Chapter 10 : Tak Faham Bahasa

Drama Series 4259

Macam mana ya nak cakap ‘berhambus’ dengan bahasa yang lebih lembut untuk manusia yang jenis memang susah nak faham bahasa dan degil ni?

Serious talk, pertama kali dalam hidup dia jumpa spesis manusia macam budak depannya ini. Tak pernah dia jumpa lelaki yang sekali cakap susah nak dengar. Rasanya dia dah beritahu dengan jelas hari tu? Tak cukup jelas lagi ke?

“Tak boleh ke kalau saya belanja minum?”

“Tak.”

“Makan?”

“Tak.”

“Kalau macam duduk borak masa waktu rehat?”

“No.”

“Even call?”

“Still no.”

“Mesej?”

“No.”

Evelyn tutup mesin fotostat dengan marah sebelum menghadapkan badannya ke lelaki lampai di kirinya. Dia dongak lalu pandang tatapan penuh berharap itu dengan riak jengkel.

Tapi bolehnya budak depannya ini tersenyum-senyum comel macam ni. Buatkan dia nak marah pun tak sampai hati!

“Beritahu akak sekarang, kamu ni dah tak ada kerja sangat ke sampai buang masa dekat sini?Katanya internship?Takkan kamu tak ada kerja langsung nak buat?”mula Evelyn cuba nak bercakap dengan bertamadun dengan Kane ni. Dia nak buat kerja pun tak senang. Dia baru aje mula bekerja. Kalau ada gossip timbul tentang mereka berdua macam mana?

Kan tak memasal dia kena pecat. Dan internship budak 23 tahun ni rosak!

“Ada.”senyum Kane lepas tu. “Tapi saya boleh siapkan kemudian.” Dia intern dekat company daddy, jadi dia buat kerja atau tak, rasanya bukan masalah untuk dia selesaikan bila-bila masa.

“Kalau macam tu pergi lakukannya. Jangan ganggu saya nak bekerja.”Evelyn tunduk mengutip hasil fotokopi kertas di bawah laci itu lalu mula disusun menjadi set. Kemudian dia stapler satu persatu.

“Saya nak berkawan dengan akak aje. Kalau akak boleh berkawan dengan staf admin lain dekat ofis tu kenapa tak dengan saya?”

Sebab Evelyn tahu yang Kane bukan sekadar nak berkawan dengan dia. Pandang mata aje pun dia dah tahu. Lagipun apa la yang Kane pandang dekat perempuan macam dia ni? Kalau lelaki lain, bukan takat berkawan aje, nak kenal pun mereka tak hingin! Ini lain pulak kisahnya dengan Kane!

“Ramai lagi staf yang seusia kamu dekat sini yang kamu boleh buat kawan. Bukan mak anak satu macam saya ni. Kamu nak sangat ke orang mengata pasal kamu?Suka ya orang bergosip pasal kamu berada dekat dengan perempuan macam saya ni?”Evelyn jadi tak sabar lama-lama begini.

Kane terdiam seketika. Dia memandang kanan dan kiri seakan buat pertimbangan.

Hal itu buatkan Evelyn turut menoleh ke Kane. Dia pandang reaksi lelaki itu. Sedar ke budak tu dengan kata-katanya?

“Apa susah. Kalau mereka bercakap buruk pasal akak, pecat aje la mereka. Senang cerita. Tak ada la yang nak mengata kan?" Yalah. Siapa mereka nak judge kehidupan orang lain? Berusia. Ibu anak satu. Ibu tunggal. Janda. Apa masalahnya berkawan dengan mereka? Mereka sama jugak. Manusia. Bukan kehendak mereka untuk jadi macam ni. Dah takdir. Cepat atau lambat terjadi jugak.”beritahu Kane. Dia tersenyum pada Evelyn. Riak wajahnya begitu innocent.

Sampaikan Evelyn sendiri ternganga sebab tak terkata.

“Hai la nak!Apa la nasib mak kau dapat anak macam kau ni?Mahunya beruban rambut orang tua kau menghadap perangai kau ni!”Evelyn mengeluh dalam hati. Pening pulak kepala dia bercakap dengan Kane ni. Kenapa fikiran lelaki ni begitu pure? Buatkan dia speechless sebab tak ada yang salahpun dengan kenyataan itu.
“Kamu ingat kamu bos ke boleh main pecat orang begitu aje? Dah jangan nak merepek. Pergi sambung buat kerja kamu sana.”Evelyn memusingkan badan Kane ke arah pintu keluar bilik fotostat itu.

Namun Kane kembali berpusing menghadap Evelyn semula.

“Kalau macam tu, saya gunakan kad akak tu. Hari tu akak kata akak akan balas kebaikan saya kan sebab saya selamatkan akak hari tu.”

Ugh!Dasar degil!Evelyn pandang mengalah ke Kane. Ini kalau dia tak turutkan sampai ke sudahlah jawabnya budak ni akan macam ni.

“Fine. Sekali ni je. Lepas tu kamu jangan ungkit lagi.”Evelyn akur akhirnya.

“Serius?”Kane teruja. Kedua belah telinganya ikut terangkat. Reaksi normal setiap kali dia happy. “Akak akan tunaikan permintaan saya?”

“Ya…apa yang kamu nakkan tu?”

Kane tersenyum hingga menampakkan barisan gigi putih dan teraturnya. Matanya juga bersinar dengan penuh semangat.

“Keluar dinner dengan saya.”cadangnya tidak lama kemudian.

“Serius?Itu yang kamu mahukan?”

“Mm.”angguk Kane.

“Kalau akak setuju. Lepas ni kamu takkan kacau akak lagi kan?”

Kane melarikan matanya ke kanan. Dia mengetap bibir bila Evelyn pandang dia dengan tegas semasa bertanya soalan itu. Welp!Dia tak boleh jawab soal tu!

“Kane….”panggil Evelyn seakan ibu memanggil anaknya memberi amaran bila mata itu mengelat. “Kamu takkan kacau akak lagi kan?”

Terus Kane sorokkan tangan ke belakang badannya dan masih tidak memandang Evelyn. Dia adalah seorang lelaki yang berpegang pada kata dan janji. Jadi dia kena sentiasa berhati-hati dalam pertuturan dan tingkahnya. Dia tak boleh buat keputusan semberono. Itu yang daddy selalu ajar padanya. Pertanyaan Evelyn tu berat untuk dia beri kata putus.

“Pandang akak sekarang. Kalau kamu nak akak setuju dengan permintaan kamu tadi, jawab akak dulu.”Evelyn cuba mencari mata itu. Tetapi Kane malah mengelak dari dipandang. Isy, budak ni kan!

Mahu tak mahu terpaksa la Kane akur. Dia perlahan-lahan kembali memandang Evelyn. Wajah bersih dengan solekan tipis itu di pandang dengan dalam. Mana mungkin la dia akan berhenti dari menemui kakak cantik di hadapannya ini. Lelaki gila aje yang akan lepaskan seseorang macam Evelyn ni.

Bila mereka berdua saling bertentang mata, Evelyn berkerut kening. Dia pandang Kane dan menunggu jawapan dari lelaki itu.

“Akak kena janji dengan saya dulu. Yang akak akan keluar dinner dengan saya. Baru saya jawab soalan akak tadi.”

Evelyn pandang tak percaya.

Kita pulak yang kena ikut kepala dia?Budak ni waras ke tidak sebenarnya!Tahu tak sekarang ni dia yang lebih tua?Kenapa budak ni taknak dengar kata dia?Sebaliknya dia yang kena ikut kata-katanya pulak?

“Okay. Fine. Akak janji akan keluar dinner dengan kamu. Sekarang jawab pulak soalan akak tadi.”

“Really?”sengih Kane sebelum mengetap bibir menahan diri dari tersengih seperti orang bodoh di depan Evelyn ketika itu. “Akak janji ya. Kalau macam tu saya janji jugak yang lepas ni saya akan tetap berjumpa dengan akak.”

Melotot mata Evelyn lepas dengar. Ekoran terlalu geram, dia tampar tepi lengan Kane.

“Budak bertuah ni kan!Lain yang di tanya lain pulak yang dijawab!”licik betul!Dah la dia berjanji tadi. Dah tak boleh nak tarik balik sebab ingat Kane akan lakukan hal sama!

Kane meledak ketawa kerana pukulan itu. Dia usap kesan pukulan Evelyn yang tidak sakit itu dengan gembira. “Hehehe. Okay. Saya pergi buat kerja saya. Nanti saya call akak untuk dinner kita tu. Bye!”dengan riang dia beritahu sebelum pergi dari situ.

“Hei!Nak ke mana!Akak belum habis bercakap dengan kamu lagi!”panggil Evelyn begitu terkedu di situ. Mulutnya terbuka tutup tak tahu nak cakap apa! Entah kenapa dia rasa seperti dia baru saja dikenakan dengan budak yang beza 6 tahun dari dia tu!

Bertuah betul!Evelyn mencekak kedua belah pinggang. Untung la comel. Kalau tak memang dah kena hamun free tadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience