CHAPTER 41 : Cubit Bibir

Drama Series 19497

Kane mengerling ke tepi. Ekor matanya perasan akan Evelyn semasa dia memeriksa telefon. Hal itu membuatkan Kane tertanya-tanya. Siapa pulak yang hubungi Evelyn masa cuti macam ni. Tak mungkin la orang office pulak.

Sambil menimang Neo, Kane pun bersuara. "Akak okay?"soalnya tanpa memandang Evelyn.

Evelyn diam memandang tepi wajah itu untuk seketika. Dia tahu bahawa Kane lakukan semua ni untuk dirinya kerana perasaan suka Kane terhadapnya. Tapi Evelyn bingung dan serba salah sebab dia sedar yang dia mungkin takkan dapat balas perasaan suka Kane dan budi baik Kane terhadap dirinya selama ini.

Dia tahu alasan kenapa Pengurus Lee di pindahkan ke cawangan lain. Dan dia juga tahu kenapa project Eli di tolak. Semuanya kerana dirinya. Tapi Kane taknak dia tahu pasal semua tu.

Masalahnya sekarang, dia bukannya dungu sampai tak boleh sedar pasal tu.

"Mm...tak ada apa-apa." balasnya dengan ketapan nipis di bibir. "Cuma terfikir, kalau saya ajak kamu bergambar sama dengan kami, kamu nak tak?"

Terus naik kedua belah telinga Kane sebaik dengar. "Of course saya la nak..."sengihnya dengan lebar.

Evelyn pun ikut tersenyum dek kecomelan Kane sewaktu lelaki itu tersengih. Geram dia menengoknya. Macam tak percaya aje lelaki depannya ini berniat nak kahwini dia.

"Nanny Laila...jom bergambar." ajak Evelyn.

Nanny Laila yang sedang makan itupun tersentak. Dia pandang Evelyn dengan kening terangkat tinggi. "Mm?Sekarang?" mulutnya yang penuh dengan sushi gulung itu di tutup saat dia mengunyah.

"Ha'ah...Nanny Laila duduk dekat sini. Saya adjust camera dulu." Evelyn menepuk tempat kosong di sebelahnya.

"Baik puan." dengan ceria Nanny Laila pun bergerak ke tempat kosong itu.

Sementara Evelyn capai tripod lalu di set up di hadapan tapak piknik mereka. Camera Nikkon miliknya di letakkan menghadap mereka. Setelah selesai, dia setting masa selama 10 saat sebelum bergegas ke samping Kane. Lelaki itu bersila sambil memangku Neo atas riba sementara Evelyn bersimpuh rapat disampingnya.

"Senyum..." Evelyn beritahu dengan ceria.

Nanny Laila pun tersenyum.

Namun lain pula kisahnya dengan Kane. Lelaki itu sebaliknya merangkul belakang pinggang Evelyn dengan sebelah tangan lalu meletakkan kepala pada Evelyn sesaat sebelum gambar di ambil.

CLICK!

Tersentak Evelyn. Dia toleh ke sisi dengan riak tergamam.

Dan Kane pun ikut berpaling serentak memandangnya.

Mereka berdua saling bertentang mata serta merta. Kane pun tersenyum boyish pada Evelyn.

"Apa?" soalnya dengan renungan tak bersalahnya itu.

Jantung Evelyn berdegup kencang. Darah yang dipam laju berderau naik ke muka. Serta merta dia merasakan bahang diseluruh leher dan pipinya.

"Dah jatuh cinta dekat saya ke?" sakat Kane dengan sengih meleretnya. Tangan yang masih berada di pinggang itu dieratkan lagi. Menarik Evelyn merapat ke sisinya lebih dekat.

Evelyn berdengus kecil. Namun senyuman tak lekang di bibir. "Jangan nak perasan sangat boleh tak?"

Kane pun ikut tersengih. "Akak tahu diam itu tanda ya?" sakatnya.

Tidak menolak mahupun protes dengan komen itu, Evelyn bangun lalu mencapai kameranya.

Kane tertawa kecil. Dia memandang Neo lalu di capai tangan kecil anak itu untuk dipegang. "Tengok mommy kamu malu la..."

Nanny Laila yang memerhati sejak tadi hanya tersengih senyum. Untung la anak-anak muda zaman sekarang.

"Tuan nak minum?"tanya Nany Laila kepada Kane. "Saya tuangkan."

Sambil tersenyum, Kane pandang Nanny Laila lalu mengangguk. "Boleh. Terima kasih Nanny Laila."

"Sama-sama tuan." angguk Nanny Laila.

Lantas Evelyn kembali duduk bersimpuh di sebelah Kane. Dia memeriksa gambar yang di ambil tadi.

Kane pun secara bersahajanya menyondong ke tepi untuk lihat bersama. "Okay tak gambarnya tadi?"

Evelyn tekan butang di camera itu satu persatu. "Okay...macam happy family." selorohnya.

"Kalau macam tu kahwin dengan saya cepat-cepat la. Saya bagi akak anak-anak yang comel macam Neo nanti. Jadi one big family..."

Evelyn pandang ke tepi. Matanya tertancap pada wajah bersih yang sedang tersenyum kepadanya. "Senang aje bercakap kan?" dicubit perlahan bibir tu sambil buat muka geram.

"Mmm!" Kane berkerut kening kehairanan.

"Nak kahwin tu memang senang. Masalahnya sekarang parents saya. Mereka sendiri tak tahu saya ada anak. Inikan lagi nak berkahwin." getusnya dengan perlahan. Ditarik sedikit bibir itu sebelum dilepaskan.

Terus Kane mengetap bibir. "Apa susahnya. Jumpa aje la parents akak...kalau akak takut pasal dia orang marah akak atau Neo. Saya kan ada."

Evelyn menghela nafas kesal tak terkata sebaik dengar. Dia tidak memberi komen mengenainya tapi sebaliknya dia pandang wajah Kane di tepi ketika itu.

Kecik besar dia perhatikan budak ni. Otak dan mulut tu memang seiring ke apa sebenarnya ni? Pandai betul kalau bercakap.

Nak bukak sekolah ni banyak kerja nak settle kan..jd mmg tk dan nak update chapter baru. Tinta mintak maaf sgt la ya buat pembaca yg lama tunggu update dr tinta. Tinta try jugak cari masa untuk update sebab kalau lama2 menangguh nanti lupa jalan ceritanya. Semoga novel ni boleh complete dengan jayanya.

Share this novel

miss farz
2026-04-09 16:32:26 

tq for the update! ?


NovelPlus Premium

The best ads free experience