Series
19497
"Tuan..."
Tuan Johan mengangkat kepala apabila setiausahanya menyerahkan satu fail dari kanannya. Beliau mencapai fail tersebut lalu di buka.
"Terima kasih Rina."
Setelah itu setiausaha Tuan Johan bergerak untuk keluar, pada masa yang sama berjalan Kane ke ruangan tersebut. Dengan serentak Kane ikut tersenyum sapa padanya apabila mereka berdua bertentang mata.
"Tuan muda."angguk Rina apabila lelaki segak itu senyum padanya.
Kane balas ucapan itu dengan senyuman sebelum dia pandang ke meja kerja Tuan Johan.
"Morning daddy."riang suara itu seperti biasa.
Tuan Johan menjeling ke depan meja. Dia melihat Kane selesakan diri di kerusi hadapan mejanya sambil tersenyum lebar. Apa aje la yang disenyumkan tu? Ini kalau dah gembira dan tersengih-sengih ni mesti apa yang di rancang Kane dah berjalan lancar.
"Sengih-sengih ni....ada apa-apa ke?"tanya Tuan Johan kembali meneliti dokumen dalam fail tadi.
"Kenapa? Nampak sangat ke?"Kane bersandar megah di kerusi itu. Bukan main berlagak sekali riak di wajahnya. Seperti seseorang baru memenangi tender berbillion dollar. Walhal kenyataannya lamaran dia tak diterima pun.
Tuan Johan hanya menggelengkan kepala, tidak memberikan sebarang komen. Kadang kala ada menyampah juga dia menghadap kerenah anak lelakinya yang satu ni. Selesai memeriksa dokumen, Tuan Johan capai helaian dokumen yang tersusun di sebelah timbunan fail. Lalu dia selak.
"Saya dengar daddy cari saya? Apa urusannya tu?"Kane mengusik papan plak nama Tuan Johan di hadapan meja, tak ada benda nak buat sebab dia ni jenis tak reti nak duduk diam.
"Oh..itu. Kamu tahukan Daddy ada meeting luar esok pagi dengan aunt kamu soal pelaburan di hotel baru dia."Tuan Johan menutup helaian dokumen tadi lalu di selit ke dalam fail hijau yang diserahkan oleh Rina.
"Mm. Kenapa tu?"
"Kebetulan hari yang sama daddy ada perjumpaan dengan pelabur dari satu company ni. Tarikh tu tak boleh tukar sebab mereka jugak ada hal yang tak boleh dielakkan. Nak tak nak, kena jugak teruskan."Tuan Johan menyerahkan fail itu ke depan Kane. "Kamu wakilkan daddy."
Terkedip-kedip mata Kane. Dia pulak? "Mana Sasha?Kan dia yang selalu represent daddy kalau daddy busy?"
"Kakak sepupu kamu kena masuk hospital sebab appendix. Nak tak nak kamu la."
Kane capai fail itu lalu dia buka. Melihat butiran yang tertera di muka depan dokumen itu keningnya terus terangkat.
"Valenski Group?"sebutnya.
"Ya. Mereka bercadang untuk melabur dalam industri perkapalan. Jadi mereka nak cuba terima brief dari Syarikat kita untuk faham lebih lanjut. Kalau mereka berminat, mereka mungkin akan berlabur dengan kita."
Kane menyemak lagi butiran yang ada di situ. Ada beberapa nama yang dia kenal. Ada nama yang baru kali pertama dia dengar.
"Siapa Eli Ford ni?"
Tuan Johan mengangkat kepala. Dia pandang Kane lalu ke fail yang terbuka dalam tangan anaknya. "Menantu sulung Liam Valenski. Presiden baru company tu."
"Oh...suami Tania tu Eli Ford ni la?"Kane menutup fail itu lalu diletakkan atas meja kerana tidak berminat. Dia ada dengar jugak tentang anak sulung keluarga bernama Liam Valenski berkahwin. Tapi dia tak ambil tahu pun siapa sebab masa majlis tu berlangsung datuk dia sakit dan dia terpaksa ke luar negara untuk melawat, kebetulan pulak hari tu adalah hari perkahwinan Tania. Daddy dan mommy dia yang hadirkan diri ke majlis tu.
Kane mengenali anak sulung keluarga Liam Valenski semasa dia sekolah menengah lagi. Sebab mereka belajar di sekolah yang sama. Cuma tak rapat sangat sebab anak orang kaya tu berlagak sangat. Senior dua tahun dari dia. Orang kata Tania sejenis orang yang pilih bulu. Nak berkawan tu cuma dengan orang yang sama level dengan dia aje. Kalau orang biasa-biasa dia tak mahu. Kane pula jenis budak hidup low profile. Jenis yang tak suka nak menunjukkan apalagi beria cerita pasal latar belakang keluarga, memang tak rapat la.
Awal tahun hari tu, Kane nyaris aje nak dijadikan sebagai calon suami Tania. Tapi daddy dan mommy tolak dengan alasan Kane masih belum habis belajar dan tak bersedia galas tanggungjawab. Sedangkan alasan sebenar, mommy dia memang tak suka sebab banyak khabar angin tak elok pasal keluarga Valenski ni.
"Daddy nak bekerjasama dengan pihak Valenski?"
"Apa pendapat kamu mengenainya?"Tuan Johan menarik sengih meleret sewaktu mengerling ke Kane. Dia nak tahu apa reaksi Kane mengenai isu ni. Memang Kane seorang intern, tapi otak geliga yang dimiliki oleh anak lelakinya ini bukan calang-calang juga lawannya.
Kane mendiam seketika. Dia ambil beberapa saat untuk menyusun kata. Dia tak boleh main cakap aje. Mommy dia selalu berpesan, ketika bercakap dengan orang lebih tua dia kena menapis dan berfikir dua kali sebelum menggunakan suatu perkataan tu supaya tak mengguris hati sesiapa. Bak kata pepatah, ikut hati nanti mati. Ikut lidah, bawa padah. Jadi, tabiat ini sudah menjadi kebiasaannya untuk Kane.
"Disebabkan mereka baru aje lantik Presiden baru, obviously Presiden baru mereka cuba nak luaskan kuasa mereka dengan bekerjasama dengan mana-mana company yang rival mereka geruni. Contohnya company daddy. Kalau daddy bekerjasama dengan Valenski kita maybe dapat profit maybe dapat defisit. Sebab Valenski ni terkenal dengan isu attitude dalam pelaburan mereka. But still kebanyakan pelaburan mereka selalu bagi untung."
Tuan Johan mengangguk. Beliau bersetuju dengan pendapat Kane kerana awalnya dia juga berfikiran sama. "Jadi apa yang kamu rasa patut daddy lakukan?"
"Simple aje la. Make sure kalau daddy buat deal dengan Valenski, daddy yang dapat upperhand. Bukan mereka. Dari segi kuasa mutlak, pengurusan dan jugak masuk campur mesti ada di tangan kita. Bukan mereka."
Tuan Johan mengangguk lagi. "Kalau macam tu kamu tolong handle meeting ni. Kalau perlukan pembantu kamu boleh lantik sesiapa untuk temankan kamu nanti."ujarnya sejurus itu.
Kedua belah kening Kane terus terangkat tinggi. Dia tersengih lebar seluas langit. "Sesiapa aje?"
"Ya."
Dibenak kepala Kane muncul satu idea. "Okay."
"Cakap pasal kerja. Apa ceritanya kamu dan wanita yang kamu ingin jadikan isteri tu?Kamu dah lamar dia?"
Tersengih Kane. "Dah."
"Apa dia kata?"Tuan Johan nak tahu.
"Dia reject lamaran Kane."
Tidak terkejut dengan jawapan itu, Tuan Johan tersengih. Mesti Kane tak terima. "Kemudian kamu terima aje keputusan dia?"masak sangat dia dengan perangai anaknya ini. Kane ni kalau dah minat pada sesuatu atau seseorang, dia takkan berputus asa sampai dia berjaya milikinya.
"Mesti la tak."Kane duduk tegak semula. Tak kira apa sekalipun, dia akan dapatkan Evelyn! Cara cepat atau lambat. Belakang cerita. "Mommy kata, dah alang-alang menyelam, biar minum sekali. Dah alang-alang buat. Buat sampai habis."
"Kalau begitu bila kamu nak kenalkan wanita tu pada kami?"
"Bila semua dah settle down. Baru saya kenalkan pada mommy dan daddy. You guys just need to wait."
"Daddy rasa kan ,akak cantik yang kamu ceritakan tu pun tahu lamaran mengejut kamu tu tak masuk akal..."ujar Tuan Johan bernada menyakat. Lucu pun ada bila melihat kerenah Kane. Mujur sayang, kalau tidak memang dikurung aje anak tunggalnya ni.
Kane terus buat muka.
"Suka aje mengata orang, daddy dulu pun sama jugak. Kejar mommy sampai masuk tandas perempuan semata nak dapatkan nombor phone dia, siap kena heret dengan guard lagi." balas Kane.
Tuan Johan tidak dapat membalas komen itu. Dia hanya mampu ketawa apabila terkenang akan memori lamanya itu.
macam mana? okay tak? ke rasa meleret? tinta ni kan menaip sedaya upaya nak elakkan penceritaan tu meleret tau. jd kekadang tu rasa tk pasti rasa tk sure rasa tk kena tu buatkan tinta kejap publish kejap unpublish, kejap delete kejap publish lagi... hahaha..tinta try nk natural kan novel untuk tk banyak sgt negativity tau....disebabkan tak banyak konflik heavy ke apa semua tu maybe akan slow burn kind of mcm tu.
Share this novel
best. i like?
okay jee hihi
Best