi mommy tak boleh la marah bila mommy di suruh buat temu janji dulu dengan saya. Dah mommy tiba-tiba aje nak ajak keluar bila saya dah ada schedules sendiri." jelasnya bersahaja masih membaca butiran dalam fail.
Puan Anna menggigit bawah bibirnya. Menahan sabar dek kejengkelan dengan jawapan Kane. "Anak bertuah..."getusnya.
Lantas Kane mengangkat kepala. Dia tersenyum manis saat memandang Puan Anna bersama lekukan halus di pipi. "Mommy pakai cantik-cantik macam ni sebab daddy ke?"
"Lah, di tanya lagi? Ya untuk daddy kamu la. Memangnya ada lelaki mana lagi. Tapi daddy kamu ada meeting urgent tiba-tiba pulak."Puan Anna menarik muncung rajuk. "Anak lelaki sendiri taknak keluar makan dengan ibu dia. Sia-sia aje mommy pergi salon dan berdandan tapi end up di cancel. Haih..."
Kane tertawa kecil.
"Kamu pun satu. Kalau dah sibuk sangat, carikan aje mommy menantu perempuan. Lepas tu mommy janji mommy takkan ganggu kamu atau daddy kamu."
"Eh ke situ pulak perginya."
"Yalah, dah daddy kamu busy, kamu jangan cakaplah, nak tunggu kamu free, tunggu tahun depan belum tentu lagi free. At least kalau mommy ada anak perempuan, tak adalah mommy sunyi. Boleh mommy ajak menantu mommy tu teman mommy."
Ucapan itu hanya membuatkan Kane menggeleng kepala tak percaya. Dari hari tu mommy dia ni tak habis-habis cakap pasal menantu. Bercakap pulak dengan anak lelaki keras kepala dan banyak jawapan macam dia ni. Memang tak la nak di dengar. Dia ni jenis kalau dah set kan minda pada sesuatu, memang itu aje la yang akan dia buat dan tujukan. Kalau nak bagi dia buat perkara lain, kena tunggu dia pasang niat lain jawabnya.
"Jangan nak tersengih aje ya. Mommy ni tengah panas tau." Puan Anna mengetap bibir sambil membuat muka kesalnya.
"Hahaha, dah la mommy. Mimpi di siang hari aje la kalau macam tu. Dalam masa terdekat ni saya sendiri tak plan nak berkahwin." ujar Kane dengan tawanya.
Jawapan itu membuatkan Puan Anna menjeling mata menyampah. Dah muak dia dengar jawapan yang sama. Apalah yang susah sangat nak buat anak lelaki tunggalnya ini untuk turutkan permintaanya? Ke nak dia carikan jugak Evelyn tu baru anaknya mahu berkahwin?
"Hmph!"Puan Anna menyilang tangan ke dada protes. "Mommy merajuk. Malas nak cakap dengan kamu." pandangannya di paling ke arah dinding kaca yang menghala pemandangan dari tingkat 40 itu.
Bersama sengih nakal di bibir Kane memandang kertas kerja sambil beritahu. "Kita makan dekat restoran favourite mommy tu nak tak? Rasanya kalau buat reservation sekarang boleh dapat sekarang jugak."
Dengan pantas Puan Anna memalingkan kepalanya. "Hah? Restoran favourite mommy?" lupa terus rajuknya sebentar tadi sebaik dengar perkataan 'favourite' tu.
Kane melirik ke mommynya dengan sengih meleret. "Ya. Nak tak?"
"Mestilah nak. Bukannya selalu mommy dapat peluang makan dengan kamu."
"Tak jadi nak merajuk dah?"
"Tak apa. Mommy sambung merajuk lepas kita makan nanti." seloroh Puan Anna melambai tangan 'it's okay la'.
Kane ketawa. Dia menggeleng kepala lucu dengan keletah permaisuri hati seorangnya ini. "Saya maklumkan assistant sekarang untuk buat reservation kalau macam tu."
"Hm...cepat sikit kalau boleh. Mommy tak makan apa-apa sejak siang tadi semata nak makan dengan daddy kamu tau."
"Ya..."Kane capai telefonnya lalu terus menghubungi pembantunya.
Tinta buat time skip terus sebab taknak drag cerita ni lama2. Bosan ke novel ni? serius tinta tak sure cerita ni best ke tak meleret ke tak sebab tak dapat feedback macam biasa. jadi tinta mmg lost sama ada nak teruskan ke tidak. apapun terima kasih sebab sudi tunggu dan teruskan pembacaan.
Share this novel
teruskan.. jangan stop tau.. best cite ni
still waiting for new chapter.... ?
bestt... teruskn