Series
19497
"Eh...eh...comelnya."
"Kane, sejak bila kau ada anak ni?"
"Bulat betul mata budak ni?"
Agah akak-akak staf yang berkerumun di sekeliling Kane semasa lelaki itu hendak ke bilik bilik belakang.
"Comel kan...." Kane tersenyum bangga.
"Anak kau ke?" Natasha tanya.
"Kenapa?Tak percaya ke kalau ini anak saya?" Kane tersengih nakal.
"Eleh...macam dia sorang aje ada anak. Kita pun ada la." Elly menjeling menyampah.
"Bukan tak percaya, cuma budak ni terlalu comel untuk jadi anak kau aje." sakat Isaac pula.
Mereka semua tertawa galak. Memang rutin mereka di situ untuk mengenakan Kane, budak intern yang muda lima dan lapan tahun dari mereka ini sudah di anggap seperti adik sendiri. Tambah-tambah pula perangai Kane yang peramah dan jenis easy going. Maka mereka semua selesa dengan Kane.
"Tak ada la. Ini anak akak Evelyn dari Department Admin..."beritahu Kane. "Hari ni Nanny budak ni tak ada. Nak tak nak terpaksa la di bawak ke sini sebab tak ada yang jaga." jelas Kane sambil mengelap air liur dari mulut Neo dengan satu kain yang tergantung di bahunya.
Natasha, Elly dan Isaac di situ mengedipkan mata beberapa kali.
"Ohh...akak cantik tu ya?"Elly mengangguk. "Aku dengar hari tu dia bergaduh dengan manager Lee sebab orang tua botak tu mengenakan dia."
Kane menjungkit kening sebaik dengar. Manager Lee kacau Evelyn?
"No wonder la budak ni comel bukan main, maknya Evelyn rupanya."ujar Natasha sambil mengagah Neo.
Isaac tersengih-sengih saat memegang jari kecil Neo. "Aku dengar dia ada anak tanpa suami. Orang secantik tu pun ada yang tak nak ya. Kan baby comel.."dia ikut mengagah.
"Siapa cakap tak ada yang nak?" Kane melirik mata ke Isaac. Kata-kata itu buatkan dia trigger tetiba.
Isaac terus tertawa kecil. Dia bertentang mata dengan tatapan Kane itu. "Hah? Ada ke?"
Kane hanya pandang Isaac.
"Hahaha..Takkan la..." Isaac terus ketawa.
"Dah la. Saya nak letak Neo...dari awak bertiga ketawa-ketawa dekat sini, baik sambung kerja. Ada meeting kan kejap lagi."
"Eh, budak bertuah...jangan nak mengelat ya." Isaac belum lagi habis bercakap, dah Kane pulak yang mengelak.
Elly dan Natasha tertawa di situ. Lucu dengan sikap bersahaja Kane.
"Tapi macam mana kamu boleh ada anak dia?"tanya Natasha.
"Oh...kami bertembung." tipu Kane semasa berjalan meninggalkan mereka di situ.
MEMEJAM MATA Evelyn semasa berdiri di hadapan lelaki botak dihadapannya.
Dalam-dalam dia menarik nafas lalu di hembus panjang sebelum membuka mata dan bertentang semula dengan Pengurus Lee.
"Encik yang suruh saya masukkan sekali semua resit dalam akaun belanjawan tu kan?" Evelyn mengerling ke fail yang ada di atas meja Pengurus Lee.
Evelyn baru aje letak barang atas meja apabila namanya di panggil oleh lelaki itu. Dia tak sempat buat apa-apa terus kena maki lepasnya.
"Aku tak tahu la kau bebal sangat ke apa sampai tak boleh nak ada common sense masa sediakan report ni! Aku suruh kau kira balik. Bukan suruh kau lingkupkan periuk nasi aku!" Pengurus Lee menunjal kepala Evelyn.
Semua staf di situ memandang ke meja Pengurus Lee. Masing-masing memasang telinga dan mata.
"Apa maksud encik? Saya cuma sekalikan semua resit dan perbelanjaan encik selama ni menggunakan kad company. Termasuk makan malam encik dengan family encik dekat restoran 5 bintang tu. Encik jugak yang suruh saya buat kerja betul-betul." Evelyn dah hilang sabar. Dia tak boleh nak terima layanan kurang ajar pengurus dia yang satu ni. Dah lama dah dia perhatikan tau. Bukannya ada seorang dua aje staf dalam tempat ni. Ada 15 orang. Tapi yang selalu di ungkit nama dia aje.
"Kau tahu tak apa kau dah buat lepas jabatan akaun tahu pasal ni? Aku kena panggil dengan dia orang! Bukan setakat kena warning, gaji tiga bulan aku kena hold sebab report tak guna kau ni!" Pengurus Lee mencampak fail itu tepat mengenai muka Evelyn.
Saat fail itu mengenai muka Evelyn, bucu tajam pada fail itupun menggores pipinya tanpa di duga sebelum kertas di fail itu bersepah atas lantai.
Sunyi sepi terus keadaan ruangan di situ. Hampir semua yang melihat menganga dan menahan nafas terkejut. Mereka tahu Pengurus Lee akan meninggikan suara tapi tak adalah sampai nak menyakiti orang macam tu sekali.
Evelyn apalagi, dia angkat matanya dari pandang kertas di situ lalu menjeling tajam ke Pengurus Lee. Sehingga disebabkan terlalu marah, dia langsung tak perasan calar di mukanya ketika itu.
"Hahh....menyirap betul la aku. Dah la hari aku dah sedia rosak...tambah lagi sekor ni." getusnya perlahan sambil menyelak anak rambutnya yang berada di mukanya ketika itu ke belakang telinga.
Pengurus Lee membuntang mata apabila dengar. "Apa kau cakap?"
Renungan Evelyn mencerlung.
"Hei, kepala botak. Kau dengar sini ya. Kau fikir kau tu besar sangat ke nak tunjuk kepala angin kau dengan aku. Siapa yang tak guna dekat sini sebenarnya?" Evelyn mencekak pinggang. Dia dah tak peduli kalau dia hilang kerja ke apa. Apa yang dia tahu si buncit botak ni kena di ajar. "Siapa yang tak guna dekat dalam tempat ni?Engkau yang suka goyang kaki tak buat apa-apa selain makan kacang atau staf yang ada dekat sini kena hadap perangai bullshxx kau ni?"
Kesemua staf dekat situ menganga dan ada juga yang berdiri setelah mereka dengar suara lantang Evelyn mengisi seluruh ruangan itu. Yang tengah pegang fail, pegang terbalik, yang tengah minum kaku sambil pegang botol air, yang tengah menaip kaku dari menaip semasa menoleh ke arah Evelyn.
"Kau tu cuma pengurus aje la. Bukan owner company ni. Tapi perangai tak semengah macam kau pulak owner. Pagi petang staf lain berhempas pulas siapkan kerja yang sepatutnya kau buat, engkau pulak dengan talam dua mukanya claim itu kerja kau, pastu bila di marah kau salahkan orang." tambah Evelyn yang berjalan ke depan Pengurus Lee. Lalu dia pula yang menunjal bilah bahu lelaki itu. "Untung-untung aku bagi takat itu aje tau. Belum lagi resit dari perbelanjaan kau yang entah apa-apa dekat pusat hiburan tu." ayat hujung itu lebih perlahan.
Terkedu biru terus muka Pengurus Lee lepas dengar. Dia bertentang mata dengan tatapan gelap Evelyn tanpa berkedip.
"Kenapa?Kau terkejut macam mana aku tahu?" dengus Evelyn dengan kening terangkat sebelah.
"Kau-"
"Apa kau...kau...dah gagap terus ke?Tadi maki aku bukan main lagi lantang."
Mata Evelyn gerak naik turun meneliti Pengurus Lee yang sudah pucat lesi. Lelaki itu betul-betul hilang kata-kata. Dia tak tahu macam mana Evelyn boleh tahu tentang aktiviti 'gelap' dia yang satu itu. Kalau isteri dia tahu, pasti dia akan dimarahi.
"Hati-hati sikit. Lain kali kau cuba nak cari pasal dengan aku, fikir balik dua kali. Kalau kau taknak kena buang kerja. Jaga mulut dan ubah perangai tak guna kau tu." Evelyn menjarakkan diri dari Pengurus Lee sebelum memandang sepah di kakinya ketika itu. "Kutip." arahnya sepatah.
Mahu tak mahu Pengurus Lee tunduk mengutip helaian kertas dan fail yang berterabur di atas lantai itu serta merta. Dia tak menyangka Evelyn akan membalas katanya. Sebab selama ini Pengurus Lee beranggapan Evelyn ni jenis yang mudah di perbudak-budakkan. Tak sangka berani betul perempuan ni!
"Serabut!"desis Evelyn kembali berpaling dari situ ke tempatnya semula. Dan dalam keadaan marah-marah, dia duduk. Bengang dia terhadap Eli belum reda di tambah dengan pengurus kepala botak dia lagi. Dengan Nanny Laila lagi tak ada. Itu belum lagi Kane!
Ugh!
Share this novel