Series
19497
Tidak semena getaran dirasai pada poket hoodie yang dipakai. Membuatkan Evelyn melompat dari duduknya. Bila dia check, telefon dia berdering rupanya.
Terus dia seluk tangan dalam poket. Skrin telefon di pandang. Tak terkejut mahupun hairan, Evelyn lihat nama yang tertera.
'Kane North'
Macam tahu-tahu aje kan yang dia baru terfikirkan pasal orang tu. Dah tuan punya badan sendiri yang call dulu.
Kekadang tu Evelyn tertanya-tanya, ini bukan kali pertama. Sebab dah banyak kali, jadi dia hairan. Kenapa bila dia susah hati atau tertekan, budak ni akan muncul?
"Hello?"Evelyn jawab panggilan tu dengan nada suara yang rendah. Kepalanya kembali direhatkan pada palang buaian. Kembali menyentuh tangan Neo dan mengusap kening halusnya.
"Dah tidur ke?"lembut aje Kane bertanya dalam panggilan.
Evelyn berdengus kecil. Hujung bibirnya tersungging. Kalau dulu dia tidak berapa suka sangat Kane menghubunginya. Namun kini dah buatkan Evelyn terbiasa lama kelamaan.
"Belum. Baru tidurkan Neo."
"Iya ke?Kalau macam tu boleh la kita date dalam telefon...."Kane ketawa dalam panggilan tu.
Evelyn tersenyum nipis. Dia tenung wajah Neo dengan perasaan sebak apabila teringat akan Eli. Kata-kata lelaki tu dan cara lelaki tu bercakap dengan dia siang tadi betul-betul buatkan dia marah. Sudahlah kata maaf tak ada. Riak menyesal pun tak ada. Tiba-tiba nak get back semula? Tak masuk akal betul. Serius dia tak faham apa yang ada dalam kepala Eli? Kalau lelaki tu mahu bersamanya dari awal, kenapa berkahwin dengan orang lain? Sekarang terhegeh-hegeh baru nak menagih kasih?
Dasar lelaki tak guna.
"Macam mana dengan hujung minggu akak?" tanya Kane dalam panggilan.
Evelyn dengar tapi dia tak tahu nak beritahu macam mana. Yalah takkan dia nak beritahu Kane baby's daddy dia datang nak claim mereka semula.
"Okay aje.."air mata jatuh menitik dari mata kanan Evelyn. Dia betul-betul tak mahu bersama dengan Eli lagi.
"Neo dengan Nanny Laila macam mana?" Kane bertanya lagi.
Evelyn usap pipi mulus Neo dengan jarinya perlahan-lahan. Macam mana dia nak buatkan Eli rasa sakit yang sama dia rasakan sewaktu lelaki tu pilih untuk tinggalkan dirinya? "Mereka pun okay aje..."jawabnya pendek.
"Oh ya. Saya call ni sebab nak beritahu. Esok pagi, akak tak perlu drive ya. Saya jemput akak. Boleh sarapan sama-sama sekali. Hari tu, masa keluar dengan mommy, saya ada jumpa satu tempat ni bukak awal pagi. Sarapan pun sedap macam home-made. Akak try nak tak?"ceria aje suara Kane dalam panggilan tu.
Lantas Evelyn duduk tegak. Dia memandang ke jendela dengan renungan kosong. Dapat ke hatinya terbuka untuk menerima lelaki lain selepas apa yang dia alami ni? "Rasanya tak boleh. Saya rasa saya terpaksa ambil cuti mengejut dari masuk kerja esok..."
"Hah?Kenapa pulak?Akak tak sihat ke?"cemas tetiba suara Kane dalam panggilan tu.
"Bukan. Nanny Laila dia ada hal keluarga. Jadi tak ada siapa yang boleh jagakan Neo buat sementara waktu seminggu ni. Jadi saya ingatkan saya nak cuti esok untuk cari babysitter." jelas Evelyn menggengam erat telefon di tangan.
Kalau ikutkan hati dia mahu saja pergunakan Kane untuk kepentingannya. Dengan pengaruh yang dimiliki oleh Kane, Evelyn mampu buatkan Eli susah.
Tapi...
Evelyn tak sampai hati hendak pergunakan Kane. Lelaki sepolos Kane ni tak layak untuk disakiti apalagi bersama dengan perempuan seperti dirinya. Jadi sebelum rasa tamak menguasai diri, dia kena tolak lamaran Kane dan tinggalkan tempat ni tidak berjejak supaya Eli tidak menemui dirinya dan Neo lagi dan dia takkan sakiti hati Kane.
"La...iya ke. Ingatkan tadi akak yang tak sihat. terkejut saya. Kalau macam tu tak apalah. Akak bawak aje Neo. Nanti boleh bagi dekat saya. Saya boleh tengokkan. sebab dekat floor saya tu memang ada tempat khas untuk staf wanita yang ada anak tinggalkan anak mereka dekat situ kalau ada emergency yang tak boleh dielakkan." terang Kane.
"Dekat company ada tempat macam tu?" Evelyn agak terkejut.
"Ha'ah...dah lima tahun dah. Nak mudahkan ibu-ibu yang ada hal yang tak dapat dielakkan. So akak bagi aje Neo dekat saya nanti. Biar saya tengokkan dia. Waktu lunch boleh la akak tengok dia."
Terus Evelyn tersenyum, lega hati dia bila dengar. Memang sah, Kane ni memang pemudah urusan dia. Ada aje masalah, budak ni jugak yang muncul. "Tak mengganggu kamu ke?"
"Tak. Hal kecik aje pun. So esok akak kerja ya. Saya yang jemput akak dengan Neo esok pagi."
"Okay. Terima kasih, Kane."ucap Evelyn bersama senyuman di bibirnya.
"Kasih diterima."
Namun senyuman Evelyn memudar setelah sedar bahawa dia mungkin akan rindukan Kane nanti bila mereka tidak berjumpa lagi. Evelyn perlahan-lahan meletakkan telefon. Ruang di sebelah buaian yang tadi diisi dengan suara ceria Kane kini terasa sunyi dan dingin. Dia menyedari bahawa, hanya dengan percakapan ringkas itu, dia telah bergantung pada Kane lebih daripada yang dia sedari. Fikiran untuk tidak bertemu lagi tiba-tiba terasa seperti sakit kehilangan.
Share this novel