Series
19497
Evelyn berjalan masuk ke dalam lobi sebelum melewati pagar berpalang menggunakan ID pekerja yang tergantung pada tali pinggang skirt. Sesampai di pintu lif, seorang pekerja turut muncul bersama jambangan bunga di tangan.
Bunga Lilac ungu.
Yang mana membuatkan Evelyn berpaling untuk melihatnya. Sebab bunga lilac ungu adalah bunga kegemarannya. Dahulu dia sering diberikan bunga. Sepanjang masa Evelyn berdiri sebelah staf tersebut, dia lirik aje bunga lilac tu dengan senyuman cemburu. Siapa aje la yang bertuah dapat bunga ni.
Apabila pintu lif terbuka, mereka berdua dengan serentak ikut berjalan keluar di tingkat yang sama. Dan Evelyn perhatikan. staf tersebut berdiri depan pintu masuk laluan ruang cubicle dia. Sehinggalah staf itu berdiri lalu melaung.
"Siapa di sini bernama Evelyn Rose?"
Terkejut Evelyn bila dengar. Dia dengan ragu-ragu jalan mendekati staf tersebut lalu berdiri di hadapannya.
"Ya, saya Evelyn Rose."
"Oh, ini bunga untuk awak." kata staf itu sambil menyerahkannya kepada Evelyn.
Hah?Untuk dia?Evelyn pandang jambangan bunga itu dengan mulut terbuka kerana tak terkata sebelum mengambilnya. "Terima kasih." ucap dia.
Lantas staf itu berlalu pergi. Meninggalkan Evelyn yang terpinga-pinga sendiri.
Dah siapa pulak yang bagi bunga ni? Evelyn membelek-belek celah bunga lilac itu, dengan harapan ada kad ucapan ke atau alamat yang boleh beritahu dia siapa pemberinya. Namun tiada.
"Amboi, pagi-pagi lagi ada yang beri bunga..." muncul rakan sekerja Evelyn sewaktu wanita bersanggul kemas itu jalan melewatinya di hadapan pintu masuk.
Masih terpinga-pinga Athena berjalan ke meja kerja. Bila dia duduk di kerusi, bunga itu di pangkuan sambil dia capai telefon dalam beg tangan.
"Siapa yang bagi tu?Kekasih ke?" tegur staf lelaki yang duduk di cubicle bertentangan Evelyn pula. Kepalanya terjegul di situ.
"Eh...mana ada kekasih. Saya sendiri tak tahu siapa yang beri."Evelyn balas sambil pandang dengan reaksi funny pada staf lelaki tersebut.
"Iya ke ni tak ada kekasih?"
"Hihi hihi...paling tak pun, entah-entah secret admirer."
"Ihh...dah la. Baik duduk. Nanti karang, Manager Lee nampak, mahunya si botak tu menyibuk..." komen staf wanita berambut bob cut sebelah meja Evelyn pulak menyampuk.
Mereka disitu apalagi cepat-cepat beransur ke meja masing-masing. Membiarkan Evelyn sendirian. Dan buatkan Evelyn tersenyum terima kasih pada rakan sebelah mejanya itu.
Disebabkan Evelyn tak ada sesiapa lagi yang nak disyakkan, dia beranggapan Kane yang memberikan dia bunga. Yalah siapa aje lelaki yang dia temui di syarikat ni selain Kane. Dah tak ada orang lain dah!
Setelah mendail nombor Kane, Evelyn menghubungi lelaki itu. Langsung tak ambil masa lama untuk panggilannya di jawab. Hanya beberapa saat aje Kane terus angkat.
"Wow....mimpi apakah ini kakak kesukaan saya call saya awal pagi macam ni?Nak say good morning ke?"ceria seperti biasa Kane dalam panggilan tu.
Evelyn hanya membuat muka menyampah namun tersenyum nipis. "Jangan nak perasan sangat. Ni saya nak tanya. Kamu ada berikan saya apa-apa ke pagi ni?"
"Hm?Berikan apa?Cinta saya ke?"Kane ketawa. "Kalau cinta dan hati saya, dah lama saya bagi dekat akak, akak aje yang tak terima-terima..."
Evely nsentuh kuntuman bunga lilac dalam jambangan bunga tu. Tak mungkin la Kane tahu bunga kegemaran dia apa? "Jangan nak bergurau la. Saya tanya serius ni. Ada bagi apa-apa tak?"
"Belum lagi. Rancang nya macam tu. Tapi saya belum sampai ofis lagi ni hah. Masih stuck dekat jammed. Kenapa akak tanya?"
Terus drop riak muka Evelyn lepas dengar. Sentuhan pada bunga pun ikut berhenti. "Kamu tak bagi apa-apa?" kalau macam tu, bunga lilac yang dia terima ni dari-
"Tak ada."
Evelyn terus tunduk memandang jambangan bunga di atas pangkuannya dengan ngeri. Takkan Eli yang bagi?
Ishhhh!
Terus Evelyn campakkan ke meja.
"Hello?Akak?"
Evelyn pandang jambangan bunga itu sambil memegang telefon dengan erat ke telinga. "Oh..okay. Tanya aje...drive elok-elok." pesannya cuba untuk setenang yang boleh.
"Sayang jugak akak dekat saya kan, siap pesan bagai. Berbunga hati saya pagi-pagi ni." Kane balas dengan ceria dalam panggilan tu.
"Dah....saya letak panggilan ni."
"Okay. Jumpa nanti. Bye..."
Evelyn meletakkan telefonnya di atas meja dengan kening mencerlung marah. Dadanya mula berombak-ombak. Kenapa lelaki tak guna tu hantar bunga pada dia?Tak sedar diri ke diri tu dah beristeri?
Terus Evelyn capai jambangan bunga tu lalu bergerak ke arah tong sampai berdekatan dengan mesin air kosong. Terus dia sumbat kasar-kasar jambangan bunga itu ke dalamnya.
Jijik!
Itu perasaan Evelyn. Berani betul lelaki tu!Mentang-mentang dah tahu dia kerja dekat mana, suka hati hantar barang dekat dia!
watak Kane ni childish sangat ke?
Share this novel
ok je . suka baca. mcm cite korea pulak