Series
19497
"You, kenapa susah sangat nak jawab call I?You tahu kan I pantang bila I call you, you tak angkat?"Salina di hujung panggilan berleter.
Sementara Eli yang mendengar hanya acuh tak acuh aje menghadap. Perhatian dia lebih terarah pada kertas kerja yang ada di dalam tangan.
"I tanya you dalam mesej kan bila you ada masa nak temankan I masa hari lahir kawan I tu.. kenapa you tak balas?"
Suara dari pada air pod itu begitu lantang dan nyaring. Sehingga membuatkan Eli berkerut kening.
"Saya busy."jawabnya pendek.
"Apa busy?Itu aje la jawapannya?Kalau bab duit bab kedudukan cepat aje you ambik peduli. kalau pasal I jenuh nak kisah!"
"Kan saya dah beritahu awal hari tu, saya tak boleh nak temankan awak ke majlis hari lahir kawan tu. Saya perlu temankan daddy awak untuk hal kerja dia." tenang aje Eli beri jawapan.
Dengusan kasar kedengaran dalam panggilan tu. Mungkin Salina berang.
"You ni memang kan. Masa mula-mula nak kahwin beria you tunjuk effort la apa la. Lepas kahwin terus lupa diri. You ingat sikit ya. Kalau bukan sebab you kahwin dengan I, you takkan jadi presiden Valenski Group sekarang! Tak kira. I nak you temankan I jugak."bentak Salina lagi.
Kalau dulu memang Eli cepat terasa dengan sikap kurang ajar Salina. Tapi bila dah lama, dia sendiri sudah lali. Cemuhan dan kutukan Salina sedikitpun tak buat dia terasa hati.
Sebab dalam situasi sekarang. Salina yang patut sedar diri. Kalau bukan disebabkan perkahwinan ni mungkin Valenski Group tak ada lagi.
Perkahwinan dia bersama Salina hanya kerana perjanjian persahabatan bapanya dengan Valenski sendiri. Untuk selamatkan Valenski Group dari bankrap perkahwinan ini saja dapat bantu keluarga Salina.
Tapi Eli malas nak cerita panjang. Sebab tugas dia sekarang adalah bantu selamatkan Valenski Group sehingga dapat berdiri sendiri. Dan lepas tu perjanjian ni tamat. Dan dia boleh kembali dapatkan cinta hati dia yang dia khianati nanti.
"Suka hati la apa awak nak kata. Saya kena pergi sekarang. Kita cakap lagi nanti."ujar Eli sebelum memutuskan panggilan.
""Tuan, kita dah sampai," pemandu di hadapan beritahu.
Eli pun tersentak. Dia mengangkat kepala dari bacaannya lalu memandang keluar tingkap kereta. Bangunan setinggi pencakar langit megah dari sudut pandangannya ketika itu.
Erred Golding. Company terbesar dalam industri perkapalan dan perindustrian. Antara pelabur dan juga rakan kongsi yang berpotensi tinggi untuk dapat keuntungan. Sebab itu Eli merancang pertemuan ini dengan harapan Valenski Group dapat bekerjasama dengan syarikat ini.
Pintu kereta terbuka setelah pemandu yang sama berdiri di luar. Menyambut Eli turun dari situ.
Setiausaha Eli menyusun di belakang. Lelaki berpakaian kemas itu berdiri di sebelah Eli menyerahkan fail penting kepadanya.
"Mereka sudah menunggu di dalam tuan."
"Kalau macam tu kita masuk. Tak baik pulak biarkan tuan rumah tunggu lama-lama. "kata Eli. Dia membetulkan kedutan di blazer sebelum melangkah ke arah pintu masuk.
Bersama renungan dingin, Eli termenung memandang ke depan.
Flashback....
"Awak tak boleh buat macam ni Eli!Awak janji awak akan kahwini saya!"
"Sayang..."
"Jangan panggil saya sayang kalau awak sendiri ambil keputusan untuk berpisah!"
Eli menggeleng kepala dengan kening berkerut susah hatinya. "Saya terpaksa turutkan permintaan ayah saya..."
"Lepas hamilkan saya?Lepas awak janji setinggi langit untuk kahwini saya?Awak yang kata awak nak bersama dengan saya. Sebab itu saya teruskan pregnancy ni!!!"
Eli mendekati kekasihnya yang sudah termengah-mengah dek kemerahan yang melanda. Niatnya cuba untuk menenangkannya, tetapi satu tamparan yang dia terima.
PANG!
Tepat di pipi kanannya.
"Kalau saya tahu awak pilih untuk berkahwin dengan pilihan keluarga awak. Saya akan gugurkan kandungan ni dari awal lagi!" menitis-nipis air mata di pipi itu. "Awak tahu tak apa saya kena hadap demi kandungan ni dan pertahankan cinta saya pada awak!? Saya sanggup tipu ibu saya sendiri! Saya sanggup berhenti jadi model hanya sebab awak nak kahwini Saya!"
"Maafkan Saya."
"Tak ada maaf untuk awak Eli Ford. Sampai Saya mati, Saya takkan maafkan awak!"
Berderau laju darah Eli ketika mendengar ayat keramat itu. Nafasnya tertahan kuat kerana terkejut. "Sayang, jangan cakap macam tu!"
"Berhenti panggil aku Sayang!Engkau bukan kekasih aku lagi. Saat kau lafazkan kata putus tu. kita memang dah tak ada apa-apa lagi. Kau hamak sangat dengan harta dan keluarga kau tu kan?Kau pergi la kahwin dengan anak orang kaya tu!Jangan kau cari aku. Apalagi anak yang aku kandungkan ni. Sebab bagi aku, kau dah mati!"
End of flashbacks....
"Selamat datang. Boleh saya bantu?"senyum receptionist di meja lobi kepada mereka berdua.
Eli di belakang setiausahanya tersentak dari lamunan. Nafasnya tiba-tiba berasa sesak semacam.
"Kami dari Valenski Group."beritahu Ryan kepada receptionist tersebut.
"Ah..ya. Kehadiran tuan sedang dinantikan. Silakan naik ke tingkat 15. Wakil syarikat kami sedang menunggu. ini pas masuk untuk naik ke lif ya."
"Terima kasih."Ryan lantas berpaling ke arah Eli. "Ayuh tuan."
Eli mengangguk lalu bergerak sama ke arah pintu lif.
Share this novel
best nak lagi tinta