Chapter 48 : Maafkan

Drama Series 19497

Teresak-esak, Evelyn memeluk Neo dengan erat di saat wajahnya tersembam dekat pada dada ayahnya. Kakinya mahu longlai di situ jugak.

"M-maafkan Evy, ayah...."

Tuan Adam menarik nafas dengan dalam lantas menghelanya dengan panjang sewaktu memeluk erat tubuh kurus itu dan mengucup mahkota kepala Evelyn. Mata terpejam rapat. Perasaan hiba, lega dan kesal bercampur baur.

Ikutkan hati dia mahu menjerit dan membentak anak perempuannya yang satu ini. Namun apakan daya, hati ayah mana sanggup lakukan semua tu.

Tuan Adam mengeluh panjang.

"Maafkan Evy, ayah...."sedu Evelyn kesedihan. Dia menangis semahunya.

Nanny Laila yang lihat ikut sebak. Dia berdiri di situ sambil memerhati tubuh Evelyn menggigil dalam pelukan itu kerana begitu sedih.

Ketika itulah bunyi sesuatu terjatuh ke lantai kedengaran.

Dulang berisi teko dan cangkir berderai di saat cengkaman Puan Reen pada dulang tersebut terlepas setelah melihat apa yang berlaku di hadapan matanya.

Nanny Laila, Evelyn dan Tuan Adam yang tersentak ikut sama berpaling ke arah laluan di sebelah kanan mereka.

Mereka semua terarah pada wajah tergamam Puan Reen.

"Evy?Sayang, itu kamu?" Puan Reen perlahan-lahan mendekati mereka dengan mata berkaca. Seluruh badannya menggigil hebat dek terkejut.

Air mata Evelyn tumpah lagi ke pipi apabila dia melihat wajah ibunya. "Ibu..."

"Ya tuhan....anak ibu..."Terus Puan Reen bergegas ke arah Evelyn dan memeluknya dengan tanggis rindu. "Sayang....ibu rindu kamu nak."dikucup bertalu-talu wajah anak kesayangannya itu. Lalu mata Puan Reen terarah pada anak kecil dalam pelukan Evelyn. "Ini-"

Evelyn mengangguk. "Ini Neo...anak Evy."sebutnya semasa memandang ayah dan ibunya silih berganti.

Tuan Adam mengeluh kesal. Dia mengambil Neo dalam pelukan Evelyn. "Budak lelaki tak guna tu tinggalkan kamu? Sebab itu kamu menghilang tak berkhabar hampir setahun?"

Mata berkaca Evelyn mengerling ke wajah itu sebelum dia mengangguk. "Ya, ayah." dia tahu semua ni salah dirinya sendiri kerana enggan mendengar nasihat orang tuanya sendiri. Dan sekarang dia menerima hukuman tu.

Puan Reen kembali menarik Evelyn ke dalam pelukan. Wanita itu merehatkan dagunya ke bahu Evelyn dengan tangan memegang belakang kepala itu. "Syukur kamu dah balik Evy. Ibu tak minta apa-apa yang lebih dari kamu lagi, sayang. Apa ibu mahu kamu sihat dan selamat. Terima kasih kerana pulang. Ibu rindukan kamu,Evelyn."air mata mengalir turun ke hidung Puan Reen disaat dia memejamkan mata dengan senyuman di bibir.

Ucapan itu membuatkan Evelyn ikut turut menyembam wajahnya ke ceruk leher ibunya. Tangan yang sejuk itu melingkar erat di sekeliling pinggangnya. "Maafkan Evy, ibu."

Sedang Tuan Adam menepuk belakang badan kecil Neo, matanya beralih pada Nanny Laila yang sejak tadi berdiri di penjuru memerhatikan mereka. Renungan dalam dan seriusnya itu berkunci dengan tatapan redup Nanny Laila serta merta. Entah kenapa dari tatapan itu Tuan Adam mengesan ada sesuatu yang wanita itu ingin katakan.

Bersama senyuman tipis, Nanny Laila beri tundukkan kecil pada Tuan Adam sebagai tanda menyapa.

TUAN ADAM memerhatikan dari jauh lagat isterinya yang seronok mengagah cucu mereka itu. Tak lekang senyuman dari bibir itu semasa beliau berdiri di tepi kolam air pancur menghadap taman kecil milik isterinya.

Nanny Laila berdiri di tepi dengan tangan di hadapan perut. Wanita itu pandang ke bawah dengan hormat.

"Maksud kamu, ayah kandung Neo mahu merebut hak penjagaan?"

"Ya Tuan."

"Sebab itu Evelyn kembali ke sini?".

"Ya Tuan."Nanny Laila mengangguk.

Tuan Adam menyilang tangannya ke dada saat berpusing menghadap Nanny Laila. "Kenapa?Bukan ke kamu kata ayah kandung Neo dah berkahwin dengan orang lain? Kenapa dia mahu berebut kan hak penjagaan?"

"Menurut Tuan Eli. Beliau terpaksa berkahwin kerana ingin dapatkan restu dari keluarganya supaya menerima Puan Evelyn. Tapi Puan Evelyn menolak idea tersebut. Oleh kerana itu, untuk dapatkan Puan Evelyn, Tuan Eli gunakan Leo."

Dengan dalam Tuan Adam menarik nafas lalu dihembus panjang. Tengah kening itu berkerut. Setiap tutur bicara Nanny Laila agak terancang dan teliti. Masakan seorang Nanny boleh sebijak ini?

Tuan Adam memincing mata kecurigaan. "Siapa yang hantar kamu ke sini?"

Nanny Laila mengangkat mata lalu berkunci pandangan dengan Tuan Adam. "Maksud tuan?"

"Adakah kamu diupah oleh Evelyn sendiri atau Eli?"

Ketika inilah Nanny Laila tidak bereaksi. Wanita itu hanya memandang tatapan Tuan Adam tanpa berkedip.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience