Series
19497
Kane keluar dari kereta sebelum bergerak ke seat sebelah pemandu lalu membuka pintu untuk Evelyn sebelum dia bergerak ke seat belakang untuk mendapatkan Neo di baby car seat pula.
Tidak kekok mahupun janggal, Kane mendukung Neo ke dalam pelukannya sebelum gerak ke bonet kereta mengambil beg baby Neo.
Waktu itu barulah Evelyn keluar dari kereta. Dengan beg laptop, beg tangan, dan fail di dalam pelukan.
Pergerakan Evelyn kelihatan kelam-kabut.
Sementara Kane muncul dengan beg baby yang diambil dari bonet kereta sambil mendukung Neo dengan tangan sebelah satu lagi. Lelaki itu pula yang kelihatan bersahaja.
Selesai menyandang beg laptop dan beg tangan di tangan yang sama, Evelyn meletakkan fail ke dalam beg tote yang dipegang di tangan yang sama. Lalu mendekati Kane hendak membantu lelaki itu memegang beg baby Neo tetapi Kane geleng kepala tanda tak apa.
"Nanti beritahu saya jadual menyusu Neo. Saya tolong bagi dia susu." kata Kane semasa dia pandang Evelyn sibuk mengeluarkan beg sandang miliknya dari seat belakang pemandu.
Evelyn pandang Kane sambil menutup pintu kereta.
"Nanti saya mesej. Tadi sebelum bersiap saya sempat menyusukan dia. Maybe pukul 10 macam tu baru Neo nak menyusu." Evelyn berdiri di belakang Kane untuk meletakkan napkin di atas bahu itu supaya air liur Neo tidak mengenai kemeja miliknya.
"Dia tak merengek kan kalau ditinggalkan sendirian?"
"Tak. Okay aje. Dia meragam bila tak sihat aje. Tapi betul ke kamu tak apa-apa ni?Tak ganggu kerja intern kamu tu?"
"It's okay la. Jangan risau. Benda kecik aje pun."
"Macam mana kalau ada orang tanya?"Evelyn jengkel ke tepi. Memandang Kane dengan perasaan berbelah bahagi.
"Cakap aje la ini anak akak. Takkan saya nak cakap ini future step son saya pulak." Kane menyakat.
Evelyn buat muka namun tersenyum nipis. Ada aje modalnya la. "Kamu ni kalau menjawab tak pernah nak kalah ya?"
Kane ketawa. Dia memegang belakang bada Neo sewaktu memandang Evelyn di sebelahnya sambil lock kereta. "Dengan akak aje..."
Jawapan itu hanya dibalas dengan gelengan kepala. "Fine. Kalau macam tu nanti ada apa-apa beritahu saya. Call terus lagi elok."
"Okay..." Kane pandang Evelyn yang sedang mengesat mulut Neo di sampingnya. Dengan senyuman senang di bibir, dia pun berkata. "It's okay...dia tak apa-apa. Nanti waktu lunch break datang la."
Evelyn pandang Kane, dia bertentang mata dengan sepasang mata itu dengan senyuman nipis di bibir. Dia tak risau pun. "Tahu."
Tiba-tiba ketika dua orang itu sedang berdiri di belakang kereta Kane, muncul seseorang dari arah belakang. Lantas menegur.
"Evy..."
Terus kejung Evelyn dibuatnya. Dia dengan pantas menoleh ke belakang dengan tangan masih memegang tuala kecil pada mulut Neo.
Kane yang hairan ikut menoleh. Dan bila dia pandang, lelaki berkemeja hitam dan blazer kelabu berjalan mendekat ke arah mereka.
"Encik Eli." panggil Kane terlebih dahulu. Dia masih hairan dengan panggilan tadi. 'Evy'?
Eli menarik senyuman nipis tanda sapaan pada Kane sebelum dia melirik ke arah Evy di situ.
"Kenapa Neo ada sekali dekat sini?Mana nanny dia?"Eli langsung tidak pedulikan Kane di situ.
Kening Kane terangkat tinggi. Dia pandang hairan ke arah Evelyn dan Eli silih berganti. Sekejap....apa yang berlaku dekat sini? Kenapa Eli boleh tahu siapa Neo dan Nanny Laila?
Evelyn mengetap giginya dengan erat sebelum dia membuat muka kekesalan apabila menyedari apa yang Eli cuba lakukan.
Cepat-cepat dia hadang Neo dan Kane dari Eli. Tangannya secara nalurinya hinggap pada belakang badan Neo.
"Kak, apa yang berlaku ni?"Kane pandang ke sisinya. "Akak kenal Encik Eli?"
Dengan kesat Evelyn menelan liur. Dia pandang tepat ke riak bingung Kane. Keningnya pula yang berkerut kerana berasa serba tak kena hendak jawab bagaimana.
"Oh, kamu mesti hairan bukan. Evy tak beritahu kamu ke?" Eli dengan senyuman meleretnya pandang ke wajah bingung Kane. "Kami berdua ni adalah bekas kekasih. Dan Neo adalah anak kami berdua, sebelum saya berkahwin lagi kami dah lama bercinta."
Evelyn mencerlung pandang ke arah Eli semasa lelaki itu beritahu semuanya kepada Kane begitu aje. Dia genggam erat jari jemarinya mengawal amarah. Apahal dengan Eli ni?
Cakap pulak depan-depan Kane macam ni?Dah la dia belum sedia nak Kane tahu semuanya. Boleh pulak Eli buat perangai tak guna dia!
"Eli...!" ketap Evelyn kegeraman.
"Evy tak beritahu kamu?"soal Eli lagi dengan riak mengejeknya.
Perlahan-lahan Kane menoleh ke sisinya. Dia melihat air muka keruh Evelyn untuk beberapa saat sebelum kembali memandang Eli.
Share this novel