Chapter 34 : Like Seriously

Drama Series 19497

"Saya tahu ianya tak adil untuk kamu. Sebab saya gunakan kamu untuk kepentingan saya walaupun saya tahu kamu ada perasaan pada saya. Sebab itu, saya reject awal-awal lamaran kamu tu supaya kamu tak salah faham." tambah Evelyn.

Untuk beberapa saat Kane mendiam. Keningnya ikut berkerut.

"Jadi akak tak jadi nak kahwin dengan saya tapi nak saya berpura-pura seperti saya akan berkahwin dengan akak?"

Evelyn mengetap bibirnya sambil berkerut kening. "Lebih kurang macam tu?"

"Akak buat lawak ya?"Kane tertawa. "Kan lagi baik biar jadi real terus. Dari berlakon. Akak ingat ini drama sabun ke nak berlakon bagai. Akak kahwin aje la dengan saya. Soal masalah akak, akak boleh settle kan satu-satu. Tanpa risaukan saya. Dan saya takkan masuk campur urusan akak. Melainkan akak sendiri mintak tolong dari saya."

Evelyn mengedipkan mata tak percaya sebaik dengar. Memangnya budak ni keras kepala ke tak faham bahasa?

"Bukan itu maksud saya-"

"Tak akak dengar sini. Maaf saya mencelah. Tapi akak kena fahamkan. Pertama saya lamar akak sebab saya berkenan dengan akak pada kali pertama saya nampak akak bukan sebab kesian atau simpati."

Berkedip lagi mata Evelyn.

"Kedua, saya tak kisah akak ibu anak satu ke, janda ke, ibu tunggal ke. Saya tak kisah."

"Tapi, Kane-"

"Ketiga, kalau Eli betul-betul nak tuntut akak semula saya kena tetapkan pendirian saya sama ada saya nak terus kejar akak atau berhenti."

Menganga Evelyn dibuatnya. Dia angkat tangan hendak menghentikan Kane dari bercakap. Namun belum sempat tangannya menekup mulut itu, Kane terlebih dahulu mencapai tangannya lalu dipegang erat.

"Terakhir, akak jangan risaukan pasal saya. Saya tak apa-apa. Saya bukan budak-budak lagi. Saya pun lelaki. Ke sebab saya muda?Itu yang akak tak percaya dekat saya?"Kane menjungkit kening hendak kepastian.

"Tak...saya tak-"

Kane yang tidak dapat sabar lagi terus menerus memotong kata Evelyn. Dia enggan membiarkan Evely buat keputusan sendiri lagi. "Macam ni aje la. Anggap saja takdir yang menghantar saya dalam hidup akak untuk bantu akak andai akak dalam masalah. Jadi jangan peningkan kepala akak dengan rasa seakan akak pergunakan saya atau apa. Gunakan saya. Mengadu dekat saya. Minta tolong dekat saya."

Tatapan serius dan tegas Kane membuatkan Evelyn yang pandang jadi hilang kata-kata. Untuk pertama kali selama dia mengenali Kane, dia melihat wajah serius Kane.

"Saya tak boleh terima alasan akak tolak lamaran saya macam tu aje."

"Kane..."Evelyn menghela nafas panjang tak terkata.

"Ya saya."

Namun tiada kata-kata yang dapat Evelyn tuturkan selepas itu. Entah kenapa dia berasa tertunduk dengan kata-kata Kane tadi. Sebab tiada yang salahpun. Malah Kane berfikiran lebih matang darinya yang tak habis-habis nak rasa serba salah.

"Walaupun saya gunakan kamu untuk kepentingan saya sendiri?"

"Selagi tak salah di sisi undang-undang...."

Evelyn berdengus tak percaya. Dia tersenyum kecil. Tak pernah dia jumpa lelaki seperti Kane ni. Even Eli sendiri tak macam ni. Bekas teman lelakinya itu jenis yang layback dan jenis yang tak tetap pada pendiriannya. Jadi bila Evelyn berjumpa dengan Kane, ianya ibarat culture shock untuk dia.

"Senekad tu kamu mahu saya terima lamaran ni?"

Kane mengangguk.

"Tapi Kane, masalah saya sangat complicated. Saya taknak susahkan diri kamu semata untuk wanita seperti saya ni." semenjak Eli meninggalkan dirinya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga lelaki itu, sejak itu Evelyn sudah berasa was-was untuk mempercayai sesiapa. Lagi-lagi bila Eli meninggalkan dirinya dengan semua masalah yang ada sendirian sewaktu dia sedang sarat mengandung. Lagi makin susahlah dia nak percaya dekat orang.

"Setiap pilihan yang orang buat ada kesan dan akibat. Dan saya full aware tentang hal tu."

"Walaupun saya akan susahkan kamu dengan masalah saya?"

"Kalau akak jadi isteri saya, masalah akak adalah masalah saya jugak." balas Kane senada.

Makin tak terkata Evelyn dibuatnya. Dia pandang Kane seakan mahu mencarut tetapi dia hanya melepaskan hela pendek kesalnya aje.

Wahh...tak pernah di buat orang. Budak ni betul-betul tak nak kalah langsung. Ada saja jawapannya.

"Akak masih mahu teruskan lakonan ni? Atau terus kepada real situationship dengan saya?" Kane bertanya dengan tatapan tegasnya.

"Ianya tak semudah yang kamu fikirkan Kane." Evelyn memandang Kane dengan berkerut kening. "Kalau ianya mudah dah lama saya setuju dengan lamaran kamu."

"Kalau macam tu kita settle kan satu persatu. Sampai ianya jadi mudah. Dengan syarat akak kena ceritakan segalanya dekat saya. Bagi saya faham. Kalau mampu saya akan cuba bantu akak."

Evelyn mengetap bibirnya sebelum menelan liur gugupnya dengannya susah payah. Sebab dia maksudkannya yang masalah dia memang rumit.

"Akak tahu, lari dari masalah takkan bantu akak atau Neo. Atau Eli sendiri."

"Let's say kamu nak kahwin dengan akak...kamu betul-betul yakin?"Evelyn pandang dalam-dalam ke mata Kane.

"Ya."

"Like seriously?"

"Ya. Saya serius."

Terdiam terus Evelyn. Dia bersandar pada sofa itu tanpa mengalihkan pandangannya pada Kane di depan kakinya ketika itu.

i dunno what i write, but hope it's not nonsense and okay to read it.

Share this novel

ninaazrina
2025-11-22 11:47:22 

it's okay tinta..kerap la tambah chapter..xsabar??


NovelPlus Premium

The best ads free experience