Series
19497
"No? You said no?!" Adriana berdengus tak percaya. "Masuk akal ke semua ni?" nadanya semakin lama semakin meninggi. "YOU SENDIRI YANG CAKAP YOU ADA ANAK DENGAN PEREMPUAN LAIN!" Menjerit terus Adriana di hadapan muka Eli.
Rahang Eli berketik. Dadanya berombak dek menahan sabar.
"Cukup Adriana."
"You berkahwin dengan I untuk apa? Untuk kesenangan you? Hanya untuk dapatkan title presiden dari company ayah I kan?"
Eli mengetap giginya dengan erat. Wajah merona kemerahan.
"Why Eli?WHY!!"
Eli berdiri dengan marah. Penumbuk hinggap pada permukaan meja dek hempasannya. Terlalu berang dia terus menengking Adriana dengan selantangnya.
"Dia kekasih aku yang aku tinggalkan semata untuk kahwini kau. Aku tinggalkan dia masa dia hamil anak aku! Demi kau jugak aku kena jadi puppet family kau untuk bangunkan syarikat keluarga kau yang hampir muflis ni! Kau tanya aku kenapa? Itu jawapan untuk kau! Kerana kau, aku kehilangan kekasih dan anak aku!"
Kejung membatu Adriana dibuat hentakan itu. Matanya membuntang. Tidak berkedip tatkala berkunci pandangan dengan renungan berang suaminya.
Masih bernafas kencang, Eli melangkah rapat pada Adriana hingga nafas mereka saling berlaga. Kolar baju isterinya di cengkam lalu direntap ke hadapan dengan keras."Aku sabar, memang boleh sabar."desisnya di hadapan bibir itu. "Dan sabar aku ada tahapnya."
Mata Adriana berkaca. Nafasnya tertahan saat dia mengetap gigi.
"Ya. Memang aku ada anak. Dan aku akan pastikan anak tu ada di tangan aku tak kira sama ada kau setuju ataupun tidak. Sebab kau tak ada pilihan. Kau bercerai dengan aku, keluarga kau hilang segalanya. Kau masih digelar cik muda sehingga sekarang kerana perkahwinan ni." dengan kasar Eli melepaskan kolar baju Adriana sebelum berundur.
Air mata mengalir turun dari mata kiri Adriana tanpa disedari olehnya. Dia begitu tertampar dengan apa yang baru didengarnya.
"You tipu..."
Eli berdengus lucu. Hujung bibirnya terherot sinis. "Apa? Tipu?"
"You cakap macam ni sebab nak takut-takutkan I!"
"Why would I do that?" Eli ketawa buat-buat. Dia lirik Adriana atas bawah dengan lucu. Memangnya isterinya ini tuli sangat ke sampai tak dengar apa yang dia baru cakapkan?
"Tak mungkin family I muflis..."
Eli tertawa. "Well...keep in denial. But that's the fact."
Adriana terundur kebelakang hendak terduduk. Tak mungkin. Semua ni tak mungkin. Jadi selama ini dirinya la yang terpaksa mengahwini Eli kerana harta lelaki tu. Bukan Eli yang menginginkan hartanya.
"Aku setuju dalam perkahwinan ni sebab selepas aku bantu keluarga kau pulihkan semula kekayaan mereka, keluarga aku akan izinkan aku mengahwini kekasih yang aku tinggalkan tu. Mereka akan beri restu dan takkan paksa aku untuk jadi pewaris mereka lagi."Perlahan Eli mengeluh. Dia kembali duduk di kerusi dengan riak termenung.
Mata Adriana bergerak perlahan ke arah Eli semula. Dadanya sebu dan sesak teramat sangat. Dia begitu marah, tapi tak terluah. Sebab dia sendiri tak tahu nak marahkan apa bila dengar semuanya dari Eli tadi.
"Kalau kau rasa semua ni tak adil, macam mana dengan aku?"jeling Eli ke Adriana. Kedua belah tangannya mencengkam lengan kerusi dengan erat hingga memutih buku ruasnya.
Adriana menggigit bahagian dalam bibirnya dengan perasaan berkecamuk. Memang tak adil. Sebab selama ni dia fikir dia boleh mempunyai seorang suami, bina keluarga. Ada anak dan bahagia. Tapi tak, rupa-rupanya lelaki dihadapannya ini hanya suami di atas kertas sahaja kerana jiwa dan tubuh suaminya bukan milik dia.
"You masih cintakan dia?"soalnya dengan mata berkaca.
Eli bersandar pada kerusi. Lantas tertawa kecil. Ada bezanya ke kalau dia beritahu jawapannya atau tak? Evelyn dah bencikan dirinya. Kekasihnya itu dah lupakan segalanya. "Kenapa? Kau nak cari dia dan buatkan dia makin bencikan aku?" tenungnya ke arah Adriana.
"Ya atau tidak?"ketap Adriana dengan air mata mengalir di pipi.
Dengan keluhan mengalah, Eli memejamkan matanya. "Setiap saat. Setiap hari. Sepanjang masa. Hanya dia." lafaznya perlahan. Sedih dan rindu bercampur baur. Hingga dia merasa lemah dan lesu setiap detik yang berlalu. Tapi tiada apa-apa yang boleh dia lakukan untuk hilangkan perasaan ni kecuali dengan kehadiran Evelyn semula ke dalam hidupnya.
Bibir Adriana menggigil dek begitu sedih. Air mata deras mengalir ke pipi.
"Dan you buat semua ni demi dia? Even dia bencikan you? Hanya untuk dapatkan restu dan bebas dari kekangan parents you?"
Eli perlahan-lahan membuka mata. Renungannya terarah kosong pada siling bilik. Entah...dia sendiri tak pasti masa dia buat keputusan tu untuk diri sendiri atau kerana Evelyn. Apa yang pasti dia hanya perlukan validation dari keluarganya sendiri. Tapi keputusannya salah. Kalau dia tahu sebegini sakitnya meninggalkan Evelyn, dia mungkin akan pilih Evelyn dan anak mereka dari awal lagi.
"Maybe." gumamnya perlahan.
Adriana berkerut kening saat jari jemarinya dikepal dek kegeraman dengan jawapan acuh tak acuh Eli itu.
Selamat Hari Raya.
Share this novel
selamat hari raya tinta...