Chapter 3 : Hampir Aje

Drama Series 4259

Malam itu, keadaan kawasan bandar masih sibuk walaupun waktu sudah lewat. Bangunan masih bercahaya. Premis perniagaan masih aktif. Orang ramai masih lalu lalang dipejalan kaki, kereta masih sibuk di atas jalan raya. Hiruk pikuk lagu dari kedai karaoke dan bar jelas kedengaran dari jarak jauh.

Beberapa orang pejalan kaki sedang berdiri menghadap lampu isyarat untuk melintas. Ada yang sedang bercakap melalui telefon, ada yang sedang berpelukan tangan dengan pasangan sambil berbual. Ada juga yang sedang tunduk membalas pesanan. Evelyn paling hadapan sekali ketika itu. Dia sedang tunduk memandang telefon semasa ada panggilan masuk yang diterima.

Dengan renungan kosong, dia tenung skrin itu untuk beberapa saat dengan pelbagai soalan.
Nak angkat ke tak?Di jawab ke tak? Kalau dia jawab panggilan tu, dia boleh agak apa yang bakal dia dengar. Kalau tak diangkat panggilan tu, memang sampai esok la telefonnya takkan berhenti berdering.

Pada masa yang sama muncul sekumpulan remaja sekolah berbasikal di belakang Evelyn. Mereka berhenti betul-betul di situ. Setelah itu mereka mula membuat bising. Tepat pada masa yang sama Evelyn menjawab panggilannya.

“Hello Ma?”sapa Evelyn perlahan. Serius beritahu, dia jadi lemah kalau dengar suara pemanggil yang satu ni. Sebab dia tahu kalau dia dengar ucapan tu nanti, hatinya akan goyah. Dan pendiriannya yang selama ini dia cuba pertahankan juga akan rebah.

“Ya tuhan. Evelyn Rose?Apa yang kamu fikir kamu cuba lakukan ni?Kenapa baru sekarang nak jawab call mama?Kamu tahu tak ayah kamu hampir hilang kewarasan lepas dapat tahu berita tentang kamu hilang tak berjejak?”

Seakan ditusuk, dadanya mula berdenyut sakit sebaik dengar. Sungguh!Bukan niat dia hendak larikan diri dari keluarga sendiri. Dia ada sebab kenapa dia lakukan semua ni.

“Sorry. Ada hal yang Evie kena uruskan.”

“Kenapa tak boleh jawab call mama at least sekali?Kamu nak sangat mama kena heart attack sebab risaukan kamu ke?”suara dalam panggilan itu kedengaran letih sekali.

“Evie tahu mama risaukan Evie. Tapi mama dengan ayah jangan risau. Evie okay je. Nanti bila semua dah settle down. Evie balik dan jelaskan semuanya dekat mama. Okay?”

“Memangnya apa yang dah berlaku?Kenapa kamu menghilang macam tu aje?”

Evelyn menggigit bawah bibir. Dia tak sampai hati nak ceritakan hal sebenar pada mamanya. Apa pulak reaksi mama dia nanti lepas dapat tahu yang dia mempunyai anak sebelum berkahwin?Tak ke dia di buru dengan ayahnya nanti!

“Evie janji Ma. Evie akan jelaskan semuanya dekat mama nanti. Cuma bukan sekarang.”

“Tapi Evie…”

“Please mama. Beritahu ayah supaya jangan risau. Evie baik-baik je dekat sini.”

“Kamu sendiri kenal ayah kamu tu bagaimana!Tak mungkin mama boleh pujuk dia. Balik la nak. Mama dan ayah risaukan kamu…”

“Evie tahu. Ma. Evie kena pergi. Nanti Evie call mama lagi okay.”

“Evelyn tunggu. Mama belum habis bercakap lagi.”

Evelyn baru sahaja hendak memutuskan panggilan apabila sekumpulan pelajar berbasikal di belakang dia tiba-tiba aje bergurau kasar sehingga seorang daripada mereka terdorong ke belakang lalu berselisih dengan Evelyn hingga buatkan Evelyn terpelecok jatuh dari jalan itu.

Terduduk sahaja Evelyn di atas jalan raya itu, sebuah kereta yang sedang bergerak laju turut sedang menuju ke arahnya tanpa di duga.

Segalanya berlaku dengan cepat.

Evelyn hanya sempat melihat cahaya terang dari kanannya sebelum satu rentapan kuat menarik tubuhnya dari arah depan sebelum mukanya menyembam suatu permukaan.

DUP!

DAP!

DUP!

DAP!

DUP!

DAP!

Degupan jantung laju yang menghentak pipi Evelyn ketika itu yang menyedarkan dirinya dari terkejut.

Like seriously!

What the hell!

“Cik tak apa-apa ke?”suara risau menyapa dari bawahnya.

Bila Evelyn angkat badannya dari posisi tersebut, barulah dia sedar yang ketika itu dia sedang menghempap seseorang.

Nafasnya terus tertahan kuat. Dah sudah! Siapa pulak ni! Cepat-cepat dia bangun dan gerak ke tepi.

Setelah pandangannya jelas baru dia nampak siapakah gerangan insan mulia yang menyelamatkan nyawanya sebentar tadi.

Sumpah beritahu.

Kalau terlambat sikit aje tadi. Mahunya yatim anaknya nanti!

Lagipun apa yang penyelamat dia ni fikirkan hingga sanggup bahayakan diri sendiri!
Kalau apa-apa berlaku dekat diri tu macam mana!

“Tak…saya tak apa-apa?”kedip Evelyn sewaktu cuba melihat wajah orang yang menyelamatkannya. Seorang lelaki bertopi dan masih mengenakan apron di pinggang.

Rupa-rupanya…

“Eh…bukan ke kamu ni barista tadi?”soal Evelyn setelah topi dikepala itu dialihkan.

Lelaki berambut pendek dengan pakaian barista dan apron itu berkerut kening sambil tersengih kekok memandang Evelyn. Dia angkat lengan kirinya kerana rasa sakit. Sekali ditengok, rupanya sudah berdarah.

Ternganga Evelyn sebaik melihatnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience