Chapter 16 : Tawaran

Drama Series 19497

Sambil memandang hujung kasut, tangannya memegang cawan berisi kopi. Senyuman tak lekang di bibir sejak tadi.

Mana taknya, idea gila dalam kepala dia ketika itu membuak-buak minta di luah. Jadi tak sabar pun ada. Harap-harap Evelyn datang cepat.

Tidak lama kemudian, Kane berpaling ke kanan koridor. Entah kenapa tergerak hati nak memandang. Sekali matanya terarah pada figura berbaju biru dan seluar slack kelabu berjalan ke arahnya, senyuman terus terukir di bibir tanpa dipaksa.

Namun tidak lama, senyumannya perlahan-lahan memudar setelah Kane menyedari riak tegang terlukis di wajah Evelyn apabila wanita itu mula menghampiri dia.

Kenapa?Sesuatu berlaku ke?Itu yang terdetik difikiran Kane, namun dia hanya menunggu sehingga Evelyn tiba di hadapannya.

Sampai sahaja di hadapan Kane, Evelyn silang tangan ke dada lantas membuat muka.

"Ada apa kamu cari saya ni?" tanya Evelyn dengan kening berkerut.

Kane diam seketika untuk menilik riak wajah Evelyn yang kelihatan marah. Patut ke dia bertanya?Atau biarkan?

Semakin berlapis tengah kening Evelyn apabila dia perasan Kane hanya diam di situ. Sabar dia menipis. "Kenapa?Apa kamu nak?Saya ada kerja nak buat ni."

"Ada apa-apa berlaku dekat ofis ke?"Lantas Kane menyerahkan satu cawan berisi kopi dari kafeteria company ke tangan Evelyn. "Akak nampak marah."

Evelyn pandang tangan Kane sewaktu Kane meletakkan minuman ke tangannya sebelum memandang ke muka itu. Niatnya ingin berleter namun baru sahaja dia membuka mulut, Kane menyuap gula-gula secara tiba-tiba pulak.

Membuatkan Evelyn menutup mulutnya semula dalam keadaan terpinga-pinga.

"Manager Lim buat perangai dia lagi?"duga Kane bersahaja semasa menyuap gula-gula ke mulut Evelyn.

Evelyn berkerut kening.

"Pakcik perut buncit tu memang macam tu. Hari tu masa ada budak intern, dia pun suka ragging sampai budak intern tu buat permohonan nak tukar department sebab tak tahan kena buli. " tambah Kane lagi. "Manager Lim buli akak ke? Dia tu mentang-mentang la menantu sepupu Sasha, suka hati nak buat perangai."

Kini Evelyn mengedipkan mata pula. Wajah tenang Kane itu buatkan marah yang berombak tadi perlahan-lahan surut. Entah kenapa bila pandang muka Kane ni, hatinya terus terpujuk. Macam dah di sihir pun ada rasanya. "Biasa la. Namapun kerja dengan orang." komennya pendek.

"Dia cakap apa dekat akak?"

Evelyn jadi geram tiba-tiba bila dengar soalan itu. Ucapan Encik Lim tadi masih bermain dalam fikiran. Masakan dia nak lupa. Tapi itu la. Buat apa nak diungkitkan lagi. Dah memang itu lumrahnya.

Enggan memanjangkan isu itu, Evelyn buat tak endah dengan soalan Kane. Masalah dia, biar dia yang uruskan. Buat apa nak libatkan Kane. Lagipun, tengok aje la apa dia nak buat nanti. "Tak ada apa-apa la. Ni, kamu cari saya ni ada apa?"

"Oh..." Kane tersentak. Terus dia teringat tujuan dia panggilan Evelyn untuk berjumpa. "Sabtu nanti akak free kan?"

"Untuk apa?" Evelyn pandang curiga.

"Temankan saya. Saya ada meeting dengan pelabur baru."

Semakin pelik Evelyn pandang Kane. Matanya naik turun ingin meneliti. "Kenapa saya pulak yang perlu temankan kamu?Tak ada orang lain ke?"

Kane tersengih. "Hehehe....kalau akak dah ada. Buat apa cari orang lain...dah alang-alang menyelam, minum la sekali. Lagipun saya dengar dari Encik Edris, akak ada pengalaman dalam bidang ni. So why not..."

Kening Evelyn mencerlung. Apa aje la budak ni merepek kan?

"Kalau boleh saya pun taknak. Tapi dah terpaksa kan, nak buat macam mana. Ikutkan hati baik saya keluar dating dengan akak dari spend time dengan pelabur tu." tambah Kane.

"Kenapa intern macam kamu yang kena handle urusan berjumpa dengan pelabur? Bukan ke sepatutnya tugas ni dijalankan oleh CEO atau mana-mana eksekutif yang sesuai?"

"Itulah...Sasha sakit pulak. Appendix pecah katanya. Tak dapat nak represent kan company. Biasanya dia yang handle. Daddy pulak kata dia pun tak dapat nak hadirkan diri. Tak ada orang lain lagi yang faham macam mana company ni bekerja. Nak tak nak saya la kena ganti tempat mereka." Kane beritahu dengan selamba.

Semakin menjadi-jadi hairan Evelyn. Satu apa pun dia tak boleh nak hadam. Apa sebenarnya yang Kane cuba nak sampaikan ni? Apa kaitan CEO, daddy Kane dan dirinya dalam ni? "Sekejap, saya tak faham. Apa yang kamu cuba sampaikan sebenarnya ni?"

Kening Kane terangkat tinggi. "Apa yang akak tak faham?" kebilnya.

"Semuanya. Siapa Sasha? Dan apa kaitan Daddy kamu dalam perbualan kita ni?"

Untuk beberapa saat, Kane ikut bingung di situ. Dia rasa apa yang dia cakap dah cukup jelas. Apa yang tak fahamnya?

"La, tadi akak kata CEO dan atasan yang sepatutnya kan? Sasha tu la CEO. Daddy saya pulak presiden syarikat ni. Disebabkan dua-dua orang tu tak available, maka saya la wakil mereka." jelas Kane.

Melotot bulat mata Evelyn sebaik dengar. Mujur mulutnya tak ternganga sekali. Kalau tidak nampak sangat la terkejutnya.

"Apa dia?" Seakan ada aliran elektrik yang melintasi setiap urat sarafnya apabila Kane menjelaskan hal sebenar. Kejung dan senak! Evelyn macam tak percaya lepas dengar semua tu. Jadi selama ni, Kane adalah anak kepada tuan punya syarikat ni? Budak lelaki ni?

"Jadi saya tawarkan akak untuk temankan saya masa meeting tu nanti. Pembantu lain semua busy. Saya tak boleh kacau mereka. Daddy sendiri kata saya boleh ajak sesiapa jadi pembantu saya. Sebab saya teringatkan akak la saya ajak akak. Boleh kan?" Kane tersenyum lagi.

Kalau perkataan carut ada muka, Evelyn la contohnya. Riak wajahnya ketika itu betul-betul beritahu dia sebut 'wtf' walaupun bukan secara lisan.

Budak intern yang selama ini Evelyn sangka tiada life dan tak boleh nak support diri sendiri ini adalah anak kepada seorang bilionair?

No wonder la perangai Kane ni serupa macam anak orang kaya terlebih manja!

Tuan muda rupanya!

chapter ni sebenarnya 1 aje. tapi disebabkan kuota perktaan cuma 2k aje. terpaksa pecah kepada 2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience