Series
19497
*Content Warning: This chapter contains references to or visual depictions of suicide and self-harm. Please proceed with caution.*
Flashbacks....
Keadaan wad kecemasan kelam kabut apabila ambulans tiba dengan makluman bahawa seorang ibu mengandung lima bulan ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi selepas mengelar pergelangan tangannya sendiri.
Berpusu-pusu perawat dan doktor bergegas ke ruang rawatan selepas pesakit tiba di situ.
"Siapa yang temui pesakit?"
"Nanny kepada pesakit, doktor...."
"Berapa lama pesakit tak sedarkan diri?"
"Kira-kira tiga jam selepas dia kelar pergelangan tangannya.."
"Berapa umur pesakit?"
"28 tahun, tekanan darah 90/60, keadaannya ditemui dalam keadaan pucat. Kami dah tranfuse 2 liter darah dalam perjalanan ke sini...usia kandungannya lima bulan 18 hari."
Doktor memandang wajah pucat Evelyn di katil yang kelihatan biru pucat. "Kita kena selamatkan anak dalam kandungannya. Lakukan tranfusi darah 2 liter. Kita akan jalankan pembedahan sekarang!"
"Baik doktor!"
Dalam keadaan cemas begitu, Nanny Laila di luar bilik rawatan menggigil dengan tangan berlumuran darah serta pakaiannya. Wajahnya pucat dek terkejut dengan keadaan genting itu. Merayu-rayu Nanny Laila depan jururawat yang cuba menenangkannya.
"Tolong selamatkan puan saya....saya merayu...selamatkan dia dan anaknya....tolong nurse." Nanny Laila tak sangka niat dia bangun nak ke tandas akan dikejutkan dengan insiden Evelyn cuba menyakiti diri sendiri.
Cuba bayangkan kalau dia tak terjaga nak ke tandas. Entah-entah dia takkan dapat selamatkan Evelyn!
End of flashbacks
Dengan renungan dingin, Evelyn memandang bingkai gambar dalam tangannya dengan lama. Ibu jarinya menekan kuat gambar Eli memeluknya sambil mengucup pipinya. Mereka berdua sama-sama tersenyum lebar. Nampak sangat waktu ini mereka bahagia. Nampak macam mereka akan bersama hingga ke akhirnya.
Tapi Evelyn tidak menyangka lipatan kisah percintaannya dengan Eli akan putus di tengah jalan begitu sahaja hanya kerana lelaki itu memilih keluarga sendiri dari dirinya yang telah bersama dengan lelaki itu bertahun lama.
Paling kejamnya adalah meninggalkan dirinya ketika dalam keadaan hamil.
Sakitnya hati dia umpana ditusuk beribu jarum ke dadanya setelah bertentang mata dengan bekas kekasihnya. Hingga bungkam dia tak terkata.
Wajah yang dulu buatkan dadanya hangat bahagia, kini berubah menjadi perasaan sakit dan benci setiap kali melihatnya.
Betapa berharapnya Evelyn sewaktu lelaki tu bertemu dengannya semasa qdia boleh berdiri sendiri dan yakin!
Bukan waktu dia tak bersedia begini!
Ketukan pintu kedengaran sebelum bunyi pintu dibuka.
"Puan, puan dah makan malam belum?" Nanny Laila tiba-tiba muncul dari pintu masuk bilik kerja itu.
Evelyn mengangkat kepala. Memandang ke arah pintu. Dengan terpaksa dia pun tersenyum. "Mm...belum lagi." jawabnya pendek.
Perlahan-lahan Nanny Laila berjalan masuk sebelum berdiri di sebelah kerusi Evelyn. Tangannya kemudian naik mengusap rambut lembut milik Evelyn. "Saya dah tidurkan Neo. Kalau puan nak makan saya boleh panaskan semula lauk."
Evelyn dongak memandang Nanny Laila untuk seketika dengan mata berkaca. Melihat wanita separuh umur ini mengingatkan dirinya pada ibu dan ayahnya yang jauh nun di sana.
"Apa patut saya buat Nanny?"
Kening Nanny Laila berkerut.
"Saya ingatkan saya kuat...tapi tak. Saya taknak menangis, tapi saya tak boleh. Saya rindu ibu dan ayah tapi saya malu." luah Evelyn dengan suara terketar-ketar.
Apabila Nanny Laila melihat air mata yang mengalir di pipi Evelyn dia terus tersenyum sedih. Dengan kasih air mata itu di seka dengan jari. "Kalau puan tak tahan. Balik la puan. Ke pangkuan keluarga puan. Sebagai seorang ibu, saya sendiri tahu..apa perasaan seorang ibu pada anak mereka. Terutamanya anak perempuan. Seburuk mana anak tu, ibu dan ayah mereka akan tetap terima mereka. Puan jelaskan dengan baik pada mereka keadaan puan. Saya yakin ibu dan ayah puan akan memahami puan."
Evelyn pandang Nanny Laila bersama air mata menitis lebat ke pipi. Bibirnya bergetar hebat kerana begitu sebak. Dia pun berharap begitu. Dia tahu ibu dan ayahnya akan memaafkan dirinya. Tapi Evelyn tetap berasa malu dan bersalah pada mereka. "Saya berjumpa dengan ayah kandung Neo hari ni. Dan saya ingatkan Kalau saya bersemuka dengan dia, saya akan kuat." Perlahan-lahan dia tersedu sedan. "Tapi ianya buatkan saya teragak-agak sama ada patut atau tak untuk membalas dendam terhadap kesengsaraan saya selama ni kepada dia..."
Nanny Laila ikut sebak mendengarnya. Dia tarik kepala Evelyn ke dalam pelukannya sebelum belakang bahu itu di tepuk. "Kalau puan tanya saya apa cara terbaik untuk membalas dendam pada bekas kekasih puan, satu aje nasihat saya. Perbaiki hidup puan. Bahagiakan diri puan. Move on dari kenangan puan bersama bekas kekasih puan. Lupakan segalanya. Buka lembaran baru. Tunjukkan pada dia, bahawa puan boleh bahagia. Boleh gembira bersama Neo dan orang tersayang sekalipun tanpa dia dalam hidup puan. Itu adalah balas dendam yang terpahit untuk bekas kekasih puan tu." ujarnya mengusap lembut belakang badan itu. "Sekiranya boleh, puan temui lelaki yang lebih baik, lelaki yang boleh tunjukkan dekat bekas kekasih puan tu, dia boleh bahagia kan puan lebih daripada dirinya sendiri. Dan puan boleh bahagia dengan orang lain."
Tangisan Evelyn menjadi-jadi apabila mendengar ucapan Nanny Laila itu. Seluruh tubuhnya menggeletar hebat.
"Saya takut...saya takut nak bahagia. Saya takut untuk terima lelaki dalam hidup saya lagi. Saya takut nak sayangkan sesiapa lagi....saya taknak tanggung rasa sakit ni...kalau bukan sebab Neo, saya mungkin takkan bernafas sehingga sekarang ni..." sedunya.
Nanny Laila tunduk mengucup mahkota Evelyn dengan mata terpejam sedih. Dia faham apa perasaan Evelyn. Kerana dia yang melihat susah sakit Evelyn sejak dia jadi Nanny untuk menjaga Evelyn ketika Evelyn hamil sendirian. Nanny Laila juga enggan lalui perkara sama lagi. Cukup la sekali. Dia tak boleh!
"Saya faham puan...tapi Puan kena kuat. Demi Neo...demi diri puan sendiri." pesan Nanny Laila. "Saya percaya suatu hari nanti puan akan bertemu dengan lelaki yang menerima puan. seadanya dan menjaga puan serta Neo dengan baik. Saya yakin tu."
Evelyn membenamkan wajahnya ke dada Nanny Laila saat menenggelamkan raungannya. Tangannya mencengkam terdesak lengan wanita itu. Ucapan Nanny Laila buat dia berharap tapi pada masa yang sama buatkan dia takut dan trauma.
Evelyn jadi takut bila memikirkannya.
Ada ke lelaki yang akan terima dirinya dan Neo seadanya dan menyayangi mereka tapi menyakiti mereka?
Share this novel