Chapter 44 : 28 Jun

Drama Series 19497

*FLASHBACKS*

"Kamu dah hilang akal ke?Hah?Ayah tanya kamu. Kamu dah hilang akal sangat ke!" Tuan Adam menengking keberangan. "Kamu tu satu-satunya anak perempuan ayah. Hanya disebabkan lelaki Kamu sanggup buang keluarga sendiri?"

Puan Reen sudah mencemik sedih. Dia sendiri terkesima dengan kenyataan Evelyn sebentar tadi. "Sayang...dengar la kata ayah kamu tu."

"Ayah, Evy selama ni dengar semua kata ayah. Ayah nak Evy belajar, Evy belajar, Ayah nak Evy jadi engineer, Evy jadi. Ayah nak Evy kerja dengan ayah Evy kerja dengan ayah. Tapi kenapa cuma satu aje Evy mintak susah sangat ayah nak izinkan? Evy bukan mintak duit dari ayah. Evy mintak restu aje!"bantah Evelyn.

"Dah aku kata aku tak suka budak Eli tu, aku tak suka la. Apa yang kau degil sangat sampai tak boleh nak faham bahasa!"

"Evy cintakan dia, Ayah."

"Cinta...cinta. Kau ingat cinta aje dah cukup ke nak buat kau bahagia?Hah?!" Suara Tuan Adam semakin lama semakin meninggi. Wajah tua itu juga merona merah. Dadanya berombak kencang dek begitu berang.

Puan Reen mencapai lengan Evelyn, di ramas lembut tangan anaknya itu. "Evy sayang. Tolong jangan tinggalkan kami demi Eli. Tinggal la di sini."

"Ibu, pujuk la ayah. Evy nak kahwin dengan Eli."

"Aku kata tak boleh ya tak boleh. Lelaki jenis apa yang sanggup suruh teman wanitanya sendiri berhenti kerja gara-gara dia tak senang tengok kau lagi bagus dari dia? Hah?Beritahu ayah!"

"Eli kata dia nak sara Evy...."

"Sampai suruh kau berhenti kerja dengan ayah? Hei anak, kau dengar elok-elok ya. Aku jaga kau besarkan kau bagai menatang minyak yang penuh bukan semata-mata untuk lelaki tak guna macam si Eli tu tau tak."

"Ayah berhenti cakap macam tu pasal Eli. Ayah tak kenal dia macam mana."marah Evelyn.

"Aku tengok muka aje pun dah tahu la dia lelaki tak boleh pakai. Aku tak berkenan dengan dia. Kau faham ke tak ni?"

Evelyn mencemik. Matanya berkaca. "Kalau ayah tak restu hubungan kami. Biar Evy keluar dari rumah ni!"

"EVELYN!"

*END OF FLASHBACKS*

Evelyn tatap renungan dalam Kane dengan perasaan berkecamuk. Senang la Kane cakap. Yang menghadapnya dia jugak nanti. Mana mungkin dia berani nak bertemu muka dengan ayah dan ibunya. Pasti mereka membencikan dirinya kerana keputusan salah yang dia ambil gara-gara cinta butanya.

Sebak dan sedih. Sampai sekarang dia masih rasa terkilan dengan keputusan dia untuk keluar dari rumah semata nak bersama dengan Eli. Wajah nangis ibunya terngiang-ngiang dalam fikiran.

Betapa bodohnya dia bila difikirkan balik. Kelakar pun ada. Evelyn berdengus kecil dek berapa tak percaya bahawa kata-kata ayahnya itu benar-benar berlaku. Bahawa Eli bukan la lelaki yang becus untuk dijadikan pasangan hidupnya. Lelaki tu terlalu pengecut!

Dia sanggup tinggalkan keluarga demi Eli. Sementara Eli nak tinggalkan keluarga sendiri pun pilih untuk berkahwin dengan perempuan lain. Dengan alasan nak dapatkan restu mereka.

Merepek betul!

"Kak..."Kane panggil sambil menyentuh lembut tangan yang berada di atas riba Evelyn.

Mata Evelyn mengerling serta merta ke tangan Kane yang berada di atas tangannya sebelum matanya naik ke wajah yang sedang tersenyum kepadanya.

"Akak jumpa mereka ya?"

Liur kesat di telan payah.

"Saya dah buat salah besar pada ibu dan ayah saya, mahu ke mereka nak berjumpa dengan saya."ujar Evelyn dengan perlahan. Keningnya berkerut kesedihan. Lagi-lagi ayahnya. Entah orang tuanya itu mahu melihat mukanya entah tidak. Hatinya diruntun sebak apabila mengenangkan ibu dan ayahnya yang telah dia tinggalkan demi Eli. Mahu ke mereka bersua muka dengan anak derhaka mereka yang satu ni?

Kane tersenyum nipis. Tangannya naik hinggap di belakang kepala Evelyn lalu diramas lembut belakang leher tu. Dia tahu Evelyn rasa serba salah. Dia faham kalau Evelyn takut nak berjumpa dengan mereka. Tapi selagi tak cuba takkan tahu. "Akak cuba aje dulu. Jumpa dengan parents akak. Mereka terima atau tak. Belakang kira." Sebab untuk pastikan Evelyn dan Neo selamat dari Eli, Evelyn perlu berada bawah jagaan Tuan Adam sendiri. Sebab lelaki tu ada kuasa yang dia tiada. "Aunt Reen mesti happy jumpa Neo nanti." tambah dia lagi.

Ucapan itu buatkan Evelyn tersentak. Eh? Rasa risau dan sedihnya berubah menjadi hairan serta merta. Aunt Reen? "Saya tak pernah pun beritahu nama parents saya? Macam mana kamu boleh tahu nama ibu saya?"Evelyn pandang Kane dengan kening berkerut.

"Ya?"

"Kamu sebut Aunt Reen tadi."

Riak wajah Kane kekal bersahaja sedangkan dia sendiri terkejut sebab terlepas kata. "Eh. Ada la. Akak pernah beritahu saya."

Evelyn pandang Kane semakin bingung. "Saya?" tundingnya ke diri sendiri. Seingat dia la tak ada pulak.

"Hah..Yalah. Akak. Aunt Reen. Uncle Adam." senyum Kane dengan renungan dalam penuh maksudnya hingga buatkan matanya ikut tersenyum. Evelyn tak pernah beritahu, tapi dia boleh cari tahu. "Hehehe.."

Terus terbuka sedikit mulut Evelyn kerana tak terkata sebaik matanya berkunci pandangan dengan Kane. Memang bukan calang-calang lelaki jugak ya Kane ni.

Dia dah hafal sangat dah perangai Kane.

Budak licik ni kan. Memang nak kena agaknya!

Macam tu aje korek latar belakang dirinya tanpa beragak.

Lantas Evelyn berdengus kecil. Hujung bibirnya terjungkit. "Hmm....memang saya yang 'beritahu' ya?" sengihnya penuh maksud.

Kane tertawa kecil. "Ha'ah. Akak yang 'beritahu'." ujarnya dengan sengih meleret kerana sudah ketahuan. Sememangnya Evelyn bukan seseorang yang mudah di perdayakan.

"Memangnya apa aje yang saya 'beritahu' kamu?" Evelyn menjungkit kening kanan tatkala memandang Kane ingin mencabar.

Terus Kane menarik sengih meleret faham akan maksud sindiran kata Evelyn itu. "Semuanya..."

Terus Evelyn menampar tepi lengan Kane dek jengkel dengan sikap selamba lelaki itu. "Sejak bila kamu tukar jawatan dari seorang intern kepada stalker hah?"

Sambil ketawa menggosok kesan tamparan itu ,dia menyendeng rapat ke Evelyn lalu berbisik. "Sejak akak pesan Ais Americano two shot pukul 11 pagi 28hb Jun tiga tahun lepas."

Evelyn melirik sengih nakal di bibir Kane. Bolehnya Kane ingat tarikh tu. Tak ada benda lain nak ingat ke? Dia tertawa kecil sebelum menolak muka itu jauh darinya. "Itu kali pertama kita berjumpa?"

Kane membiarkan kepalanya ditolak dengan Evelyn sambil menggigit bawah bibirnya kerana berasa tercabar.

Grr!Untung-untung dia nak mengambil hati akak kesayangannya ni. Kalau ikutkan hati dah lama dia-

"Ya. Tarikh tu hari pertama akak jejak kaki dekat kafe kawan saya tu. Dan kali pertama jugak jantung saya....dupdap...dupdap..dupdap bagai nak apa."sambil Kane berkata dia membuat gimik jantung berdegup laju dengan kepalan tangannya ingin menyakat Evelyn.

Ihh!

Evelyn tersengih lucu, dia membuat muka menyampahnya melihat keletah tu. "Pandai la kamu...dupdap..dupdap bagai. Habis selama ni tak berdegup ke?Macam mana kamu hidup?"

Kane ketawa. Mata dia berkedip apabila melihat senyuman manis yang terukir di bibir Evelyn. Bersama sisa senyuman di bibir, dia merapat ke Evelyn lalu berkata. "Akak balik jumpa parents akak ya?"

Haih. Bersama keluhan mengalah Evelyn mengangguk kepala. "Ya..."

Kane menghantukkan kepalanya dengan perlahan pada kepala Evelyn saat tangannya masih merangkul bahu tu.

Dan ketika dua orang itu saling bergandingan, Nanny Laila yang dalam diam memerhati di tepi dinding bilik tidur Neo tersenyum senang. Tengok aje dari belakang dua orang tu nampak sungguh sepadannya.

Okay tak ya so far wahai pembaca yang dikasihi. meleret ke? kira okay la ya even konflik tak berat mana?

Share this novel

Halipah Salleh
2026-03-15 02:17:39 

senyum2 sy bca, sweet sgt kane. ☺️

Seri
2026-02-28 09:27:44 

Thanks… bagusnya Kane…


NovelPlus Premium

The best ads free experience