Chapter 6 : Interview Lulus

Drama Series 4259

Oleh kerana Evelyn keluar rumah begitu sahaja tanpa sebarang persediaan mahupun kebenaran kedua orang tuanya, Evelyn terpaksa menanggung kesannya iaitu hilang sumber kewangan. Dia ada kad kredit, tapi tak boleh guna kerana ayahnya boleh mengesan keberadaan dirinya melalui penggunaan kad kredit tersebut memandangkan ia atas nama ayahnya. Nak gunakan kad bank akaun sendiri pun sama jugak. Sebab akaunnya dibawah pemantauan mamanya pula. Kalau berlakunya sebarang transaksi, maka dengan mudah kedudukannya akan terdedah. Demi memastikan kedudukannya tidak terdedah, nak taknak dia kena cari kerja lain dan menggunakan akaun lain untuk dapatkan wang.

Sekarang ni wang dia adalah wang simpanan tunai yang dia miliki sebelum melarikan diri. Dan duit ini seperti air. Semakin banyak ia mengalir semakin berkurangan kuantitinya. Lagi-lagi dengan keperluan Neo serta bayaran gaji untuk Nanny Laila. Makin bertambah sempit dia rasakan.

Evelyn cuba propose kerja dekat kedai-kedai biasa. Seperti pasaraya serbaneka, kafe, restoran mahupun company. Tak ada satupun yang menerima Evelyn bekerjasa selepas dapat tahu yang umurnya sudah masuk usia 29 tahun serta status single tapi ada anak.

Bila Evelyn tahu dan sedar kenapa dirinya ditolak, perasaan nak mencarut ada. Nak menangis pun ada. Semuanya bercampur baur.

Memangnya hina sangat agaknya kalau orang terima dia bekerja.

Dan banyak-banyak kerja yang dia lamar, tinggal syarikat ini sajalah harapan yang dia ada. Kalau lepas ni tak dapat langsung. Nampak gayanya memang kena merangkak la dia balik ke pangkuan keluarga semula.

“Berdasarkan resume awak ni, pengalaman kerja awak sangat baik. Malah pernah menjadi Branch Manager sebuah syarikat terkemuka. Beberapa lagi pengalaman lain yang sangat berkualiti untuk menjadi seorang ketua team atau COO. Tapi apa yang buatkan kamu berhenti kerja dan memilih untuk jadi staf admin saja?”penemu duga hadapan Evelyn pandang hairan.

Evelyn tersenyum nipis. Macam biasa la. Jawapan dia tetap sama setiap kali ada yang bertanya. Dah pasti dia akan jujur mengenainya. “Sebab saya baru-baru ni ada anak…”

“Jadi kamu dah berkahwin?”

“Tak.Belum berkahwin.”Evelyn menarik senyum kelat setelahnya. Dia boleh agak apa reaksi pegawai depannya ini. Sebab itu yang selalu terjadi lepas mereka dengar tentang statusnya. Kalau betul, dia tak ada harapan lagi. Tak ada apa-apa yang dia boleh lakukan. Terpaksa la dia ceritakan hal sebenar pada keluarganya dengan harapan mereka dapat bantu dia nanti.

“Ohh. Belum berkahwin. Jadi kamu berhenti kerja selepas mempunyai anak la ni."wajah penemu duga itu kelihatan bersahaja.

"Ya."

"Hmm, nak buat macam mana kan. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Kita tak boleh nak agak sebarang kemungkinan yang berlaku selepas sesuatu keputusan tu dibuat.” penemu duga yang dikenali sebagai Encik Edris itu berkata perlahan sambil memeriksa resume Evelyn untuk kesekian kali. “Kalau itu yang cik mahukan, saya boleh proses proposal cik untuk bekerja di syarikat kami.”ujar Encik Edris. Dia menyusun resume Evelyn sebelum disimpan ke dalam sampul surat.

“Hah?”membuntang mata Evelyn lepas dengar. Mimpi ke ni?Atau ada kamera tersembunyi dekat sini?Atau dia yang salah dengar.

“Saya terima proposal cik untuk bekerja di syarikat kami. Tapi cik pasti untuk kekal dalam jawatan staf admin saja?Dengan kelayakan cik ni, cik boleh berada di pangkat lebih baik?”tawar Encik Edris pula.

“Eh tak apa la. Dapat bekerja pun dah kira cukup untuk saya.Lagipun saya takut orang mengata belakang saya sekiranya saya berada di pangkat yang tinggi.”Dia dah ceburi bidang korporat ni sejak usia 19 tahun lagi. Jadi dia dah lalui macam-macam perkara dalam dunia pejabat ni.

Banyak buruknya dari yang baik. Lagi-lagi bab mengata dan memburukkan orang. Terutama sekali dengan status dia. Memang berisiko tinggi.

“Baiklah. Kalau itu yang cik mahukan. Saya akan hubungi cik untuk maklumat lanjut.”

“Terima kasih Encik Edris.”Evelyn hulur tangan untuk berjabat dengannya.

“Saya pun begitu.”senyum Encik Edris menyambut tangan Evelyn lalu digoncang sekali.

Selesai sahaja sesi temu duganya, Evelyn keluar dari bilik berdinding kaca itu terus menuju ke lif. Berdiri saja didepan lif itu, pintu lif ikut terbuka. Seakan harinya lancar saja dia rasakan ketika itu. Gembira tu jangan ditanya la. Memang bertimbun-timbun rasanya! Nanti balik nak belikan daging. Suruh Nanny Laila masakan untuk raikan berita gembira ni.

Punyalah gembira Evelyn rasakan ketika itu, dia tersenyum semasa pintu lif terbuka sekali lagi apabila ada penumpang lain nak masuk ke situ setelah ia berhenti di suatu tingkat. Siap tahan pintu lif dari tertutup pulak tu! Sekali bila matanya terarah pada susuk lampai berkemeja kelabu dengan tie hitam di luar lif, senyuman Evelyn terus melurut kendur perlahan-lahan.

Mata tidak berkedip. Alis terjungkit tinggi.

Evelyn tercengang di situ.

Heh?

Apakah?

Matanya berkedip laju kerana terkedu.

What!

In !

The!

World!

“Terima kasih tahan-“ucapan tersebut terhenti apabila orang yang berjalan masuk ke dalam lif itu bertentang mata dengan Evelyn.

Seperti lif itu dihimpit sempit dengan dinding besi, Evelyn tiba-tiba menahan nafas tanpa sedar. Dia bengong sendiri sebelum memandang semula wajah yang awalnya seperti pelajar universiti kini seperti seorang lelaki dewasa yang matang.

Wahhh…kecik betul kan bumi ni?Berpinar sikit mata dibuatnya.

“Cik?”lelaki itu tidak semena tertawa kecil kerana berasa terkejut melihat Evelyn sebelum menayang senyuman ekslusifnya.

Ya!Cik yang jadi punca tangan anak orang berdarah hari tu gara-gara nak selamatkan dirinya ini. Sudah seminggu sejak kejadian tu berlalu.

Sejak itu juga Evelyn sudah lupa mengenainya kerana terlalu sibuk mencari kerja. Budak ni pun tak call tak apa. Memang terlupa terus dah. Jangan cakap akak tak payung ya. Evelyn memang tunggu panggilan dari lelaki ni. Tapi sampai ke sudah tak ada satupun panggilan yang dia terima. Jadi dia sendiri langsung tak ingat la.

"Kamu..."

“Oh ya. Sebelum terlupa. Kenalkan nama saya Kane North. Saya internship dekat sini. Dekat tingkat 20. Team Creative Department.”lelaki lampai a.k.a barista muda itu menghulur tangan pada Evelyn.

Evelyn tunduk memandang tangan kanan tersebut untuk sesaat sebelum menggengamnya dengan gugup. Tetiba nak gugup dah apahal pulak kan?Itu yang buat dia teragak-agak tadi. “Iya ke. Jadi barista tu part time aje la?”

Kane tersenyum senang apabila akhirnya dia dapat kenalkan diri kepada Evelyn. “Ya. Part time saya. Saya ni jenis tak suka duduk diam. Jadi bekerja aje la sebagai hiburan saya."

Pintu lif terbuka. Setelah mereka tiba di lantai lobi. Buatkan Evelyn cepat-cepat menarik tangannya dari cengkaman mereka. Buat dia berpeluh aje la semua ni! Mereka berdua keluar dari situ serentak.

“Apa yang Cik Evelyn buat dekat sini?”

“Kerja.”

“Kerja?”

Evelyn berhenti berjalan. Dia berdiri menghadap Kane. “Ya kerja. Mungkin kita akan berjumpa lagi lepas ni.”

Menaik kedua belah telinga Kane lepas dengar. Matanya ketika itu bersinar-sinar seakan teruja kerananya. “Kalau macam tu-“

Tak sempat Kane nak teruskan ucapannya, Evelyn cepat-cepat bawa tangan ke depan mulut Kane tanda stop. “Ah..ah…no. Saya tahu kamu nak cakap apa. Tapi no.”

“Saya tak cakap apa-apa lagipun.”kedip Kane.

“Sebab saya tahu apa yang kamu nak katakan.”Evelyn melepaskan hela panjang mengalahnya. Ini mesti budak ni cuba nak berkawan dengan dia dengan alasan sebagai rakan sekerja bagai apa semua kan. “Tak boleh maknanya tak boleh.”

Hilang kata-kata Kane dibuatnya. Dia belum cakap apa-apa lagi dah kena reject?Serius la?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience