Series
19497
Kening Kane mencerlung.
Pandangan Evelyn menunduk ke bawah. Tangannya pada Neo mengerat kerana malu dan serba salah pada Kane hinggakan matanya tidak berani hendak bertemu dengannya.
Melihat air muka Evelyn dan kerutan gusar di kening itu, Kane serta-merta faham dengan apa yang sedang berlaku ketika itu.
Jadi sebab itulah Evelyn menangis lepas mereka meeting dengan Eli tempoh hari.
Semuanya disebabkan Eli adalah bekas teman lelaki Evelyn yang dah tinggalkan Evelyn semasa mengandungkan Neo. Dan end up berkahwin dengan orang lain.
Pertemuan mereka itu jadi punca Evelyn susah hati.
Lantas Kane memandang Eli dengan renungan dingin sebelum menyerahkan Neo kepada Evelyn. Sambil berbuat demikian, dia berbisik.
"Akak, izinkan saya masuk campur urusan akak." berhati-hati Kane meletakkan Neo ke bahu Evelyn.
"Apa?" Evelyn tersentak. Mata berkacanya menatap tatapan redup Kane yang sedang tersenyum lembut padanya.
"Ya atau tak?" Kane pandang Evelyn.
Sambil mengeratkan pelukannya pada Neo, Evelyn kemudiannya mengangguk kepala.
Lantas Kane berpaling ke Eli. "Maafkan saya Encik Eli. Saya tak rasa sekarang waktu yang sesuai untuk Encik Eli datang menemui Evelyn. Sebab dia sendiri ada meeting sekejap lagi. Kalau ada apa-apa Encik Eli mungkin bercakap dengan Evelyn di luar waktu bekerja." Kane beritahu dengan nada profesionalnya.
Terus kendur sengih meleret Eli lepas dengar. Dia buat muka semasa berkata. "Apa dia?"
Evelyn ikut berpaling. Dia tenung tepi wajah Kane dengan riak terkejut.
"Saya tak rasa yang Encik Eli ada hak untuk berada di kawasan private ni. Lagi-lagi dengan status Encik Eli. Apa kata orang pula nanti kalau nampak Encik Eli dekati Evelyn begini." Kane berdiri menghadang Evelyn dan Neo.
Dengan renungan tidak suka dan riak berlagaknya, Eli melirik ke arah Evelyn sebelum berdengus kasar. Baru dia faham sekarang. Patut la Evelyn beria menolak ajakannya untuk berbaik semula. Rupa-rupanya dah ada pengganti! "Hei, budak. Ini urusan orang dewasa. Tak payah nak tunjuk hero dekat sini. Baik kamu pergi."
Kane berdengus. Senyuman sinis terjungkit sinis. "Dewasa? I am an adult." dia cakap dengan nada mendatar. "Kalau Encik Eli dah cukup dewasa mesti Encik Eli tahu dan sedar diri Encik Eli tu sudah berkahwin tapi terhegeh-hegehpada bekas teman wanita sendiri."
Mengerenyet mata Eli bila dengar. Dia lirik Kane atas ke bawah mengejek. "Yang kamu ni beria sangat kenapa? Memangnya Evy siapa pada kamu?"
"Dah tu kenapa dengan Encik Eli pulak? Beria kejar bekas teman wanita yang Encik dah tinggalkan? Masa dia mengandung lagi tu?" balas Kane dengan bersahaja.
Ketika itu, Evelyn di belakang pandang kepala Kane sewaktu lelaki itu menghadang dirinya dan Neo dari Eli. Tingkah tenang dan serius Kane benar-benar buatkan Evelyn tercengang seketika. Entah kenapa bila dia tengok Kane begitu, dia tak nampak Kane sebagai seseorang yang lebih muda darinya. Lebih daripada tu, dia berasa selamat.
"Hei, budak. Saya datang ni bukan nak buang masa dengan kamu ya. Ke tepi. Saya nak bercakap dengan Evy."
Lantas Kane berpaling. Dia melirik ke tepi melihat wajah risau dan takut Evelyn untuk seketika sebelum bertanya. "Akak nak bercakap dengan dia ke?"
Tanpa berfikir panjang cepat-cepat Evelyn menggeleng.
Kane memandang Eli semula. "Dia taknak."
"Evy...please jangan macam ni. Berikan saya peluang. Kenapa awak lepaskan perasaan awak terhadap saya macam tu aje?"
Evelyn menggigit bawah bibirnya.
"Jadi sebab tu awak tolak permintaan saya, Evy? Sebab awak dah ada orang lain?"
Kane tidak masuk campur. Dia hanya diam di situ tetapi masih menghadang Evelyn daripada Eli. Dia tak tahu apa yang berlaku sebenarnya dengan jelas. Jadi dia tak boleh melulu masuk campur hanya kerana perasaan cemburunya selepas dapat tahu ayah kandung Neo adalah bakal rakan partner syarikat daddynya sendiri.
"Cukup Eli. Saya dah beri kata putus pada awak. Kenapa awak buat semua ni?"Evelyn melenting.
"Sebab saya nak awak kan semula Evy. Berapa kali saya nak beritahu. Kembali pada saya. Dan biarkan saya galas tanggungjawab saya sebagai bapa kandung Neo."
"Saya taknak. Apa yang susah sangat awak nak faham kata saya ni?"
"Ya. memang saya tak faham. Kenapa awak dengan mudah lupakan perasaan cinta kita?Jangan awak cakap budak hingusan depan awak ni adalah kekasih baru?"Eli turut melenting.
Ketika itulah Kane bersuara. "Kawal suara tu Encik Eli. Ada anak kecil dekat sini
Dan sini kawasan company. apa kata orang kalau mereka nampak. Hentikan semua ni
Dan berhenti ganggu orang yang tak mahu ada kaitan dengan Encik Eli lagi. "tegas Kane.
Waktu itu Evelyn mengetap giginya erat-erat. Dia memandang benci ke arah Eli. "Sebab saya tak cintakan awak lagi. Dan takkan cintakan awak lagi ,Eli. Sampai bila-bila. Jadi tolong hentikan semua ni."
"Macam mana dengan Neo? Takkan awak nak nafikan hak dia untuk tahu siapa ayah kandungnya?" Eli tunding jari ke arah anak dalam gendongan Evelyn.
"Jangan berani awak sentuh Neo. Hak awak terhadap Neo dah lama tiada sejak awak pilih untuk tinggalkan kami berdua..." berona merah air muka Evelyn kerana begitu marah tapi tak dapat nak tinggikan suara.Tak semudah tu dia akan kembali pada Eli selepas apa yang berlaku sepanjang waktu dia mengandungkan Neo.
"Jangan macam ni, Evy. Saya tak cintakan isteri saya. semuanya kerana bisnes. saya memang berniat nak berpisah dengan dia. Jadi kembali la pada saya, ya sayang?"
Kane menoleh ke Evelyn dengan dada sesak berasa takut dan risau. Dia enggan Evelyn kembali pada bekas kekasih Evelyn. Tapi apakan daya dia. Dirinya ini bukan sesiapa buat Evelyn. Dan ianya hak Evelyn untuk bersama dengan sesiapa.
"Tak. Saya takkan bersama dengan awak, Eli. Sebab saya tak dapat cintakan awak sama macam dulu sekalipun kita bersama."Lalu Evelyn memandang Kane dengan perasaan berbelah bahagi. Dia tak sanggup nak pergunakan Eli demi selamatkan dirinya. Tapi dia terpaksa jugak. "Sebab saya akan berkahwin dengan orang lain..."
Menganga mulut Eli sebaik dengar. Matanya terbuntang kaku.
Sementara Kane yang berkunci pandangan dengan Evelyn kejung di situ. Nafasnya tertahan langsung tidak disedari kerana dia terlalu pegun apabila mendengar ucapan Evelyn sebentar tadi.
"Dengan siapa?Dengan budak hingusan ni?"
Evelyn memandang Kane sebelum memandang Eli dengan renungan nekadnya. "Ya. Dan dia bukan budak hingusan. Dia ada nama. Kane North. Sekurang-kurangnya dia tak pengecut macam awak. Jom Kane."Evelyn capai tangan Kane sewaktu menariknya bersama untuk masuk ke dalam bangunan.
Eli betul-betul terkesima. Ibarat ditampar kuat pada wajahnya apabila Evelyn beritahu hal tu.
I dunno about this chapter. is it okay?
Share this novel
okay. sgt..xsabar nk tgu chapter baru♥️♥️♥️