Chapter 35 : Tak Guna Betul!

Drama Series 19497

Eli termenung memandang ke kertas tanpa membacanya. Fikirannya terlalu penuh dengan satu wajah.

Wajah yang mendiami hatinya dari dahulu sehingga kini. Dan setelah bertemu semula sejak berbulan lama dia mencari, hatinya semakin teringin mahukan kekasih hatinya semula.

Jiwanya meronta untuk menuntut semula haknya.

Bersama keluhan letih, Eli tunduk memincit tengah hidungnya dengan kerutan di kening. Dadanya sesak. Kepalanya berdenyut nyeri.

Ucapan Evelyn akan berkahwin terngiang-ngiang ibarat kaset di dalam benaknya. Wajah lelaki yang berdiri di samping Evelyn menambahkan lagi sakit di hati.

"Eli....I cakap dengan you ni. You dengar ke tidak apa yang I cakapkan?" Salina yang sejak tadi berleter di hadapan meja itu langsung tidak dihiraukan oleh Eli.

Suara isterinya ibarat bunyi bising yang tidak penting untuk dia hiraukan.

Sekarang ni Eli hanya memikirkan cara bagaimana dia mahu memujuk hati kekasihnya yang begitu nekad hendak melupakan dirinya.

"Eli...hello?" Salina mengetuk-ngetuk permukaan meja itu apabila melihat wajah menung Eli di hadapannya. Salina jadi tidak sabar apabila suaminya sedikitpun tak cuba untuk memandang ke mata mahupun memberi reaksi apa yang dia katakan sejak tadi.

Lantas Eli pun melepaskan hela kesal sebelum memandang letih ke arah Salina.

"Apa dia?"soalnya dengan kening berkerut.

"You tanya apa dia? I dari tadi bercakap dengan you, you dengar ke tak?"

Eli tidak membalas. Dia bersandar pada kerusi sambil memandang Salina. Tetapi dia membayangkan wajah Evelyn yang ada di hadapannya. Betapa berharapnya dia jika Evelyn yang menjadi isterinya. Pasti dia bahagia sehingga sekarang bersama anak lelaki mereka.

"Hish...termenung lagi. You....I cakap I plan nak ada anak cukup tahun ni. Kalau you tak boleh nak berikannya secara fizikal. kita boleh buat secara clinical." ulang Salina.

"Anak?" soal Eli berkerut. Idea itu menimbulkan perasaan tidak suka dalam dadanya. "Dah kenapa tiba-tiba fikir pasal anak ni?"

"La...apa yang nak dihairankan. Kita kan suami isteri."

"Kita baru setahun berkahwin Salina." keluh Eli tiada mood hendak meneruskan perbualan mereka.

"So?" Salina buat muka. "Ada aje yang baru kahwin tahu-tahu dah mengandung. Tak payah tunggu setahun dua pun."

Eli hanya mampu melepaskan keluhan tatkala mendengar komen Salina.

Salina terus buat muka bila Eli mengeluh begitu. Dia berdengus tak percaya sebelum memukul meja tak puas hati. "Mengeluh? You mengeluh?Seriously?"

"Kalau dah tak ada apa-apa. Baik awak keluar Salina. Saya ada banyak kerja nak buat." Eli kembali menyibukkan diri untuk memeriksa dokumen yang dipegang sejak tadi.

"Tengok la tu. Asal setiap kali I nak berbincang dengan you, you tak habis-habis nak mengelat. You tahu tak sejak kita berkahwin you sekalipun tak pernah sentuh I. Ya memang you jalankan tanggungjawab you sebagai suami dekat I. bagi makan, hormat I...tapi kenapa setiap kali I bincang soal anak you mesti tarik muka macam tu!" melenting Salina dibuatnya.

Namun begitu Eli tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya bersikap acuh tak acuh dengan amarah Salina.

"Ke you ni aje ada problem? Tak pun, you kahwin dengan I semata nak dapat position dalam company daddy I kan?Itu yang you terima idea perkahwinan keluarga kita?"tuduh Salina.

"Cukup Salina." pandang Eli dengan dingin ke wajah berang itu. Dia malas untuk menjelaskan hal sebenar pada Salina. Nanti kalau dia beritahu makin meleret pula leteran Salina padanya.

"Kenapa?Betul Kan? You kahwin dengan I sebab nak nama aje!"

Eli hanya menarik nafas dalam sebelum di hembus panjang. "Fine...kalau awak taknak keluar. Biar saya yang keluar." dia capai telefonnya lalu bangun dari situ.

Tersentak Salina. Dia pandang langkah Eli sewaktu lelaki itu bangun dan berjalan keluar dari belakang meja menuju ke arah pintu.

"Eh, you nak ke mana! I belum habis bercakap dengan you lagi la!"

Suara lantang itu hanya dibalas dengan julingan mata kejengkelan sewaktu Eli melangkah keluar dari pejabat dan jalan menyusuri koridor untuk ke arah pintu lif.

Berdiri sahaja dia di situ, pintu lif terbuka pada masa yang sama, seorang staf cleaner berjalan keluar dari situ.

Tepat pada masa itu juga Salina bergegas keluar dari pejabat Eli. Wanita itu cuba mengejar Eli tetapi tidak sempat hendak dia mendapatkan pintu lif, Salina berlanggar dengan cleaner tadi lalu jatuh terduduk di lantai itu.

"Auw...Eli. Tunggu I!"panggil Salina sambil menggapai tangan ke arah pintu lif.

Namun, Eli yang menyaksikan situasi itu hanya memandang kosong ke arah Salina sebelum menekan butang tutup pintu lif begitu sahaja. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Dia bukannya taknak tolong. Eli cuma tiada mood untuk berurusan dengan Salina. Isterinya itu merimaskan dia. Sudahlah dia tengah serabut, kena menghadap pula perangai bratty Salina lagi. Memang tak la.

Tiba-tiba telefon di tangannya berdering. Eli terus membawa telefon itu ke depan mukanya. Ianya nombor tidak dikenali. Tetapi dia jawab juga panggilan itu.

"Hello, Eli bercakap." sapanya dengan mendatar.

"Selamat tengah hari. Kami dari wakil syarikat North Holding Groups."

Kening Eli berkerut. "Ya?"

"Ingin dimaklumkan bahawa kerjasama syarikat di antara Valenski Group dan North Holding Group tidak dapat diteruskan dan telah dibatalkan. Maklumat dan ulasan lanjut akan di email kan terus kepada pihak Encik Eli Ford." suara wanita di dalam panggilan itu profesional tapi apa yang Eli dengar sebaliknya. Entah kenapa dia rasa macam ada yang tak kena dengan makluman mengejut ni.

"Dibatalkan?" soalnya tak percaya.

"Ya benar. Pihak North Holding Group dengan kesal ingin menolak permintaan Valenski untuk melabur atau menjadi rakan kongsi syarikat encik."

"Atas dasar apa? Kerjasama kita telah melalui fasa penilaian terakhir?"

"Saya tak dapat nak disclosed alasan sebenar sehingga encik sendiri yang-"

Tidak mendengar dengan lebih lanjut, Eli memutuskan panggilan itu sebelum memandang skrin telefon dengan riak mahu mencarutnya.

Hah! Seriously?

Dibatalkan? Macam tu aje?

Dengan bengang Eli merenggut rambutnya sambil mencengkam kuat telefon di tangannya.

Tak ada satupun yang berjalan lancar untuk dia bila dia dah tak sabar nak hentikan perkahwinannya dengan Salina! Kalau dia gagal bantu naikkan nama Valenski, dia takkan dapat bersama semula dengan Evelyn semula.

"Ugh!Fxxx!"

Tak guna betul!

Dinding lif itu di tumbukan geram dengan tangan sama yang memegang telefonnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience