Chapter 39 : Drama Hidup

Drama Series 19497

"Di batalkan?"

"Ya."

"Atas sebab apa?"

Tuan Valenski begitu tidak senang bila mendengar perkhabaran yang baru disampaikan oleh menantunya tadi.

"Tidak menepati piawaian mereka." Eli meletakkan fail yang telah selesai disemak ke atas meja sebelum memegang tetikus komputer lalu meneliti skrin monitor di hadapannya.

"Begitu saja?"

Eli menarik nafas dalam lalu dihembuskan dengan panjang. Dia cuba nak bersabar dari melenting pada ayah mentuanya. Entah la kenapa orang tua ini tidak henti-henti bertanya tentang hal yang sama berulang kali. Naik fed up dibuatnya.

"Ya."

Tuan Valenski duduk menyandar pada kerusi dengan keluhan kesal. Keningnya mencerlung.

"Kalau kamu tahu nak buat kerja betul-betul dan yakinkan mereka, mungkin mereka takkan tarik diri macam tu aje." rungutnya.

Rahangnya berketik. Eli tidak mengatakan apa-apa sebaik mendengarnya. Perhatian dia lebih kepada skrin monitor.

"Ayah hanya ada masa dua bulan sahaja. Kalau kamu tak dapat nak tarik pelabur ke syarikat ni, ayah akan gulung tikar..."

Dengan renungan kosong tidak berminatnya, Eli mengerling ke Tuan Valenski.

"Tak boleh ke bagi berfungsi sikit diri kamu tu? Ha?"

Eli hanya mendiamkan diri. Dia tak tahu nak cakap macam mana lagi. Sebab dia dah cuba sebaik mungkin. Dan semangat dia nak bantu company ayah mentuanya dah luntur sejak dia bertemu semula dengan Evelyn.

Kenyataan yang Evelyn nak berkahwin dengan lelaki lain buatkan Eli berasa kecewa. Kalau dia beria bantu bapa mentuanya kemudian ceraikan isterinya, mahu ke Evelyn kembali bersamanya? Kalau dia dah bersahaja bagai nak gila semata nak bantu company ayah mentuanya, tahu-tahu Evelyn enggan menerimanya.

Itu sama aje la dia buat ke tak buat Evelyn tetap takkan kembali kepadanya.

Batang hidungnya di picit dengan kesal. Eli berkerut kening sebelum melepaskan hela panjang lalu memandang ayah mentuanya.

"Mungkin dah tiba masa ayah lepaskan syarikat ni. Ayah jual saja aset yang ada dalam company ni. Tak ada apa-apa yang ayah boleh lakukan lagi. Hasil jual company ni ayah boleh laburkan dekat mana-mana company untuk jadi rakan kongsi. Sekurang-kurangnya ada la sikit walaupun tak banyak untuk di simpan."

Kening Tuan Valenski berkerut.

"Apa?"

"Saya tak rasa yang saya boleh bantu company ayah ni."

"Kamu sedar tak tak-"

"Saya jadi menantu keluarga ni atas ihsan datuk saya sebagai rakan baik ayah. Kalau bukan kerana tu saya takkan ada dekat sini." potong Eli serta merta. "Sama ada saya berguna atau tak. Itu kehendak saya untuk bantu ayah dan company ni."

Mulut Tuan Valenski terbuka tutup begitu tak terkata. Hinggakan dia nak balas pun tak dapat hendak menuturkan apa-apa lagi.

"Kamu-"

"Kalau ayah dah tak ada apa-apa baik ayah balik. Saya ada banyak kerja nak buat semata nak tolong company ayah ni dari muflis." menjeling jugak Eli dibuatnya. Makin menyirap dia nak menghadap perangai orang tua yang satu ni. Kalau diri tu dah bagus sangat kenapa beria nak dia yang tolong? Tahu tak gara-gara nak tolong company ni dia kena korbankan cinta hati dia macam tu aje. Tapi balik-balik yang dapat cuma makian.

Macam sia-sia aje rasanya!

Terkedu dek jelingan itu,Tuan Valenski hanya mengetap bibir sebelum bangun dari situ. Lelaki tersebut menghela nafas kekesalan lantas melangkah keluar dari pejabat Eli.

Terhempas aje pintu, Eli berdiri. Dia capai fail yang ada di atas meja lalu dilempar dengan marah ke arah pintu yang tertutup tadi.

"Tak guna betul!" dia mencengkam kuat jari jemari dalam genggaman.

Pantas dia capai telefon lalu menaip satu pesanan ringkas dengan marah-marah. Ingat dia tak tahu ke apa alasan sebenar kenapa North Group tolak kerjasama mereka dengan Valenski Group?

Ini kalau bukan sebab Evelyn, mesti sebab ada orang dalam yang tahu tentang tujuan sebenar dia kenapa dia hendak jadikan mereka rakan kerjasama!

Namun baru sahaja Eli menghantar pesanan, telefonnya berdering. Ada panggilan masuk tak semena.

Dari ibunya sendiri.

Ini lagi satu masalah!

Kening Eli mencerlung tatkala dia menjawab panggilan itu lalu di tekap ke telinga dengan keluhan panjang.

"Ya, mama."

"Glad to see you finally found your phone."

Eli menahan dirinya dari memutar bola matanya dek kejengkelan. "Mama perlukan apa-apa?"

"Ni, mama nak tanya. Apa masalah kamu dengan isteri kamu ni? Merengek-rengek dia dekat mama sebab kamu tak balik rumah. Jawab call dia pun tak mahu."

Keluhan letih lepas dari hidungnya. Eli rasa tak terkata dengan semua drama dalam hidupnya ni. Tak satu-satu nak membebankan fikiran dia.

Seandainya dia pilih Evelyn dan tinggalkan keluarganya sejak awal lagi, tanpa risau tentang masa depannya, dia mesti tengah bahagia sekarang dengan anaknya dan juga Evelyn. Tak payah dah nak hadap perangai pelik-pelik orang sekelilingnya ni.

"Busy." sepatah aje Eli menjawab.

"Takkan busy sangat sampai call pun tak boleh nak jawab. At least text dia."

Eli tak menjawab.

"Kamu jangan nak buat malu mama dengan datuk kamu ya. Ingat sikit, kalau kamu malukan keluarga kita dengan perangai keras kepala kamu tu, jangan mimpi kamu dapat bersama dengan kekasih kamu tu lagi."

Eli mengetap gigi, matanya tajam merenung ke arah pintu. Genggaman pada telefon juga dierat kuat.

Ujaran mamanya itu buatkan nadinya berdenyut sakit. Apa gunanya mama dia ugut dia. Kalau Evelyn sendiri bakal berkahwin dengan lelaki lain!

Tidak membalas, Eli terus memutuskan panggilan tersebut sebelum menghenyak punggung ke kerusi dengan bengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience