Chapter 7 : Kafe Kegemaran

Drama Series 4259

Flashback

Sebulan yang lalu,

Disebabkan Kane jenis orang yang tidak betah duduk mendiam tidak berbuat apa, dia gemar lakukan sesuatu untuk mengisi masa terluang yang ada. Kalau dalam jadualnya masih ada yang kosong akan Kane isikan dengan pelbagai aktiviti. Sama ada urusan di universiti, atau internship, aktiviti kelab persatuan, kerja part time, aktiviti riadah mahupun bisnes akan dia padatkan selagi masih ada ruang.

Selepas dapat tahu sahabatnya, Randy ada membuka sebuah kafe berdekatan dengan apartment tempat tinggalnya, Kane apa lagi. Cepat-cepat la dia mohon untuk bekerja di kafe sahabatnya itu.

Hari pertama lagi dia dah mula sibuk di kafe tersebut. Macam-macam kerja kena buat. Bukan setakat jadi barista aje, dia la yang restock barang, dia juga yang cuci pinggan kotor, dia jugak yang mengemop. Tapi sikit pun Kane tak rasa beban apalagi kepenatan. Sebab bagi Kane itu la cara dia nak berseronok.

Dari sehari kepada seminggu. Mula pada hari itu Kane mula perasan akan kehadiran seorang pelanggan wanita tetap di kafe. Selalu dia perasan pelanggan wanita itu akan pesan minuman yang sama dan duduk di tempat yang sama. Paling dia hafal adalah waktu pelanggan wanita itu datang dan pergi.

Awalnya Kane tak ambil peduli, sampai la satu masa dia melihat pelanggan wanita itu menangis sendirian semasa duduk di meja. Sejak itulah Kane mula tertarik untuk tahu lebih lagi siapalah pelanggan wanita tetap kafe mereka yang satu ni.

Kehadirannya penuh misteri, namun penuh di nanti.

End of Flashback

“Serius kau jumpa dia lagi?”tanya Randy sewaktu membersihkan mesin espresso di depan kaunter.

“Ya. Dekat company ayah aku siang tadi.”beritahu Kane sambil tunduk membersihkan sinki. Perasaannya masih kesal kerana tak dapat nak berborak panjang dengan kakak cantik tu lagi. Dia dah smitten habis dengan kakak tu. Elok aje orangnya. Cantik. Tinggi. Gaya pun bersederhana. Jadi dari awal masa nampak dekat kafe hari tu dia tak expect yang kakak cantik tu lebih tua dari dia. Sebab penampilan kakak tu nampak macam orang seusia dengan dia.

“Dapat borak tak dengan dia?”ketawa Randy yang memang tahu side crush Kane terhadap customer tetap kafe mereka itu. Wanita berambut hitam ikal itu sering mengunjungi kafe mereka. Hampir setiap hari hingga lewat malam. Order minuman yang sama. Duduk di meja yang sama. Jadi tak hairan la kenapa Kane boleh minat dekat customer mereka tu. Sampai sanggup lari semata nak pulangkan barang. Last-last eksiden pulak. “Dia cakap apa aje dengan kau?”

“Itu yang aku tak puas hatinya.”Kane campak kain lap ke kaunter. “Aku tak cakap apa-apa lagi dia dah reject aku. Aku tak sure la alasan dia cakap dia dah ada anak dan lagi tua dari aku tu betul ke tak. Tapi rasa macam dia sengaja nak mengelat pun ada jugak.”

“Ahaahah…dah parah betul kau ni.”ketawa Randy lagi.

Kane pandang Randy dengan kening mencerlung geram. Ketawa?Tak nampak ke member tengah frust menonggeng sekarang ni? “Nampak tak aku tengah serius ni? Bolehnya kau ketawa?”tak sensitif betul la Randy ni. Entah kenapa la dia jadikan lelaki ni teman berborak dia!

“Dah benda betul, takkan la nak aku menangis pulak. Kau tu dah kemaruk sangat dengan customer kita tu hah. Kalau betul dia dah ada anak macam mana?Entah-entah dah kahwin?Macam mana?”

“Aku tahu la dia belum kahwin lagi. Aku tak pernah nampak dia pakai cincin ke apa. Dan selalu keluar sendiri. Jarang pegang fon. Apalagi bawak lelaki. Kalau dia ada anak pun apa masalahnya?”

Randy menggeleng kepala sambil berdengus kecil. Dah buang tebiat betul rakannya ni. Beria sungguh nak dekat akak tu. Dah jelas-jelas orang tu taknak!

“Dia tahu umur kau berapa?”

“Tahu.”

“Kau ada tanya status dia apa?”

Entah. Dia sendiri tak sempat nak tanya lebih. “Tak.”

“Kau tahu umur dia berapa?”

“30 katanya..”Entah betul entah tidak tu. Kane tak pasti.

“What?30?No wonder la dia reject kau…jauh bezanya tu Kane.”

“Apa masalahnya. Kalau aku 30 dia 40 pun aku tak kisah. Dah aku suka.”

“Haih kau ni la. Mabuk bayang betul dah ni. Kane, kalau memang betul akak tu umur 30 dan ada anak, sekalipun dia nak dengan kau. Mak bapak kau tu nak ke setuju?”

“Mesti la. Seumur hidup aku, tak pernah sekali parents aku bantah dengan keinginan aku ni. Even aku nak kerja dekat sini dia orang pun tak halang.”

“Kau ni pun la, buat perangai tak fikir-fikir.”

“Sebab aku berfikir la aku macam ni.”Kane menyilang tangan ke dada. “Tak kira. Kalau akak tu tak nak kenal dengan aku. Biar aku yang kenal dengan dia dulu.”

Randy membuat muka tak terkata mendengarnya. Lantas dia kembali menyambung kerjanya semula. “Kau sedar kau tu belum habis belajar?Menggatal nak mengurat mak orang.”

“Apa masalahnya. Parents aku kaya raya. Aku anak tunggal. Sole heir bisnes family aku. Mana-mana perempuan mesti akan nakkan aku.”

“Yakin?”Randy memincing mata hendak kepastian. “Kalau akak cantik tu still taknak kan kau sekalipun kau jutawan, kau nak buat apa?Jangan kau datang aku menangis sudah. Masa tu memang aku tendang kau keluar ke kaki lima.”gelengnya.

Kane membuat muka. Haish. Tak boleh harap betul. Kalau kut ya pun tak setuju. Tak boleh ke at least bagi dia sokongan atau semangat?Ini tidak tak habis-habis nak buat dia down.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience