"Eli Ford yang merupakan menantu sulung keluarga Liam Valenski kini dilantik secara rasmi sebagai Presiden Valenski Group dalam satu majlis tertutup petang tadi. Pelantikan Eli Ford, yang sebelum ini merupakan Naib Presiden Kewangan, dilihat sebagai langkah strategik oleh Liam Valenski untuk memastikan peralihan kepimpinan yang lancar dan dinamik dalam syarikat."
Suara pengacara TV sayup kedengaran dari latar belakang dalam suasana ruang tamu pada petang itu. Dengan renungan dingin dan tangan menepuk tubuh kecil dalam pangkuan, Evelyn diam termenung memandang skrin televisyen.
Wajah seorang lelaki berusia 32 tahun dengan rupa paras yang menawan itu sedang tersenyum lebar disamping seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Liam Valenski.
Senyuman lebar di skrin televisyen itu menjadi racun bagi hati Evelyn. Perasaan benci dan dendamnya kepada Eli Ford sudah sebati. "Aku takkan biarkan kau hidup senang," bisik hatinya. Dia nekad, dia akan menuntut keadilan.
What a man!
Lepas puas musnahkan hidup orang lain, dengan muka tak tahu malu, Eli sibuk melebarkan sayapnya di bawah bumbung orang lain! Patut lah di cari tak berkhabar, di hubungi tak tercapai.
Ternyata dah bahagia jadi suami kepada anak orang bangsawan rupanya.
"Puan, makan malam dah siap. Nak saya hidangkan terus?" Suara Nanny Laila memecah lamunan Evelyn. Pantas Evelyn menggerakkan bola matanya, bertentang muka dengan wanita bersanggul kemas itu yang tersenyum lembut.
"Makan sekali dengan saya," pelawa Evelyn sambil menepuk Neo yang sedang dipangkunya.
Nanny Laila menggeleng. "Tak apa puan. Saya dah makan. Biar saya yang jagakan Neo. Puan boleh makan." ajunya.
Evelyn tersenyum senang. Dia pun mengangguk. "Yalah. Saya rasa Neo pun suka bila nenek kesayangan dia yang jaga."
"Kalau macam tu saya hidangkan makanannya dulu." Nanny Laila beredar ke arah dapur bersama senyuman lebar di bibir.
Sementara Evelyn yang ditinggalkan di situ kembali termenung memandang skrin televisyen. Otaknya berat memecah idea bagaimana dia hendak balas dendam kepada Eli selepas apa yang lelaki tu lakukan pada hidupnya.
Hanya kerana nak mengejar harta dan nama, Eli sanggup khianati hubungan yang telah dijalinkan selama 9 tahun. Malah memungkiri janji untuk membesarkan Neo bersama selepas lelaki itu berjanji mahu berkahwin.
Dan akhirnya apa yang dapat?
Pengkhianatan!
Evelyn benar-benar berkobar dengan rasa dendam dan hasadnya pada lelaki bernama Eli Ford ini. Sampai bila-bila dia takkan biarkan lelaki tu hidup senang. Sekalipun dia terpaksa korbankan masa depannya sendiri! Takkan dia maafkan perbuatan Eli Ford.
"Brtt!Brtt!" tiba-tiba telefon di atas almari sebelah sofa bergetar. Cepat-cepat Evelyn capai. Bila dia lihat ke skrin, nombor tak dikenali yang tertera.
Hendak tak hendak, dia angkat jugak panggilan tu. Risau kalau-kalau ada hal penting ke apa.
"Hello, Evelyn bercakap."
"Hello, akak cantik."Suara ceria dalam panggilan serta merta menyapa.
Buatkan Evelyn mengetap bibir menahan rasanya. Hmm... kalau dah dengar suara ceria ni, tak payah tunggu cari tahu siapa. Dia memang dah tahu! Gembira sungguh budak bertuah ni! "Siapa ni?"sakatnya.
"Eh?Takkan la tak tahu siapa saya?"
Tahu. Cuma sengaja buat tak tahu. Evelyn buat muka. "Maaf ya, memang saya tak tahu. Siapa ya encik ni?"
"Ni saya la. Kane North." Suara dalam panggilan itu kedengaran ada rajuknya.
Evelyn tersengih. "Yang mana ya?"sakat dia lagi. Kalau ada dekat depan mana ni, mesti Kane tarik muncung.
"Memangnya ada berapa orang Kane North yang akak kenal?"
"Hmmm..."jeda Evelyn sedikit panjang hendak menambah garam atas luka.
Pada masa itulah Nanny Laila muncul. Wanita itu memberi anggukan kecil sebagai tanda yang makanan sudah siap dihidangkan. Jadi wanita itupun mendekati Evelyn untuk mengambil Neo dari pangkuannya.
"Akak ni, saya tahu la akak tak sukakan saya. Tapi jangan la sakitkan hati saya. Tak elok akak tahu tak. Mommy saya cakap kita ni hidup kalau tak boleh nak menyenangkan hati orang, jangan menyakiti hati orang." bebel Kane dalam panggilan tu.
Evelyn tertawa dalam diam. Tahu pun jengkel. Habis dia ni yang selalu dikacau dengan Kane tak ambik kisah pulak apa perasaanya. Lantas Neo diserahkan kepada Nanny Laila sebelum dia bergerak ke arah dapur sambil memegang telefon.
"Ni ada apa kamu call akak?"
"Oh, pasal dinner kita."
"Dinner?"Hampir lupa pasal tu. Evelyn tepuk dahi. Bolehnya dia terlupa. Maklumlah, ajakan Kane itupun beberapa hari lepas. Dia sendiri pun sibuk dengan kerja dan Neo, memang lupa terus mengenainya.
"Ya. Akak mesti dah lupa kan?"
Evelyn tak beri jawapan. "So?"
"So...saya dah set up semua. Kalau akak okay kita jumpa malam esok."
Hmm...ingatkan kena cancel tadi. Sambil membuat muka ,Evelyn berhenti di meja makan. Makanan yang terhidang di meja dipandang sekali.
"Okay."jawabnya pendek.
Evelyn perlu beri kata putus kepada Kane dengan tegas. Apa pun perasaan yang Kane ada padanya, Evelyn mahu Kane hentikan setakat itu saja. Misi utamanya adalah mendapatkan Eli Ford dan menuntut keadilan secepat mungkin. Sekiranya Kane berada dalam rancangannya, dia risau Kane akan ikut terjejas sekali. Andai kata dia ada konflik dengan Eli dan Kane pula ada kaitan dengannya, Eli mungkin akan melakukan sesuatu terhadap Kane sebagai balasan. Evelyn mahu elakkan hal itu dari terjadi.
Share this novel