Mereka kata perkahwinan itu satu anugerah buat para pasangan yang telah membina impian untuk berkeluarga. Seindah alam percintaan kata orang. Begitu la manisnya kehidupan selepas berumah tangga.
Tapi bagaimana kalau hubungan itu dibina melalui penipuan dan manipulasi? Paling mudah, hubungan yang dibina melalui khianat dan tikam dari belakang.
Patut ke hubungan itu diteruskan?
Atau patut ke disokong, seandainya hubungan yang terjalin tu hasil daripada aniaya orang lain?
Patut ke hubungan itu di restu?
Kalau bagi Evelyn, tak kut.
Sebab kalau suatu hubungan itu dibina atas penderitaan orang lain, tak ke nonsense namanya tu?
Macam mana seseorang tu boleh bahagia lepas menyakiti orang lain? Selepas buat hidup orang menderita, bolehnya senang-senang nak hidup senang? Tanpa rasa serba salah langsung?
Memang tak la!
Orang yang berhati malaikat aje yang terima akan ketentuan takdir begini.
Bukan dia!
Takkan pernah.
Dan takkan pernah sesekali akan maafkan orang yang menjadi punca penderitaan dia! Mereka kena rasa perasaan yang sama setimpal seperti mana dia rasakan. Baru dia puas hati.
Bunyi kerusi goyang berayun perlahan memenuhi bilik bayi itu. Evelyn mendodoi gumpalan selimut dalam pelukannya sambil menepuknya dengan lembut.
Mata kecil itu pula terpejam rapat. Bibir kecil yang basah seusai menyusu tadi diseka perlahan dengan napkin sambil tu.
Nyanyian lembut keluar dari bibir Evelyn sewaktu dia mendodoi bayi berusia tiga hari itu dalam pelukannya. Jam sudahpun masuk 3 pagi sewaktu bayi itu terjaga dari tidur kerana mahu menyusu. Dan kebetulan pula Evelyn belum tidur.
Itu yang dia duduk dalam bilik baby ni. Hendak melepaskan rindu.
“Membesar dengan sihat ya anak mama.”bisik Evelyn sebelum tunduk mengucup alis yang masih belum kelihatan sepenuhnya itu. Anak lelakinya ini akan dia sayangi sehingga hujung nafasnya sekalipun tanpa susuk seorang bapa dalam kehidupan anaknya nanti. Sebab anaknya tidak memerlukan seorang bapa yang sanggup bersama dengan perempuan lain! Bagi anaknya ini, bapa kandung itu sudahpun mati terkubur. Sampai bila-bila dia takkan biarkan bapa kandung anaknya ini tahu akan kehadirannya.
Tiba-tiba pintu bilik terbuka ke dalam. Seorang wanita pertengahan umur dengan pakaian maid berjalan senyap ke situ dalam keadaan teragak-agak.
"Puan... biar saya jagakan Neo. Puan boleh berehat," bisik Nanny Laila sebaik berdiri di samping kerusi goyang itu. Dia risau melihatkan puannya ini. Sudah beberapa hari tidak tidur.
Kena berjaga pula perhatikan bayi baru lahir ni.
Evelyn tersenyum nipis. Dia tunduk mengusap pipi mulus Neo dengan hujung jarinya. Tengok wajah suci ini saja dah cukup untuk hilangkan rasa penat dia. Macam mana dia nak berehat. Lagipun dia belum puas lagi!
“Tak apa. Nanny Laila pergi la tidur. Saya boleh tengokkan Neo. Lagipun hari ni nanny dah bekerja keras tolong saya uruskan hal rumah.”
Nanny Laila berkerut kening. Nafas kesalnya dilepas pendek. Kalau dah Evelyn kata begitu, siapa la dia hendak membantah.
“Baiklah puan. Kalau ada apa-apa. Puan panggil saya ya.”
“Mm…terima kasih. "angguk Evelyn tanpa memandang. Dia terlalu asyik memerhatikan wajah indah di dalam pelukannya ketika itu. Senyuman tidak lekang dari bibir sejak tadi.
Ikutkan hati mahu saja dia kucup pipi ini. Namun ditahankan saja diri kerana anak lelakinya ini masih merah lagi. Risau kalau dia menyakitinya nanti dengan tindakan dia itu.
Namun disaat Nanny Laila hendak berpaling keluar, wanita itu berbalik semula selepas tersentak mengingatkan sesuatu. Dia kembali menghadap Evelyn.
“Oh ya puan. Ada paket sampai awal pagi tadi. Saya letak dalam pejabat puan. Perlu ke saya bawakannya ke bilik puan?Saya terlupa nak maklumkan pada puan sebab sibuk.”
Evelyn mengangkat kepala. Dia pandang Nanny Laila dengan kening terangkat.
“Paket?Dari siapa?”
“Tiada alamat pemberi kecuali nama puan.”
“Kalau macam tu tak perlu. Saya akan check sendiri dalam office saya. Kamu boleh berehat.”
“Baik puan.” akur Nanny Laila sebelum keluar dari bilik baby. Meninggalkan Evelyn sendiri tidak lama kemudian.
Lantas Evelyn gerak ke crib, meletakkan Neo ke tempat tidurnya. Setelah itu dia meletakkan baby monitor di sebelahnya. Barulah dia keluar dari situ dan gerak ke pejabatnya.
Seperti yang diberitahu Nanny Laila. Sebuah kotak coklat tergeletak di atas meja kerja Evelyn.
Dengan perasaan ingin tahu, Evelyn mengatur langkahnya ke meja itu. Bila tangannya memegang kotak itu, dia serta merta boleh mengagak apa isi kotak tersebut.
Kotak itu tidak sebesar mana. Hanya sederhana besar. Cukup untuk meletakkan lima pax kertas A4.
Bila Evelyn membukanya, matanya terus disapa dengan beberapa barang peribadi termasuk jurnal serta barang lama yang pernah dia hadiahkan lama dahulu. Dengan senyuman sedih, dia capai satu persatu barang di situ sebelum diusap perlahan.
Memori lama mula menerjah benak fikiran. Evelyn mengetap giginya, jantung di dalam dadanya berdenyut sakit.
Barang-barang ini mengingatkan dia pada bapa kandung Neo. Lelaki keparat yang telah merosakkan dan memusnahkan kebahagiaan hidup dia!
“Aku bersumpah! Aku bersumpah aku akan musnahkan hidup kau sama macam mana kau musnahkan hidup aku, Eli Ford!”
Share this novel