Chapter 50 : Mencari dan Di Cari

Drama Series 19497

Dua minggu kemudian,

Hari berlalu seperti biasa. Tiada siapa tahu mengenai keberangkatan Evelyn dan Nanny Laila dari situ. Apartment yang mereka tinggal itupun telah kosong selepas agensi pindah rumah datang dan kemas semuanya. Seakan tiada jejak orang pernah tinggal di situ.

Kerja Evelyn di syarikat Kane juga telah di berikan surat berhenti secara rasmi oleh Kane sendiri. Maka tiada siapa yang tahu Evelyn ke mana dan di mana.

Apa yang mereka tahu, Evelyn telah tiada hilang tak berjejak.

Kecuali Kane.

Selepas hari Kane menghantar Evelyn pulang ke rumah keluarga wanita itu, Kane juga tidak lagi menemui Evelyn mahupun menghubunginya. Bukan tidak cuma tapi tidak boleh dicapai sama sekali. Hinggalah tiga hari selepas itu baru Kane mendapat panggilan dari Nanny Laila.

Nany Laila menceritakan semua situasi dan keadaan yang terjadi pada Evelyn kepada Kane. Dan Kane menerimanya dengan hati terbuka. Mungkin memang sudah tiada jodoh, dia tak boleh nak buat apa-apa sekiranya mereka takkan bertemu lagi. Apa yang penting, dia tahu Evelyn dan Neo kini selamat.

OLEH kerana tiada jejak langsung yang tersisa mengenai mereka, orang yang paling frust sekarang adalah Eli. Sebab sejak dia dapat tahu Evelyn dah buat paperwork hal penjagaan tu, dia terlalu fokus nak cari Evelyn dan menemui bekas kekasihnya itu agar bersama semula dengan dia.

Serius cakap Eli dah serupa seperti suami di tinggal isteri gayanya.

Eli terlalu fokus tentang Evely. sampaikan dia lupa soal kerja dan company keluarga mentuanya yang hampir bankrap tu.

Sampaikan mentua Eli tak habis-habis menekan dia supaya cepat selesaikan isu dalam syarikat keluarga tersebut. Dengan isterinya lagi tak habis-habis nak minta cerai, ibu bapa mentuanya minta jangan berpisah la. Naik benak kepala Eli di buatnya.

Pada tengah hari, di pejabatnya. Eli sedang berdiri di hadapan cermin kaca. Dengan helaian kertas dalam tangan.

Riak di wajahnya tegang.

Rahangnya terketap.

Urat belirat timbul di pelipis kepala dan leher.

Menahan rasa yang sedang bergelora.

Berombak-ombak dada Eli selepas dia membaca surat yang baru sahaja dia terima melalui pembantunya tadi. Mulutnya terbuka sedikit kerana tidak terkata.

Betul ke apa dia baru baca ni?

Bolehnya pulak dia terima surat dari mahkamah mengenai Restraining Order ke atas dirinya dari pihak guam Evelyn dan anak mereka. Sudahlah dia seperti orang gila mencari bekas kekasihnya itu, dapat pulak 'surat cinta' dari mahkamah.

Paling yang buatkan dia menyirap lagi adalah, Eli tak dapat nak jejak dekat mana Evelyn sekarang ni! Dia tak dapat nak hubungi Evelyn. Walaupun Eli ke syarikat tempat Evelyn bekerja, dia tetap tak dapat temui Evelyn kerana wanita itu sudahpun berhenti kerja.

Naik buntu Eli dibuatnya.

Eli berpaling ke meja kerja. Kertas tadi di campak kasar ke meja sebelum dia capai telefon. Cuba mengail nombor Evelyn. Dengan harapan dia dapat menghubungi wanita tersebut.

Tetapi panggilan itu langsung tidak dicapai sama sekali.

Bersama keluhan berat Eli duduk di kerusi sebelum tunduk memicit kepala dengan kedua belah tangan. Sakit betul kepalanya.

"AHHH..."Evelyn menganga mulut ketika menyuap Neo makan di kerusi baby sebelah meja makan.

Tuan Adam sedang menghirup kopi di kepala meja, sementara Puan Reen memberi arahan kepada ketua maid ketika mereka semua sedang makan pagi ketika itu.

Nanny Laila ada di sebelah kerusi Neo bersama kain napkin dan botol susu.

Neo pula sudah comot dengan sisa makanan di tangan dan sekitar wajahnya. Kerana sebelum disuap tadi, Evelyn membiarkan Neo makan sendiri. Tapi disebabkan Neo bermain dengan makanan, terpaksa la disuapkan. Kalau tidak sampai ke sudah budak bertuah ini tidak makan.

Suasana di meja makan itu tenang seperti hari-hari sebelumnya. Semuanya berjalan seperti biasa.

Namun tenang-tenang keadaan di situ, ada hati yang tak tenang kerana jiwanya tak habis-habis terkenangkan seseorang.

Siang dan malam Evelyn teringat wajah suka tersenyum tu. Dia cuba nak lupakan. Tapi makin cuba di lupakan makin meliar pulak fikirannya ke lelaki bernama Kane North itu.

"Biarkan saja Nanny Laila beri Neo makan. Kamu makan la dulu."tegur Tuan Adam dengan nada serius dia seperti biasa.

Evelyn mengerling ke ayahnya dengan kening terjungkit.

Puan Reen tersenyum. "Iya. Kamu dari semalam tak makan apa-apa sangat kan? Makan dulu. Biar Nanny Laila berikan Neo makan."

Evelyn hanya tersenyum nipis. "Dah minum susu tadi.."ujarnya.

"Kamu masih menyusu badan?"soal Puan Reen.

Evelyn mengangguk perlahan. "Ya ibu."

"Hah...kena la jaga makan. Ini tidak. Ibu perhati kamu tak lalu makan kebelakangan ni. Maid cakap makanan yang mereka hidang pun tak luak mana. Kamu tak apa-apa kan?"Puan Reen berkerut risau.

"Tak selera nak makan sangat. Nanti kalau saya lapar, saya makan la."senyum Evelyn.

"Ke sebab ayah kurung Kamu dalam rumah, kamu nak tunjuk perasaan dengan berlapar?" tenung Tuan Adam dengan serius.

Cepat-cepat Evelyn menggeleng. Bukan itu. Tapi entah kenapa, dia makan pun tak lalu, tidur dia pun tak lena kebelakangan ni sebab muka budak suka tersenyum tu asyik terngiang-ngiang aje dalam kepala ni hah!

"Saya okay jer. Ayah jangan risau."senyumnya tidak sampai ke mata.

Tuan Adam langsung tidak memakan kata anak perempuannya itu. Bukannya dia tak kenal anaknya macam mana. "Hmm...ikut kamu la."

Evelyn kembali menyuap Neo. Dia mengagah anaknya sebaik mereka bersua muka. "Ahh...anak mama...makan."

Nanny Laila yang memerhati sejak tadi tidak berkata apa-apa. Dia hanya fokus mengelap comot Neo atau memberikan bayi 8 bulan itu minum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience