Chapter 4 : Nak Kenal

Drama Series 4259

“Kamu berdarah ni?”cepat-cepat Evelyn memegang tangan tu. Sebu dadanya. Tak memasal betul la!

Dengan marah Evelyn menoleh ke kumpulan remaja sekolah yang berbasikal di kirinya tadi. Disebabkan masing-masing masih berpakaian uniform sekolah, boleh diagak yang mereka ni baru pulang dari kelas tambahan. Bertentang saja mata dengan Evelyn masing-masing membatu. Mereka semua dalam keadaan terkejut sampai tak bergerak sejak kejadian tadi berlaku.

“Hei budak!”bangun Evelyndari situ.
Terkulat-kulat mereka dekat situ dibuatnya. Walaupun bentakan Evelyn tidak selantang mana, ianya tetap masih memberi kesan pada mereka.

“Apa yang kau orang belajar dekat sekolah hah sampai peraturan dekat jalan raya pun tak tahu?”

“Maafkan kami aunty...”cepat-cepat mereka bersuara.

“Maaf?Kalau aku mati katak kena langgar tadi macam mana?Kalau abang yang cuba selamatkan aku tadi kenapa-kenapa macam mana?Kau orang nak menjawab ke dekat mak bapak dia!”terus Evelyn mencekak pinggang selepas menghadap mereka. “Baik kau minta maaf dekat abang tu sekarang!Gara-gara kau orang la dia dah cedera!”tundingnya selepas itu ke arah barista muda tadi.

“Ahh!Maafkan kami abang!”tunduk mereka semua serentak selepas itu.

Masih tidak puas hati, Evelyn mencekak pinggang lagi. Kecik besar dia menengoknya. Kalau anak sendiri memang dah kena ketuk sorang-sorang dekat kepala tu! “Buat lagi perangai berbahaya macam tadi. Tahu la apa aku nak buat. Lokap jawabnya!Dah balik rumah sana!”

Seperti tidak cukup tanah, mereka semua terus mencicit lari dengan basikal masing-masing tanpa berlengah lagi. Tak berani nak menoleh.

Dasar budak bertuah!

Kalau dia betul-betul kena langgar tadi, mahunya Neo membesar tanpa ibu. Dah la banyak urusan dia belum selesai!
Bolehnya la-

“Cik sure, cik tak apa-apa?”suara itu sekali lagi buatkan Evelyn tersentak. Dia pantas berpusing ke belakang.

Lupa pulak!“Ah ya…saya tak apa-apa.”mata Evelyn terarah pada wajah barista itu sebelum ke tangan yang sedang dipegang olehnya.
Tak serius, cuma berdarah sebab bercalar macam tu aje. Tapi itulah, kesian pula dia perhatikan.

Sudahlah dia lambat. Nak kena hadap urusan kemalangan ni lagi. Makin lambat la jawabnya. “Macam teruk aje luka tu. Mari akak hantar kamu ke klinik. Takut kena infection pulak tangan tu.”

“Eh tak apa. Calar sikit je ni.”

Terus Evelyn berdengus kecil. Lucu dia bila dengar. Tak pernah dia gelar akak dekat sesiapa. Biasanya dia gelar aku kau aje. Tak kira la dengan yang muda atau tua. Semua sama aje. Barista muda ni yang dapat priviledge dari dia sebab dah selamatkan dirinya tadi.

“Terima kasih selamatkan akak tadi. Kalau bukan kamu, entah la apa nasib akak tadi.”Evelyn tunduk menyeluk tangan ke dalam beg. Cuba nak dapatkan purse kecil card business dia. “Macam ni aje la. Akak bagi nombor kat kamu. Kalau ada yang perlu diganti rugi ke apa ke…kamu call aje. Akak bayar.”di seluk-seluk tangannya dekat dalam beg tu. Tak jumpa pulak benda alah tu. “Mana pulak ni?”

Lantas tangan yang bercalar pada tapak tangan muncul di depan Evelyn tidak lama kemudian. Purse kecil card business milik Evelyn disua kepadanya.

“Cik cari ini ke?”

Evelyn terus pandang ke tangan itu dengan terkejut sebelum memandang muka barista di hadapannya. Lah…dekat budak ni ke?

“Cik tertinggal ni dekat kafe tadi. Itu yang saya keluar cari. Kebetulan masa saya nampak cik terjatuh itu yang saya tolong selamatkan.”segan silu barista tu beritahu. Kedua belah telinganya jelas kemerahan.

“Buat susah kamu aje.”ucap Evelyn yang semakin serba salah. Bolehnya kebetulan ya. “Terima kasih sekali lagi.”dia keluarkan sekeping kad dari purse itu lalu diserahkan kepada barista muda tu. “Make sure kamu call akak. Tak kira apa sekalipun, akak akan balas jasa baik kamu ni.”

Dengan lebar barista muda itu tersenyum. “Kenapa gelar diri cik sebagai akak?Memangnya muda sangat ke saya di mata cik?”

Alis Evelyn terjungkit sebelah. “Hm?Well obviously la saya yang lebih tua dekat sini kan? Tak salah rasanya kalau saya gelar diri saya akak memandangkan kamu lebih muda dari saya.”

Barista muda itu tertawa kecil. Menampakkan lekukan kecil di pipinya. “Tak adalah muda sangat.”belakang kepalanya yang tidak gatal digaru.

“Berapa umur kamu kalau macam tu?”

“Umur saya baru 23 tahun.”

Duhhhh!Muda la tu! Nak banding dirinya ni hah dah nak masuk tiga siries hah. Jauh bezanya. Evelyn hampir hendak ketawa lepas dengar. Bertuah punya budak. “Umur akak 30.”dah alang-alang tu genapkan aje la terus. Senang. Dia tak expect apa-apa. Lagipun dia sedar diri bahawa dirinya sudah berusia.

“Muda lagi."gumam barista itu dengan perlahan bersama senyuman manis di bibir.

Terdiam Evelyn. Dia pandang barista didepannya dengan mata tidak berkedip. Perli ke puji ni? Kenapa dia tak happy? “Dah. Jangan nak melebih. Kalau kamu nak mengurat bukan dengan akak. Akak ni dah ada anak. Ngurat gadis yang seusia dengan kamu.”satu pek tisu disua letakkan ke tangan barista muda itu tanpa berlengah. “Apapun, nanti jangan lupa call akak ya…sorry sangat sebab akak tak boleh nak tunggu. Akak betul-betul dah lambat ni."

Barista itu pandang pek tisu itu buat seketika sebelum memandang Evelyn semula. Dia baru sahaja hendak memberitahu namanya tetapi Evelyn sudahpun pergi menyeberang jalan meninggalkan dirinya sendirian di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience