Chapter 47 : Pelukan Ayah.

Drama Series 19497

"Tuan Adam..."maid berdiri di sebelah lelaki berkaca mata yang sedang membaca surat khabar di meja kecil sebelah kolam renang.

Tanpa berpaling mahupun memandang, lelaki berusia 56 tahun itu hanya berjeda pendek menyambut panggilan itu.

Maid itu pula kelihatan teragak-agak hendak bersuara. Dia mengerling ke arah dalam lalu ke tepi wajah dingin Tuan Adam semula.

Hairan kenapa maidnya tidak bersuara, Tuan Adam pun berpaling lantas dongak ke atas. "Ada apa?" soalnya dengan kening berkerut.

Maid tersebut itupun melepaskan hela kecil. Dia tak pasti sama ada berita ni berita baik atau berita buruk. "Cik Muda Evelyn pulang Tuan..." maid beritahu dengan nada perlahan.

Dengan lambat Tuan Adam melipat surat khabar lantas berdiri. Riaknya masih sama cuma memang jelas terkejut.

"Evy?"

Maid itu mengangguk kepala.

BEBERAPA MINIT SEBELUMNYA....

Evelyn menepuk belakang Neo yang sedang terlena sewaktu Kane sedang meletakkan bagasi ke atas laluan pejalan kaki menghadap pagar utama rumah banglo tiga tingkap di hadapan mereka tepi jalan itu.

Perjalanan selama tiga jam itu tamat setiba mereka di hadapan rumah keluarga Evelyn setelah menaiki kapal terbang dan teksi.

Semuanya berjalan lancar kerana Kane yang bantu dan menemani Evelyn kesitu. Nanny Laila pun ada bersama dengan mereka.

"Semuanya dah ada kan?"tanya Kane pada Nanny Laila.

"Ya Tuan.. Semuanya dah ada."Nanny Laila mengangguk. Dia berdiri di sebelah bagasi dan seat baby Neo di situ.

"Okay."Kane berpaling ke arah Evelyn dari bahu kirinya. Wajah tenang wanita itu di tenung untuk seketika sebelum dia kembali memandang Nanny Laila. "Nanny Laila ada nombor saya kan?"

"Ya Tuan. Saya dah simpan."

Kane mengangguk kepala. "Okay. Kalau macam tu saya nak Nanny Laila dengar apa yang saya nak sampaikan."

Nanny Laila mengangguk.

"Tak kira apa sekalipun yang berlaku, hubungi saya. Saya akan tunggu di sini. Kalau perbincangan Evelyn dengan ibu bapanya berjalan dengan lancar, tak perlu maklumkan kepada saya. Kalau tak lancar aje baru beritahu saya."

"Baik tuan, tapi tuan memang takkan masuk ke dalam?"

"Tak. Evelyn mesti perlukan ruang untuk uruskan semuanya sendiri, saya taknak menganggu. Tapi apa yang pasti, Nanny Laila kena sampaikan hal penting ni pada Tuan Adam."

"Apa halnya tu?"

"Ayah kandung Neo mungkin akan cuba merebut hak penjagaan Neo dari Evelyn. Sebagai penjaga sah, Tuan Adam yang dapat bantu Evelyn dan lindungi Neo. Evelyn tak tahu tentang hal ni. Jadi sebelum hal diketahui oleh Evelyn, Tuan Adam perlu uruskannya terlebih dahulu."pesan Kane dengan nada rendah.

Membuntang mata Nanny Laila sebaik dengar. "Re-rebut Neo?"

"Saya tak pasti lagi. Tapi sekurang-kurangnya maklumkan kepada beliau."

"Baik tuan. Saya akan cuba maklumkan."angguk Nanny Laila.

"Terima kasih." ucapnya Kane sebelum berjalan ke arah Evelyn.

Masih termenung dan berdiri memandang pagar utama itu, Evelyn bernafas dengan berat. Tangannya berpeluh dingin. Ditepuk-tepuk belakang Neo tu untuk cuba kurangkan gugup.

"Kak..."Kane muncul di hadapan. Menghadang pandangan Evelyn dari pagar tersebut.

Mereka saling bertentang mata.

"Ready?"senyum Kane selepas itu.

Evelyn dekat situ dah rasa macam nak menyembah bumi. Lutut dia ni kalau boleh tertanggal, dah tertanggal lama dah gara-gara cuak punya pasal. "Nampak saya ready ke?" soalnya perlahan.

Kane tertawa kecil. "Akak nampak macam nak pitam." jawabnya sambil menggosok tepi lengan Evelyn hendak menenangkannya.

Evelyn memandang Kane.

Bersama senyuman di bibir, Kane menarik Evelyn ke dalam pelukan bersama Neo. Belakang badan itu ditepuk perlahan.

"Everything gonna be fine."ucap Kane di tepi kepalanya. "Akak jangan risau. Family akak akan terima akak tak kira apa sekalipun keadaannya."

Evelyn melepaskan hela nafas kelegaan dari pelukkan itu. "Saya tahu..."ujarnya perlahan.

Sebelum melepaskan Evelyn, Kane kucup tepi kepala itu dan Neo sebelum mengundur ke belakang. "Dah, pergi masuk..."ujarnya dengan senyuman nipis di bibir.

Untuk seketika, Evelyn menatap Kane dengan sebak. Dia tak pasti yang dia dapat kembali ke sini kalau bukan kerana Kane. "Terima kasih..."ucap Evelyn, dia tersenyum lembut padanya.

Kane pun membalas senyuman itu. "Sama-sama."

Tanpa berkedip, Kane memerhatikan Evelyn dan Nanny Laila berjalan masuk melalui pagar sebelum kedua-dua kelibat itu menjauh ke dalam. Sambil pandang sambil itu Kane termenung. Sekiranya Evelyn dah kembali ke pangkuan keluarganya, dia tahu mungkin Evelyn takkan bersama dengan dia lagi. Dan mungkin ini kali terakhir mereka bertemu.

Tapi sekurang-kurangnya dia dah lakukan sesuatu untuk bantu Evelyn. Untuk meringankan bebannya. Dan jugak supaya kejadian lama takkan berulang.

Kane tersenyum. Lantas dia berpaling pergi dari situ.

SEKARANG...

Tuan Adam berdiri di situ. Memandang kejung apabila maid membuka pintu ke dalam sebelum dua kelibat berjalan masuk melaluinya.

Nafasnya terus tertahan apabila matanya terarah pada wajah yang dirindui berbulan lamanya muncul di situ.

Puterinya...

Menggigil tangan Tuan Adam apabila Evelyn bertentang mata dengannya bersama anak kecil dalam dukungan. Bukan kerana marah tapi kerana terkejut dan tidak keruan.

Setelah berbulan lama dia mencari, berbulan lama dia menunggu.

Ibu bapa mana yang tak rindukan anak yang satu-satunya mereka cintakan, yang mereka telah timang bagai intan berlian, yang susah payah mereka nak dapatkan.

Bagai diserang ombak sebu, Evelyn terus menangis setelah melihat ayahnya sedang berdiri memandang tepat ke matanya. Segala jenis dinding dan ego yang dia bina runtuh serta merta apabila melihat wajah tua itu.

"Ayah..."panggilnya dengan sebak tanpa dapat dikawal. Betapa bersalah dan rindunya Evelyn rasakan setelah bertentang mata dengan ayahnya.

Tidak berkata apa-apa Tuan Adam terus mendepakan tangannya. Dan Evelyn terus berjalan ke arahnya dan masuk ke dalam pelukan ayahnya.

Seperti anak kecil, Evelyn meraung sesedihnya dalam pelukan Tuan Adam sebaik wajahnya menyembam dada itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience