Chapter 15 : Toxic Manager

Drama Series 19497

Pagi itu mereka sibuk semacam. Dengan auditnya yang datang la. Meeting la. Lawatan dari presiden syarikat lah.

Suasana syarikat pada pagi itu seperti dilanda ribut. Evelyn yang masuk-masuk aje ke ofis dah diberikan timbunan kerja tanpa henti. Selesai satu kerja, datang lagi satu. Timbunan tugas baru tidak henti-henti diberikan kepadanya.

Tepat jam 11 pagi barulah keadaan bertenang sedikit. Staf lain pun dah duduk dekat kerusi masing-masing melakukan kerja mereka yang tak terlunas gara-gara buat kerja lain sebelum tu. Kalau tidak ke hulu hilir mereka dibuatnya.

“Evelyn…”panggil manager di hujung cubicle tiba-tiba.

Evelyn yang sedang bergerak ke arah water dispenser terpaksa berpatah balik. Niatnya hendak minum dibatalkan.
“Ya Encik Lim.”sambutnya sewaktu mendekati meja lelaki berambut kerinting itu.
Encik Lim menarik sesuatu dari rak kecil yang ada di atas mejanya sebelum bersandar ke kerusi. Dia lirik butiran dalam kertas itu seketika sebelum dongak memandang Evelyn. “Ni…report invois ni kau yang buat kan?”ujarnya sambil menggoncang perlahan kertas tu.

Evelyn pandang kertas di tangan Encik Lim dengan riak teragak-agak. Memang dia ada sediakan invois. Tapi invois yang dia maksudkan tu yang mana satu. Sebab dekat ofis ni bukan dia seorang handle dokumentasi invois.

“Hei, malah termenung pulak. Aku tanya. Jawab la.”nada Encik Lim meninggi.

“Saya tak pasti invois mana yang encik maksudkan...”berkedip mata Evelyn bila dibentak begitu. Keningnya berkerut.

Tidak semena lelaki itu mencampak helaian kertas itu ke arah Evelyn. “Halah!Halah!Panas betul la aku kalau ada pekerja macam ni. Ditanya, malah dibalas dengan pertanyaan pulak lagi!"

Beberapa kepala mula menjengah dari balik cubicles. Mula memasang telinga hendak ambik tahu.

"Engkau, kalau nak kerja tu biar kerja betul-betul. Sedar sikit diri tu. Untung-untung ada orang nak ambik kerja dengan status kau tu. Mana-mana syarikat memang tak ingin tau jadikan kau tu pekerja dia orang!Dah dapat kerja tu buat cara nak kerja!Bukan kerja cincai, cukup masa dapat paycheck.”

Lontaran lantang Encik Lim menarik perhatian para staf lain yang ada di situ. Mereka mula menoleh dan menjengah leher ke arah Evelyn sedang berdiri.

Mahu tak mahu Evelyn tunduk mengutip helaian kertas di situ. Dia meneliti tarikh yang ada di situ termasuk butiran yang tertera. Bila di periksa, senarai invois itu bukan dia yang sediakan.

“Encik Lim..saya rasa invois ni bukan saya yang sediakan.”beritahu Evelyn.

“Kau tak payah nak mengelat. Kau ingat aku tak tahu ke?Selama ni kau aje yang sediakan invois ni. Tak ada orang lain dah..."

"Memang bukan saya yang sediakan masalahnya sekarang ni."

"So kau nak cakap aku tuduh kau la?”terus Encik Lim berdiri. Lelaki tu mencekak pinggang di depan Evelyn dengan bengis.

Evelyn melepaskan hela panjang. Ikutkan hati memang dia dah balas. Tapi dia perlukan pekerjaannya ni. Taknak la pulak hanya kerana benda simple dia yang dipecat.

“Aku nak kau betulkan semua invois tu dari awal sampai akhir. Sebelum jam 3 nanti aku nak ada dekat atas meja aku…”Encik Lim menambah.

“Kan saya beritahu bukan saya yang sediakan invois ni. Lagipun, kalau saya tak ada salinanya macam mana saya nak betulkan?"bantah Evelyn. Keningnya sedikit mencerun.

“Eh perempuan ni la kang. Banyak cengkadaknya pulak. Dah aku suruh buat tu buat aje la!Kau ada salinannya ke tak ke. Bukan masalah aku. Kerja kau untuk cari. Takkan nak suruh aku pulak buat kerja kau?” kata Encik Lim lagi.

Evelyn mengetap giginya dengan erat. Sedaya upaya untuk tidak mencipta drama di hadapan staf lain di situ. Matanya mengecil dek kegeraman.

Ugh! Dasar si kerinting perut buncit! Kerjanya nak mengarah orang aje. Satu benda pun taknak buat. Balik-balik merokok!Balik-balik bergosip guna phone pejabat. Ketawa terbahak-bahak macam ofis ni rumah sendiri!Ingat dia tak tahu ke selama ni Encik Lim banyak guna duit company untuk berhibur. Tapi suka guna alasan urusan kerja. Dia yang sediakan invois ni rasa macam nak cabut aje kepala si kerinting ni.
“Baik Encik Lim.”akur Evelyn sebelum berpaling pergi. Baru sahaja Evelyn hendak melangkah, telinganya menangkap bisik Encik Lim yang boleh dikatakan agak kuat jugak untuk orang lain dengar.

“Dasar ibu tunggal menyusahkan. Belum kahwin dah kena sara anak. Pastu sibuk nak kerja bila dah kerja nak menyusahkan orang pulak. Beban!”

Langkah Evelyn pun terhenti. Lidahnya mengetik dinding pipi dek kejengkelan. Bukan main cantik betul bahasa tu kan!Kepalanya menoleh ke balik bahu. Melihat Encik Lim sedang bersandar sambil menggaru perut buncitnya.

Berani ya lelaki botak ni menghina status dia?Ingat bagus sangat ke? “Kau tunggu la apa aku nak buat nanti.”katanya perlahan sebelum bergerak ke arah meja. Nak sangat dia yang invois kan. Boleh. Tapi dengan syarat kesemua perbelanjaan orang tua tu menggunakan kad company akan dia selitkan sekali. Baru Encik Lim nanti tahu langit tu tinggi ke rendah!

Hish! Geram betul. Marah-marah Evelyn henyak punggung ke kerusi sebelum menekan tetikusnya dengan kasar.

CLICK!CLICK!CLICK!

Tiba-tiba skrin telefon menyala disekalikan dengan getaran. Memberitahu ada pesanan baru masuk.

Masih dalam keadaan geram, dia capai telefon itu lalu ditilik skrinnya dengan kening berkerut.

Siapa pulak hantar pesanan ni!Nak cari pasal ke?

Baru saja nak sentuh skrin, tidak semena panggilan pula yang masuk. Kelam kabut Evelyn dibuatnya gara-gara terkejut. Tak sempat nak tengok siapa yang menghubunginya, Evelyn terus sentuh butang hijau.

"Hello?" Evelyn memandang skrin monitor selepas itu.

"Hai, busy ke?"suara ceria menyapa.

Yang mana buatkan Evelyn terdiam seketika.

"Kalau akak tak busy, boleh tak kita jumpa sekejap. Ada hal lain nak bincang."Kane beritahu dalam panggilan tu. Dan nadanya lebih ceria dari biasa. Seperti ada udang di sebalik batu.

okay Last update untuk hari ni. biar nak update?tak tahu lagi....apapun terima kasih sudi tunggu dan baca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience