Chapter 36 : Ceritakan Hal Sebenar

Drama Series 19497

Flashback

"Nanny!"panggil Evelyn menggigil seluruh badan apabila melihat darah mengalir turun dari celah kakinya. Tangannya erat memegang perutnya. "Nanny Laila!!"teriaknya lagi begitu terdesak.

"Ya puan!" pintu bilik baby terbuka laju apabila Nanny Laila bergegas ke situ. Sekali apabila wanita itu memandang wajah pucat Evelyn lalu ke lantai di bawah kakinya Evelyn matanya membeliak.

Evelyn yang awalnya sedang mengemas bilik baby itu tak rasa apa-apa pun. Namun ketika dia mahu menunduk tidak semena dia berasa sakit di bahagian bawah perutnya. Bila dia lihat, darah sudahpun mengalir turun dari celah kelangkangnya.

"Call ambulance..."pintanya perlahan-lahan terduduk di lantai kerana berasa mahu pitam.

"Apa yang dah berlaku puan?" Nanny Laila mengeluarkan telefon dari balik poket apron ya lalu mengail nombor kecemasan sambil mendekati Evelyn. "Macam mana puan boleh berdarah macam ni? Puan terjatuh ke?"

Evelyn berkerut kening menahan sakitnya. "Tak." gelengnya. "Saya tak tahu!" Deru nafasnya mula tidak menentu.

Apa yang berlaku pada dirinya ini?

Evelyn menjadi cemas.

Ketika Nanny Laila sibuk bercakap dengan pegawai kecemasan, Evelyn sudah memegang perutnya dengan cemas. Jangan anaknya apa-apa sudah.

Sesampai di hospital, Evelyn terus di gegaskan ke bilik kecemasan. Doktor dan jururawat mula mengerumuni Evelyn melakukan itu dan ini untuk memeriksa kandungannya.

Disebabkan ada komplikasi dengan kandungannya, Evelyn terpaksa bersalin lebih awal dari yang dijadualkan pada usia kandungannya 8 bulan.

Pendarahan yang berlaku juga menyebabkan Evelyn tidak sedarkan diri akibat kehilangan banyak darah.

Selamat 3 jam lebih pembedahan berjaya dijalankan. Namun Evelyn koma selama dua minggu selepas itu.

Nanny Laila yang hanya satu-satu penjaga Evelyn ketika itu yang menghadapi situasi mencemaskan tersebut. Bukan sahaja buatkan dia menangis sepanjang jam pembedahan itu berjalan, malah buatkan dia tidak dapat tidur lena selepas itu.

End of Flashbacks

Suara gelak ketawa dan bebelan menyentak lamunan Nanny Laila yang sedang berjalan mendekati ruang tamu dimana Evelyn, Kane dan Neo sedang berada.

Dia tersenyum saat Kane sedang baring di atas karpet sambil menimang Neo mengagah anak kecil itu tertawa.

"Jemput minum puan, Kane." beritahu Nanny Laila saat meletakkan dulang di atas meja kopi di situ.

Evelyn yang sedang duduk di sebelah Kane berpaling. Matanya terarah pada dulang itu lalu ke Nanny Laila. "Terima kasih, Nanny Laila."

Kane mengangkat Neo lagi lalu diturunkan ke wajahnya muka anak kecil itu hingga buatkan Neo mengekek ketawa bersama air liur bertakung di mulut kecilnya.

"Sama-sama puan." senyum Nanny Laila apabila senang melihat pemandangan di hadapannya. Sejuk matanya memandang. Selama dia bekerja untuk Evelyn, ini adalah kali pertama dia melihat senyuman di wajah Evelyn. Terutamanya sejak kehadiran anak muda di dalam kediaman ini.

"Happy ya dia?"Evelyn tersenyum sambil membetulkan rambut Neo.

Sebak bertandang apabila Nanny Laila teringat semua penderitaan yang ditanggung oleh Evelyn selama ini. Dan bila dia melihat wajah Evelyn senang dan ceria begitu, sedikit banyak ia mengubat memori pahit yang pernah berlaku selama ini.

Dengan senyuman di bibir, Nanny Laila duduk di tepi meja kopi itu lalu menuang minuman ke dalam cawan untuk mereka.

Kane tertawa sama apabila Neo tertawa. "Bila birthday Neo, kak?"

Evelyn mengesat mulut Neo. "Dua bulan lepas." jawabnya.

"Iya?Dah lepas la maknanya."Kane mengagah lagi. "Baru nak buat party untuk Neo."

Mata Evelyn mengerling ke Kane sebelum tersenyum nipis. "Budak ni kecik lagi. Apa aje la dia tahu. Tunggu besar sikit nanti la baru sambut."

Kane melagakan hujung hidungnya dengan Neo hingga buatkan anak kecil itu membuatkan bunyi bersama air liurnya jatuh menitis ke tshirt putihnya. "Apa salahnya...buat kenang-kenangan. Ya tak Neo.."bayi itu tertawa.

"Biar saya dukung Neo, dah masa dia untuk tidur ni." Nanny Laila tiba-tiba bersuara. "Saya biarkan puan dengan Kane berdua di sini. Kalau ada apa-apa panggil ya."

Kane terus tersentak. Dia bangun dari baringnya lantas memberikan Neo kepada Nanny Laila. "Terima kasih." senyuman kepada wanita pertengahan umur itu.

"Jemput la minum ya. Saya masuk bilik dulu puan." angguk Nanny Laila sambil mendukung Neo dari Kane.

Kane bersila di sebelah Evelyn atas karpet bersebelahan dengan meja kopi di ruang tamu itu.

Evelyn di situ hanya memerhati dengan renungan redupnya. Dia perhatikan langkah Nanny Laila beredar hingga masuk ke bilik Neo.

Apabila dia kembali hendak memandang Kane, Evelyn terpaku apabila menyedari rupa-rupanya Kane turut memandangnya sejak tadi.

Mereka saling berkunci pandangan buat seketika sebelum Evelyn berkedip lantas berdehem dan mencapai cangkir berisi air hangat dari meja kopi lalu diserahkan kepada Kane.

"Jemput minum..."ucap Evelyn dengan perlahan.

Tanpa mengalihkan pandangannya dari Evelyn, Kane capai cangkir itu namun sempat dia dengan sengaja membiarkan hujung jarinya menyentuh jari Evelyn.

"Terima kasih."

Evelyn membetulkan bantal dan mainan Neo yang sepah di sekeling, cuba nak mengalih perhatiannya, namun tidak berhasil.

"So, kenapa akak panggil saya ke sini hujung minggu macam ni?" Kane menghirup perlahan teh hangat itu.

Evelyn mengetap bibir dengan nipis sebaik soalan itu diajukan. Buatkan perasaan gugup yang bertandang sejak tadi kembali berdebar. Dia tunduk mengusap pergelangan tangan yang berparutnya untuk seketika.

Tidak lama kemudian, Evelyn pandang Kane dengan renungan nekadnya. "Saya nak ceritakan segalanya pada kamu. Itupun kalau kamu sudi nak dengar."

Kane berkedip mata.

"Lepas kamu dengar ni, mungkin kamu akan pertimbangkan semula sama ada kamu nak teruskan lamaran kamu tu atau tak."Evelyn pandang tepat ke mata Kane.

"Cerita la. Saya dengar." angguk Kane selepas itu.

Untuk seketika, Evelyn diam termenung memandang pergelangan tangannya yang berparut sebelum tersenyum sedih pada Kane. Dia faham sekiranya Kane akan membencikan dirinya selepas Kane mendengar kisahnya nanti.

Maka, satu persatu Evelyn menceritakan segalanya kepada Kane. Dari hari dia bertemu dengan Kane, siapa dirinya yang sebenar, bagaimana dia boleh berakhir di sini dan termasuk kejadian yang berlaku padanya semasa dia hamil dan hendak melahirkan.

Selama dua jam itu, Kane sedikitpun tak mencelah. Dia hanya dengar dan berkerut kening pada sesetengah kisah. Tidak pernah sekalipun dia hendak menyampuk atau bertanya.

Sehinggalah Evelyn selesai bercerita.

"Saya nak balas dendam...saya nak Eli rasa sakit macam saya rasakan selepas dia tinggalkan saya. Masa saya sendiri tanpa ada sesiapa dekat sisi saya. Masa saya takut tak tahu nak buat apa..."air mata mengalir di pipi Evelyn.

Tidak mengatakan apa-apa, Kane terus menarik Evelyn ke dalam pelukannya. Belakang kepala itu dipegang kemas dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi memegang belakang badan Evelyn.

Rasa amarah, tak terkata, berang dan seakan dirinya yang disakiti semuanya bercampur baur. Kane diam termenung memandang bingkai gambar Evelyn bersama Neo di dinding hadapannya. Senyuman di bibir Evelyn dalam gambar tersebut buatkan rahangnya berketik.

"Kamu masih lagi nak kahwini dengan perempuan macam saya ke?" sedu Evelyn sambil jari-jarinya mengusap parut di pergelangan tangannya. "Perempuan yang cuba bunuh diri sendiri termasuk anaknya...?"sedu Evelyn dalam pelukan itu. "....perempuan yang menipu ahli keluarga sendiri demi bersama dengan kekasih yang hanya mengkhianati dia demi nama baik sendiri?"

Kening Kane berkerut saat dia menarik Evelyn lebih erat ke dalam pelukannya. Matanya terpejam seakan dia yang menahan sakitnya. "Shh...shh..." tubuhnya dihayun kiri dan kanan dengan perlahan untuk menenangkan Evelyn.

Evelyn mencengkam kuat kain lengan baju Kane saat tanggisnya semakin menjadi-jadi.

Perlahan-lahan Kane membuka matanya saat dia merehatkan bibirnya ke dahi Evelyn. Renungan dingin terarah ke satu ruang. Perlahan-lahan dia berbisik perlahan di dahi Evelyn, "Jawapan saya tetap sama. Kita kahwin." Tangannya masih mengusap belakang badan Evelyn menggigil kuat dek menangis.

Harap okay la ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience