Chapter 9 : Anak Mak Anak Ayah

Drama Series 4259

“Tuan muda taknak makan ke?Adakah makanan malam ni tak kena dengan selera tuan muda?” Butler Eric bertanya semasa lelaki berusia 48 tahun itu berdiri di sebelah Kane.

Dengan renungan termenung dan tangan berada di arm rest kerusi, Kane tenung ke udara tanpa memberi respon akan soalan itu. Makanan di hadapan kelihatan menyelerakan. Tapi dia tiada selera hendak menjamah apa-apa. Matanya naik memandang daddy dan mommy dia di hujung meja.

Sebaris ayat yang di susun dalam diam sejak tadi mula di tuturkan.

“Daddy. Mommy. Kane rasa, Kane nak kahwin.”

Tuan Johan yang baru menyisip minuman sudah tersembur. Sementara Puan Nona terjatuhkan pisau yang dia gunakan untuk potong stiknya tadi. “Dah kenapa pulak tetiba ni Kane?”tanya Tuan Johan.

“Apa yang tetibanya?Kane dah dewasa bukan?Tak salahnya kalau Kane berkahwin kalau Kane dah bersedia.”

“Anak mommy, are you okay?Kenapa kamu tiba-tiba timbulkan soal kahwin?Adakah kamu telah lakukan hal yang tak sepatutnya kamu lakukan?”Puan Nona berkerut kening susah hati.

Selama Kane dibesarkan dalam keluarganya. Ibu bapa Kane adalah seorang yang supportive. Pasangan itu mencurahkan segala kasih sayang dan kemewahan kepada Kane. Namun disiplin dan adab sentiasa menjadi top priority dalam didikan mereka buat Kane. Jadi sekaya mana sesenang mana sekalipun hidup Kane, mereka akan pastikan Kane hidup dalam keadaan bertamadun dan penuh bermaruah.

“Kamu hamilkan anak orang ke Kane?”tuduh Tuan Johan tanpa bertapis.

“Isy, apa daddy ni. Ke situ pulak perginya. Tak mungkin la Kane berani lakukan hal tu pada orang lain. Tak. Kane cuma nak berkahwin. Itu aje.”

Berdengus tak percaya Puan Nona dibuatnya. Bicara tak masuk akal anak tunggalnya itu benar-benar buatkan dia hampir diserang jantung. Memangnya apa yang dah buatkan anak lelakinya ini begitu nekad hendak berkahwin awal?Umur pun belum masuk 25 tahun. Belajar pun belum habis. Kerja jangan la kata. Hidup pun masih ditanggung keluarga. Inikan nak berkahwin?

“Kamu tahu bukan perkahwinan tu bukan satu gurauan?Ianya adalah amanah dan tanggungjawab yang kamu kena galas hingga akhir hayat?”Tuan Johan cuba hendak dapatkan kepastian. Dia masih belum dapat proses dengan apa yang dia baru dengarkan sebentar tadi.

“Ya. Kane tahu. Seperti yang daddy tunjukkan selama ni pada mommy. Kane faham.”

“Apa yang kamu faham?Kane…kahwin ni bukan main-main tau. Memangnya kamu dah ada calon ke?”Puan Nona menambah lagi.

“Mestilah.”pantas Kane menjawab.

Tuan Johan memandang Puan Nona. Dia cuba dapatkan bantuan isterinya untuk katakan sesuatu. Tapi Puan Nona turut memandang Tuan Johan dengan reaksi yang sama. Pasangan itu sama-sama kebingungan dan tercengang.

“Dah berapa lama kamu kenal dia?”

Kane mengedip-ngedipkan mata dengan soalan itu. Faktanya dia tak kenal. Mereka tak bercakap banyak pun. “Dua bulan?”sejak kali pertama dia kerja di kafe tu. Sejak tu?Boleh kira kan kalau macam tu?

“Berapa umurnya?Apa pekerjaannya?Keluarga dia lakukan apa?Bagaimana dengan peribadinya?Kamu tahu bagaimana dia bergaul?Ada history jenayah?”bertubi-tubi Puan Nona tanya.

“Soal tu…umm..”Kane membuat muka tidak pasti. “Belum pasti lagi. Tapi apa yang Kane tahu, dia lebih tua dari Kane. Dan mempunyai anak.”

“Apa dia?”Tuan Johan mengangga luas.

Mata Puan Nona membuntang luas. “Kamu dah hilang akal ke Kane?”

Dah kenapa nak terkejut sangat?Apa salahnya?Bukan ke lebih baik berkahwin dengan wanita yang lebih berusia?Mereka lebih matang dan bijak buat keputusan. Soal anak tu, apa salahnya. Dia boleh aje jadi bapa sambung untuk anak tu.

“No!A big no. Kenapa kamu nak berkahwin dengan wanita yang lebih tua dari kamu. Ibu tunggal pula tu. Memangnya apa yang buat kamu begitu nekad nak berkahwin dengan dia?”Tuan Johan menggeleng tidak setuju.

“Dia paksa kamu ya?Ke dia tahu kamu ni anak tunggal kepada keluarga kita ni sebab tu dia nak kamu kahwini dia?Adakah dia telah manipulasi kamu untuk perkahwinan ni.”

Terus Kane laju-laju menggeleng kepala. Dia pandang Puan Nona dengan riak terasanya sebelum memandang Tuan Johan. “Tak. Sebenarnya dia tak tahu pun Kane nak berkahwin dengan dia. Dan dia tak tahu pun siapa Kane sebenarnya. Kane yang sukakan dia. Kali pertama Kane nampak dia, Kane terus yakin yang Kane nak jadikan dia pasangan Kane.”bersungguh dia beritahu. “Sumpah!Mommy dia tak tahu menahu pasal ni. Dan tak pernah pun cuba hasut Kane untuk buat keputusan ni?”

“Oh my goodness Kane. What on earth is happening inside your head right now?”kelu tak terkata dibuatnya, Tuan Johan menekap tangan ke dahi sambil menggeleng kepala tak percaya.

Kane mengebilkan mata.

Kenapa?Salah ke permintaan dia ni?Kahwin aje pun. Bukannya dia nak rompak bank atau rasuah orang. Malah dia nak buat kebaikan dengan bantu ibu tunggal seperti Evelyn. Dengan innocent Kane memandang mommy dan daddynya silih ganti. “Boleh kan?Mommy?Daddy?”

Puan Nona hendak menangis. Entah kenapa dia rasa sebak bila satu-satunya anak lelaki kesayangannya ini buat permintaan berat ini. “Kamu yakin ke dengan keputusan kamu ni? Kamu bersedia nak galas tanggungjawab sebagai suami?Lagi-lagi pilihan kamu tu lebih tua dari kamu dan mempunyai anak?”soalnya dengan lembut.

“Ya.”

“Ahhh…tengkuk saya sayang!”Tuan Johan tiba-tiba mengerang sambil memegang belakang leher. Lelaki itu memejam mata dengan erat.

“Abang!”Puan Nona bangkit dari situ lantas mendapatkan suaminya dengan lekas. “Awak tak apa-apa?”

“Anak bertuah tu!Bawak budak bertuah tu keluar dari sini sekarang!”Tuan Johan memberi arahan pada butler yang ada di ruang makan itu.

Kane pantas berdiri. “Boleh ya daddy kan?”

“Sudah!Daddy tak nak dengar apa-apa lagi. Keluar kamu!”

“Kane boleh kahwin kan?”

“Budak ni kan!Kamu nak sangat daddy baling pinggan ni agaknya!”Tuan Johan bangun mengejut dari situ sambil memegang pinggan makanannya. Sudah bersedia hendak melemparkan ia ke arah Kane.

“Abang..bawa bertenang. Jangan macam tu.”Puan Nona sudah memeluk tangan Tuan Johan.

Sementara butler di situ menghadang Kane untuk melindungi tuan muda mereka. Keadaan ruang makan itu menjadi riuh tak semena. l

“Kane nak kahwin jugak. Daddy izinkan atau tak?"

“Ke sini kamu!Biar daddy suap kamu dengan pinggan ni. Biar betul sikit fikiran tu. Orang tua penat-penat besarkan, boleh pulak dia buat perangai tak betul macam ni!Habiskan belajar dulu. Kerja. Stabilkan hidup tu dulu. Baru fikir nak kahwin!”bebel Tuan Johan sudah bergerak hendak mendapatkan Kane. Namun Puan Nona mengekangnya.

“Daddy dengan mommy kan ada?”dengan blur Kane menjawab. “And yes. I will finish my study and working. Tapi apa salahnya kalau lakukan semua tu selepas berkahwin kan?”selamba aje Kane beritahu. Langsung tak ada rasa teragak-agak.

“KANE NORTH!!”ngaum Tuan Johan selantangnya.

mcm childish ya watak Kane ni? Hahaha...nak buat watak lelaki matang ni mcm dh bnyk aje kan?so why not guna watak childish pulak...harap okay la ya.

Share this novel

nysyatt
2025-08-13 19:48:45 

suka sya baca..best...teruskn hingga akhir k..

Fatimah Mutazali
2025-08-11 14:53:10 

thanks update author teruskan berkarya sis suka cerita ni lain dari yg lain


NovelPlus Premium

The best ads free experience