Chapter 37 : Ada Udang Di Sebalik Mi.

Drama Series 19497

Maid meletakkan sepinggan hidangan makanan di hadapan Encik Richard North yang sedang tunduk memandang skrin iPad. Meneliti butiran yang ada di dalam skrin tersebut.

"Kane?" Encik Richard panggil tanpa memandang kerana dia sedang membaca butiran di dalam skrin iPad.

Kane yang sedang berbual dengan mommynya, Puan Eleanor terus memalingkan kepala ke arah daddynya. "Yes?"

Encik Richard berkerut kening sewaktu meletakkan iPad ke tepi cangkir putihnya sebelum memandang Kane. "Kamu pindahkan Manager Lee ke cawangan terpencil? Cawangan yang ada dekat pulau tu?Kenapa?"

Sambil mengangakan mulut kerana mommy dia mahu menyuapkan dia makan, Kane menjungkit kening. "Siapa?" soalnya sambil mengunyah.

"Manager Lee dari Admin Department."

"Oh, si kepala botak tu?"

Puan Eleanor membuat muka. "Tak boleh ke kalau di meja makan kita fokus makan, bukan kerja?"

Kane tersengih. "Daddy yang tanya dulu."

"Maafkan saya, sayang. Tapi hal ni penting." Encik Richard memandang Puan Eleanor dengan senyuman nipis. "Bukan itu aje, kamu malah batalkan rancangan kerjasama dengan Syarikat Valenski."

"Ha'ah....saya yang beri arahan." angguk Kane.

"Kenapa?" Encik Richard meletakkan garpu dan pisau ke bawah. Riaknya serius.

"Soal Manager Lee, saya dapati dia telah menyalahgunakan kad syarikat untuk kegunaan peribadi. Rekod yang disertakan jugak beritahu dia tak amanah. Bukti dan juga saksi dari staf yang bekerja di bawah Manager Lee jugak laporkan beliau sering harass pekerja-pekerja di situ. Kira baik jugak la kan saya tak buang dia kerja terus." ujar Kane bersahaja semasa menyisip tminumannya sedikit.

Encik Richard terkedu.

"Soal Syarikat Valenski. Hmm....daddy anggap aje la yang saya tak berkenan dengan syarikat tu. Saya dengar syarikat tu diambang muflis. Mereka nak gunakan pengaruh syarikat kita untuk tarik lagi ramai pelabur ke syarikat mereka. Tak ada profit untuk kita pun." Kane kembali senyum pada mommynya. Menunggu untuk di suap.

Puan Eleanor terus menyuapkan makanan kepadanya. "Ish... kamu ni, dah besar pun mintak di suapkan." senyumnya selepas itu.

Kane tersengih. "Yalah. Bila lagi. Nanti anak mommy yang satu ni dah kahwin, isteri dia pulak yang melayan. Tak ada nak kacau Mommy dah." boraknya.

Encik Richard kembali memandang skrin iPad. Dia membaca laporan yang tertulis di skrin itu sekali lagi dengan kening berkerut. Kalau itu yang Kane jelaskan, tiada apa-apa lagi yang dia boleh lakukan. Sebab anak lelakinya ini lebih faham apa yang patut di buat. Lagipun dia memang dah beri kuasa pada anak lelakinya untuk menguruskan syarikat bagi pihaknya.
Tapi macam mana Kane boleh tahu tentang Manager Lee? Ada yang buat laporan ke?

"Oh ya, Kane..."Encik Richard meletakkan iPad ke meja lalu menyambung makannya semula. "Daddy dengar rumors tentang kamu dengan seorang staf admin di company kita. Bukan ke hari tu kamu kata kamu nak berkahwin dengan wanita yang lebih tua dari kamu tu?Dah tak jadi?"

Kane hampir hendak tersedak. Cepat-cepat dia pegang mulut yang sedang sibuk mengunyah.

"Daddy dengar jugak yang kamu ada keluar masuk dengan seorang staf wanita ni setiap kali waktu makan tengah hari di office." tambah Encik Richard lagi.

"Dia la orangnya daddy. Kakak cantik yang saya cakap saya nak kahwin dengan dia tu."

Puan Eleanor menjungkit kening. Dia pandang wajah Kane dengan riak tak sangka. "La...satu tempat kerja ke?"

"Iya...kebetulan aje mommy. Saya sendiri tak tahu yang akak cantik tu kerja dekat situ sekali. Kalau tak bertembung hari tu sampai ke sudah saya tak tahu dia ada dekat company daddy. Tapi itulah kan...namapun jodoh. Tak ke mana." seloroh Kane dengan ceria.

Lantas Puan Eleanor tersengih meleret. Dia lirik ke tepi wajah Kane dengan riak curiga. Matanya memincing. "Kamu pasti ianya kebetulan?"

Encik Richard mengangkat mata dari pinggan makanannya.

"Hahaha...kenapa mommy tanya macam tu?" Kane ketawa kecil.

"Iyalah, kamu sendiri kata kamu suka dekat akak cantik tu kan, tak ke pelik macam mana dia boleh kerja dekat tempat sama dengan kamu? Di company daddy pulak tu." Puan Eleanor memandang Kane sambil menjungkit kening kirinya. Bukannya dia tak kenal anak lelakinya ini bagaimana.

Lantas Encik Richard terkedu. Lelaki itu pandang Kane dengan riak tak percaya. Kata-kata Puan Eleanor buatkan dia sedar akan sesuatu. "Sekejap...kalau macam tu, itu maknanya-"

Kane tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia hanya pandang akan ibu bapanya dengan riak bersahaja sewaktu menyuap makanan ke dalam mulut. "Sedap makanan hari ni. Mommy yang masak ke?" dalihnya selepas itu.

"Kane North, kamu ni kan! Daddy bagi kuasa dekat kamu bukan untuk disalahgunakan."

"What? Saya tak tahu apa-apa ya." nafi Kane dengan muka innocent dia.

Puan Eleanor hanya mampu menggeleng kepala. Dia tak terkejut sebab ini bukan kali pertama untuk dia. "Dua kali lima aje la perangai awak dengan Kane ni hah."

"Eh, saya pulak yang kena?"

"Yalah...namapun bapak borek anak pun rintik."

"Hm? Daddy buat apa mommy?"

Puan Eleanor mengerling ke Encik Richard dengan sengih lucu.

"Daddy kamu pernah cuba buatkan mommy pindah tempat kerja supaya dekat dengan tempat kerja Daddy kamu. Masa cuba nak ngurat mommy dulu."

Terus Kane berpaling. Dia buat muka sewaktu pandang ke arah Encik Richard. Eehhh...nak marah dekat orang, sedangkan diri sendiri pun buat benda sama. Paku dulang paku serpih betul. "Tadi Daddy nak cakap apa ya?" sengihnya dengan nakal.

"Tsk!Anak bertuah!" ketap Encik Richard terus tak jadi nak marah.

best tak cerita ni? yg baca rajin2 jugak la komen. sbb komen awak jugaklah jd penyuntik semangat tinta nk update. ?

Share this novel

Halipah Salleh
2026-01-06 21:44:49 

comel la family ni . hahaha

Jubaidah Chezam
2025-12-05 17:45:31 

bestt

Seri
2025-11-27 00:20:45 

Best .. sy sentiasa tunggu tinta update tau


NovelPlus Premium

The best ads free experience